Saturday, July 19, 2008

SEMUA KABIN DI PUCHONG DIAMBIL ALIH MPSJ

Majlis Perbandaran subang Jaya (MPSJ) sudah ada kaedah untuk menyelesaikan isu lebih 50 buah kabin di Puchong yang sebahagiannya tidak ada permit.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Ikhsan berkata sebahagian kabin itu akan dirobohkan. Manakala kabin yang boleh digunakan akan diambilalih oleh MPSJ.

“Ada satu keputusan daripada kerajaan negeri yang mengarahkan kita ambil alih kabin-kabin berkenaan daripada pemilik asal. Dengan lain perkataan kita akan guna sekiranya masih elok kita akan milikan di bawah pentadbiran MPSJ”, kata beliau.

Menurut Datuk Adnan pihaknya telah mengeluarkan notis berpindah bertarikh 23 Jun lalu sebagai langkah menangani masalah itu.

Tindakan MPSJ itu dipercayai gesaan daripada Ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo yang mendakwa kebanyakan kabin dibiarkan tanpa sebarang pengawasan.

3 comments:

Kulupbana said...

SDR LOKMAN HAMIDI,
Ada 2 kabin dalam kawasan kejiranan rumah saya di USJ 17; satu milik UMNO cawangan yang dulunya menjadi markas penting ketika PU dan satu lagi dicadangkan untuk kegunaan urusetia ADUN MCA ketika berkuasa namun tak pernah jadi kenyataan; terbiar begitu sahaja.

Kedua-duanya kini dah jadi sarang makhluk ghaib kot lantaran ianya tidak lagi diaktifkan.

Elok juga kalau ada pihak berminat nak angkut. Besi tu ...

LEKLOOK said...

Ada iktibarnya tu Sdr Kulupbana

Anonymous said...

Kulupbana,
Ada pemimpin DAP di Selangor yang jadi EXCO berkata, "saya berjuang untuk orang Cina, tapi saya hairan mengapa orang Melayu undi DAP?".