Thursday, July 17, 2008

JUMLAH PENONTON DEBAT DI TV9 1.938 JUTA

Satu strategi yang dikira berbaloi. Jumlah penonton Tv9 yang menonton siaran langsung Debat Agenda Daily malam Selasa lalu mencecah 1.938 juta. Manakala mereka yang menonton siaran tertunda di TV3 berjumlah 1.902 juta.

Jika program itu disiarkan secara langsung di TV3, adiknya TV9 tidak mungkin dapat merekodkan sejumlah itu (sekiranya siaran tertunda itu disiarkan di saluran Dekat Di hati).

Oleh itu strategi berkongsi keuntungan penonton oleh Media Prima mengena.

TV9 boleh melebihi sasaran itu jika seluruh rakyat dapat mengikuti siaran langsung berkenaan sekiranya prasarana penyiaran dapat ditingkatkan dan dapat diwujudkan di merata tempat termasuk Sabah dan Sarawak.

Apapun kedua-dua stesen TV itu berupaya memperoleh jumlah penonton sebanyak 3.84 juta, berbanding ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000.

2 comments:

Kulupbana said...

Sdr Lokman,
Saya terpandang kelibat saudara di dewan Debat malam itu. Turut bersama ialah Tuan Haji Bukhory kita juga Datuk Seri Farid; mungkin juga dalam hati Bukhory teringat zaman dia menyanjung tinggi DSAI; di zaman itu 'wahyu' sentiasa menjadi rujukan sebelum menyiarkan kandungan program lebih lebih lagi berita..

LEKLOOK said...

Terima kasih, kerana menyumbang kepada jumlah penonton pada malam itu.