Tuesday, June 29, 2010

MRSM DI BAGAN DATOH

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina di Bagan Datoh, Perak, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membeli sebidang tanah di Bagan Datoh bagi membina MRSM itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh untuk memperinci perkara itu terutama modul yang akan diguna bagi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak anggota dan pegawai ATM.

"Sistem pendidikan intias iaitu kombinasi antara modul pendidikan akademik, agama dan penghafalan Al-Quran akan digunakan dalam MRSM baru itu nanti bagi melahirkan pelajar yang seimbang antara pendidikan dunia dan akhirat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Mara mengaplikasi modul intias itu pada dua MRSM dan tidak nampak sebarang masalah bagi modul itu diguna pakai untuk MRSM terbaru itu nanti.Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina di Bagan Datoh, Perak, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membeli sebidang tanah di Bagan Datoh bagi membina MRSM itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh untuk memperinci perkara itu terutama modul yang akan diguna bagi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak anggota dan pegawai ATM.

"Sistem pendidikan intias iaitu kombinasi antara modul pendidikan akademik, agama dan penghafalan Al-Quran akan digunakan dalam MRSM baru itu nanti bagi melahirkan pelajar yang seimbang antara pendidikan dunia dan akhirat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Mara mengaplikasi modul intias itu pada dua MRSM dan tidak nampak sebarang masalah bagi modul itu diguna pakai untuk MRSM terbaru itu nanti.Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina di Bagan Datoh, Perak, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membeli sebidang tanah di Bagan Datoh bagi membina MRSM itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh untuk memperinci perkara itu terutama modul yang akan diguna bagi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak anggota dan pegawai ATM.

"Sistem pendidikan intias iaitu kombinasi antara modul pendidikan akademik, agama dan penghafalan Al-Quran akan digunakan dalam MRSM baru itu nanti bagi melahirkan pelajar yang seimbang antara pendidikan dunia dan akhirat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Mara mengaplikasi modul intias itu pada dua MRSM dan tidak nampak sebarang masalah bagi modul itu diguna pakai untuk MRSM terbaru itu nanti.

Monday, June 21, 2010

BAGAN DATOH JADI LIMBUNGAN KAPAL NGV

BAGAN DATOH 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara intipati Model Baru Ekonomi (MBE) ialah bukan sekadar mencungkil potensi syarikat bumiputera tetapi turut memastikan mereka berjaya dan berdaya saing di peringkat dunia.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bukannya impian kosong tetapi telah dibuktikan oleh syarikat tempatan, NGV Tech. Sdn. Bhd. yang telah berjaya meraih kepercayaan negara-negara lain di dunia untuk membeli kapal-kapal keluaran mereka.

Menurut beliau, secara senyap-senyap syarikat milik penuh bumiputera ini tanpa bantuan dan tender kerajaan telah berjaya menjual 157 buah kapal kepada negara seperti di Timur Tengah, Afrika, India, Indonesia dan Iran.

“Ini menggambarkan bahawa kalau kita mempunyai keazaman dan bertekad untuk berjaya maka kejayaan pasti dapat dicapai.

“Dalam perkara ini kerajaan bukan sahaja mencungkil syarikat-syarikat seperti ini, tetapi kita akan terus membantu dan mendorong mereka untuk terus memacu kejayaan sehingga mampu muncul syarikat gergasi dalam pasaran terbuka dunia.

“Ia sekali gus menafikan bahawa kaum bumiputra hanya akan berjaya kalau bersandar kepada kuota atau pertimbangan khas daripada kerajaan. NGV telah membuktikan mengenai perkara ini yang tidak mendapat bantuan kerajaan tetapi gigih mencari tender di luar,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan sempena majlis pemimpin bersama rakyat dan pelancaran projek pembinaan limbungan kapal NGV di sini hari ini.

Projek limbungan kapal di Bagan Datoh yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun itu nanti bakal menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan. Kosnya adalah sebanyak RM220 juta bagi fasa pertama dan RM400 juta bagi fasa kedua.

Pasaran utama kapal-kapal NGV yang diperbuat daripada keluli dan aluminium adalah untuk kapal pesisir pantai bagi kegunaan industri petroleum dengan 80 peratus pesanannya daripada luar negara.

Tambah Najib, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menempah kapal-kapal bagi kegunaan domestik daripada NGV atau syarikat tempatan lain yang berjaya membuktikan kemampuan mereka.

“Kita akan bantu mereka, selain menjimatkan perbelanjaan ia juga dapat menjana pembangunan ekonomi tempatan dan masyarakat setempat.

“Tetapi kerajaan tidak mahu pula apabila kita bagi kontrak, lepas tu sub pula kepada orang lain, orang yang dapat tu sub pula kepada pihak lain...lama-lama ia lesap. Kita tidak boleh buat dan iktiraf cara seperti ini,” katanya. - Utusan

DATUK SATIM NAFI LETAK JAWATAN

SHAH ALAM 20 Jun - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mengatakan Datuk Mohamed Satim Diman akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang.

Beliau berkata, khabar angin mengenai Mohamed Satim yang juga Setiausaha UMNO Selangor itu memang di luar pengetahuannya.

Menurut Noh, beliau akan mendapatkan pengesahan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya semasa mesyuarat pengurusan UMNO Selangor esok.

''Esok ada mesyuarat kita tengoklah macam mana. Semua orang akan hadir (termasuk Mohamed Satim)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (Kosas) di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Kosas, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Pengerusi Kosas, Datuk Mohd. Aini Taib.

Khabar angin mengenai Mohamed Satim yang dikatakan bersedia melepaskan semua jawatan politiknya bermula apabila ia disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk Gerakan Anti PKR (GAP) pada Khamis lalu.

Khabar angin itu dikatakan berpunca daripada ketidakhadiran Mohamed Satim semasa mesyuarat ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohamed Satim sehingga petang ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai khabar angin tersebut. - Utusan

Komen : Daripada risik-risik hari ini menyatakan Datuk Satim tidak pernah menyatakan hasrat untuk meletakkan semua jawatan politik.

Thursday, June 17, 2010

MASJID WAK TANJUNG


Masjid Wak Tanjung di Paya Lebar Singapura dihimpit pembangunan. Di sebelah depannya kondominium mewah manakala di belakangnya stesen SMRT. Kawasan kediaman Melayu di Geylang itu sudah tidak bercirikan kemelayuan melainkan masjid berkenaan.

Disebabkan kawasan terhad, tandas dan tempat mengambil wudhu dibina di dalam tanah di bawah masjid itu.

Jika mahu makan nasi padang perlu ke kompleks bersebelah stesen MRT di gerai Mas Nasi Padang. Wak Masril sedia menunggu bersama isterinya dengan hidangan special ayam rempah. Gerai berkenaan disewanya SD7,000 sebulan, namun masih menguntungkan kerana bukan saje orang Melayu menjadi pelanggannya.
Wak Masril menikmati masakan isteri di gerainya.


Pelanggan Mas Nasi Padang terdiri pelbagai bangsa.

Saturday, June 12, 2010

TIDAK DISENTUH DALAM RMK-10 BUKAN ISU

Ketiadaan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan semalam tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia disediakan dalam bajet tahunan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun negara, tumpuan khusus diberi kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi menyebabkan peruntukan untuk sektor pertahanan dibuat secara berasingan.

"Tidak timbul sebarang isu dalam perkara ini kerana peruntukan untuk Kementerian Pertahanan memang disalurkan semasa pembentangan bajet tahunan. Ini bukan bererti peruntukan untuk Kementerian Pertahanan tiada.

"Rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh lima tahun memang fokusnya kepada perkembangan ekonomi, namun jumlah peruntukan yang bakal disediakan oleh kerajaan pada bajet tahunan nanti tidak diketahui," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam tidak menyentuh mengenai Kementerian Pertahanan.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, 10 peratus daripada jumlah RM230 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi perbelanjaan pembangunan untuk tempoh lima tahun mendatang akan disalurkan kepada sektor keselamatan.

Kepada soalan bagaimana pihaknya mahu memastikan pembangunan sistem pertahanan negara tidak terganggu dengan peruntukan yang semakin mengecil, Ahmad Zahid memberitahu, beliau akan berusaha membawa seberapa banyak syarikat pertahanan asing melabur ke dalam negara.

"Langkah ke arah itu telah dilaksanakan dan kita mendapat maklum balas yang cukup positif daripada beberapa syarikat pertahanan antarabangsa. Mereka sedia untuk berkongsi teknologi pertahanan dengan negara," jelasnya.

Mengenai RMK-10, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia merupakan rancangan pembangunan teliti yang bukan sahaja merangkumi semua golongan tetapi turut memberi fokus kepada sektor swasta sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau menyambut baik fasa baru perkongsian awam-swasta (PPP) yang akan menjadi penggerak kepada agenda transformasi ekonomi melalui pelaksanaan secara bersama membabitkan projek berimpak tinggi.

"Transformasi ini penting kerana ia bakal mewujudkan perkongsian bijak antara pihak awam dan swasta. Ia sekali gus mewujudkan situasi menang-menang yang sangat menguntungkan bagi perkembangan ekonomi negara," ujarnya.

Ahmad Zahid juga memuji komitmen Perdana Menteri untuk terus membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi membolehkan sektor berkenaan melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.
- Utusan Malaysia

Friday, June 11, 2010

ADC SULTAN ZIARAH EMAK DAN BAPAK



ADC Sultan Selangor menziarah emak dan bapak di HAT KL. Tahniah Kapten (TLDM) Ramli Kadri (dah naik pangkat daripada Komander ke Kapten). Bila nak belanja ngeteh?

EMAK PINDAH KE CCU



Friday, June 4, 2010

TUNGGU EMAK DI HOSPITAL

Foto dari kiri; Lt Kol Aziz, Lt Kol Dr Zul, Mej (B) Romlee, Lok, Lt Kol Fuad dan Lt Kol Razak.

Kawan-kawan yang menemaniku di HOSPITAL ketika menunggu emak yang dimasukkan semula ke wad jam 2:00pagi tadi.
Terima kasih juga kepada pemandu dan krew ambulan dari HAT Lumut, Dr Nik, Cici dan nurse baru yang menemani perjalanan emak dari Bagan Datoh ke Wangsa Maju.
Juga kepada Kapt Hassan dan kakitangan HAT Sultan Mizan yang menguruskan pendaftaran emak termasuk Pengarah Hospital, Brig Jen Datuk Yaacob.

Thursday, June 3, 2010

APABILA KUASA TERGADAI

Apabila hilang kuasa bermesyuarat di tengah padang dengan khemah ala-kadar dan tiada berpembesar suara.

Tapi hendak dikatakan hilang kuasa tidak jugak kerana kerusi ADUN masih dipegang UMNO. Tetapi mengapa jadi begini? Adakah ia soal kepimpinan, tiada komitmen ahli ataupun saje menyerah kalah dan tak ambil pusing?

Tapi di sebuah cawangan yang ADUNnya dari DAP mereka mampu bermesyuarat di Kelab Golf. Siapa pula yang membiayai mereka? Adakah Ketua Cawangan?

Semua mesti bertanggungjawab terhadap hidup dan matinya politik bangsa. Jika semua peringkat kepemimpinan dan ahli parti mempunyai komitmen yang tinggi mungkin mesyuarat ala-kadar seperti ini tidak akan berlaku. Malah diyakini Selangor dapat diambil (bukan dirampas) kembali.

Antara kelemahan; tiada mesyuarat dan aktiviti cawangan secara berterusan, semua ahli tidor, keahlian cawangan terlalu besar (dan boleh dipertimbangkan untuk dipecahkan keahlian dan ditambah cawangan.)

Tuesday, June 1, 2010

ROMBAKAN KECIL KABINET

SENARAI ROMBAKAN:
1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.
2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.
5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.
6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.
9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.
11) Datuk Maglin Dennis D’cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
12) Senator Gan ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

KLINIK DI DALAM RUMAH





Ketika majlis berlangsung di bawah, cucu-cucu berumur pra-sekolah bermain kejar-mengejar di tingkat atas. Seorang (anak Hilal) luka di dahi kerana terlanggar almari kaca.

Nasib baik ada ahli keluarga yang jadi doktor (Dr Zabidi) dan dua jururawat emak (Ratu dan Cici). Bilik rawatan emak dijadikan klinik untuk menjahit luka anak Hilal. Maka berkerumunlah adik-beradik dan anak buah melihat Zabidi jahit dahi macam jahit baju.
Ambulan yang datang malam itu hanya membawa peralatan surgeri dari klinik desa berhampiran.