Tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mahu menghalau keluar kabin yang sudah lama berada di beberapa tempat di kawasan itu mendapat reaksi penduduk.
Pagi tadi sebilangan Ketua UMNO Cawangan dan penduduk Puchong mengadakan bantahan di hadapan kabin UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong.
Buletin Utama malam tadi, dalam laporannya menyebut begini;
Jangan politikkan isu penempatan kabin di sekitar Puchong, Selangor. Pembinaannya khusus untuk aktiviti kemasyarakatan malah sejak sekian lama, kabin berkenaan ada manfaatnya. Dan yang dipersoalkan kenapa kini ia harus dirobohkan?
Lebih 50 Ketua UMNO Cawangan dan penduduk berkumpul membantah rancangan meroboh dan memusnahkan kabin berkenaan. Kebanyakan kabin ditempatkan di padang permainan dan kawasan perumahan.
Sebelum ini Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam satu surat bertarikh 23 Jun lalu memaklumkan akan meroboh dan mengalihkan 55 kabin di sekitar Puchong.
Perintah mengikut seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Tempoh 30 hari diberikan untuk mematuhi arahan berkenaan.
Sebahagian daripada kabin terbabit dimiliki parti politik, ada juga kabin milik pasukan RELA.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebelum ini mendakwa pembinaan kabin berkenaan tidak selamat.
Ketua UMNO Cawangan Bukit Puchong yang menganjurkan bantahan hari ini berkata sebagai pemimpin jangan hanya memperjuangkan hak satu pihak sahaja. Menurutnya Dewan Undangan Negeri Seri Serdang BN menang.
Oleh itu tegasnya Gorbin perlu menghormati keputusan rakyat. "Jangan isu kabin ini dipolitikkan, banyak lagi isu lain yang lebih besar', katannya.
Manakala seorang lagi pemimpin UMNO Cawangan berkata kabin itu sudah lama wujud di kawasan-kawasan berkenaan dan selamat.
"Dia kata akan datang kecelakaan kepada kanak-kanak, tuan-tuan tengok sendiri, kalau dia nak guna, kita sama-sama, come to us kita runding", kata Mohd Said Midon, Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway.
Justeru mereka akan menghantar memorandum kepada pihat PBT tanda bantahan.
Sementara itu Berita TV9 turut memuatkan sajian beritanya malam tadi dengan laporan bantahan itu.
Jangan robohkan! Kabin itu untuk manfaat kami bersama. Ia untuk aktiviti kemasyarakatan.
Itu rayu penduduk di Puchong, berikutan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk merobohkan 50 unit kabin yang ada di sekitar kawasan pentadbirannya.
MPSJ dalam notis bertarikh 23 Jun lalu, mahu semua kabin itu dipindahkan atau dirobohkan.
Tempoh 30 hari diberikan. Sekiranya gagal MPSJ sendiri akan merobohkan atau mengalihkan semua kabin berkenaan.
Perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 70, Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Tindakan MPSJ dipercayai berikutan gesaan Ahli Parlimen Puchong, Gobin singh Deo yang mendakwa kebanyakkan kabin ditempatkan di padang permainan dan kawasan lapang tanpa digunakan.
Ahli Parlimen DAP itu juga mendakwa kabin itu membahayakan kerana menjadi sarang penagih dan aktiviti jenayah lain.
Bagaimanapun penduduk Puchong yang menafikan dakwaan itu merayu agar MPSJ dapat mempertimbangkan semula keputusannya.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Puchong, Shahlawati Manap berkata sejak wujudnya kabin berkenaan, banyak aktiviti dapat diselaraskan. "Sebenarnya ini nadi kepada pengerak kemasyarakatan yang ada di sekitar ini khususnya di kawasan bandar", ujarnya.
Penduduk juga mahu isu ini tidak dipolitikkan, kerana bukan semua kabin dimiliki parti politik. Sebaliknya banyak yang dimiliki Jawatankuasa Penduduk (JKP).
"Seperti contoh Pusat Bandar Puchong, jumlah penduduk di situ hampir 20 ribu, dan Cina lebih ramai. Kabin itu kita gunakan untuk rapatkan hubungan silaturahim antara tiga kaum, Cina , Melayu dan India", kata Sarifuddin Intas Ali, Timbalan Pengerusi JKP Zon 20.
Antara aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan di kabin termasuk kelas tuisyen, mengaji Al-Quran dan merancang permaian sukan futsal.
"Di mana ada kabin ini, di situ boleh kita merencanakan untuk penduduk. Anak-anak mda kita ni yang melepak sana sini boleh kita berikan tempat mereka untuk di sini dan berbagai-bagai aktiviti", jelas Abdul Hashim Abd Samad, Pengerusi JKP Zon 21.
KABIN MENGIKUT KATEGORI PEMILIKAN
PARTI SAHSIAH 28
JKP 12
PERSENDIRIAN 9
RELA 1
JUMLAH 50
Menurut statistik UMNO Bahagian Puchong, terdapat 28 kabin milik parti politik, 12 milik JKP, sembilan milik persendirian manakala satu dimiliki RELA.
No comments:
Post a Comment