Friday, October 31, 2008

IKUT KUMPULAN 'PETUGAS MEDIA TH' DI TANAH SUCI

Insyaallah, hari ini saya berangkat ke Tanah Suci bersama dengan rakan media lain dari TV3 Azhari Muhidin dan Johan Ghafoor serta Zulkifli dari Bernama.

Adnan Gailan dan Dzulkefli Hassan dari RTM telah berlepas ke Makkah pada 27 haribulan lalu bersama kumpulan peninjau.

Penerbangan kami hari ini dijangka berlepas dari KLIA pada jam 7:30 malam. Namun kami dikehendaki melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya jam 3:30 petang. Kami dijangka tiba di Madinah kira-kira jam 11:45 malam waktu tempatan.

Selain melapor untuk Berita TV9 pada jam 8:00 malam setiap hari, saya diminta untuk membuat laporan aktiviti di Madinah dan Makkah untuk rancangan bual pagi "Nasi Lemak Kopi O - NLKO" yang bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Di samping itu Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan di TV3 juga meminta saya membuat laporan setiap pagi Isnin dan Jumaat.

Kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, dengan kesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada kesilapan di sepanjang perkenalan kita. Mohon juga didoakan agar saya dipermudahkan segala urusan di sana.

Sunday, October 26, 2008

MAJLIS PADA SKALA KECIL

Semalam kami mengadakan majlis doa selamat secara kecil-kecilan sempena tugasan di Makkah sekali gus bagi mengerjakan ibadah haji.

Ia hanya dihadiri jemaah khariah surau Al-Husna Pusat Bandar Puchong, jiran-jiran dan adik-beradik. Turut hadir kakitangan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV9.

Apa yang kelainan pada majlis ini, tiada katerer terlibat. Kami hanya menyediakan bahan sementara kerja memasak dilakukan oleh kakak-kakak ipar yang dibantu oleh isteri.

Kali ini juga untuk mendapatkan sewaan khemah agak sukar kerana majlis diputuskan dalam masa yang terbatas. Ramai orang mengadakan majlis 'open house'. Nasib baik ada rakan yang sudi menyewakan khemah manakala seorang lagi rakan turut menyewakan bangku-bangku dan meja. Nampaknya bisnes kanopi amat menguntungkan ketika ini!

Dan kerana majlis diadakan masih dalam bulan syawal, ia juga bolehlah dianggap sebagai majlis 'rumah terbuka'.

Apapun terima kasih kepada yang sudi hadir.

Dan kepada rakan-rakan lain jangan kecil hati, belum ada rezeki untuk menganjurkan majlis pada skala yang lebih besar!

Thursday, October 23, 2008

DATUK SERI DR JJ SUSUN STRATEGI


Kemana perginya Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis - bekas Menteri Sains dan Inovasi, ahli majlis tertinggi UMNO, Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Rompin.

Walaupun hilang, beliau masih mengekori Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dulu kerana minatnya terhadap sukan berkuda yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Tuesday, October 21, 2008

TEAM BERITA TV9 JUARA PAINTBALL

Team paintball Berita TV9 muncul juara pada Karnival Paintball 2008 yang dianjurkan PIBG Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong (1) dengan kerjasama pentadbiran sekolah berkenaan.

Penyertaan TV9 hanya sekadar memenuhi undangan dan sebagai khidmat masyarakat yang bertepatan dengan tagline “Dekat Di Hati”.

Sebanyak 28 kumpulan mengambil bahagian. Penganjurannya bagi mengutip dana PIBG untuk disalurkan kepada sekolah bagi meningkatkan kemudahan prasarana.

Setiap kumpulan yang mengandungi 10 orang hanya dikenakan bayaran RM350, berbanding bayaran untuk acara itu di luar sebanyak kira-kira RM85 seorang.

Selain acara padang, acara ‘target shoting’ juga diadakan yang mendapat sambutan mengalakkan.

Acara sehari suntuk itu turut mendapat liputan portal TV rasmi Kementerian Pelajaran, Eduwebtv (edisi berita 19 Oktober), selain dimuatkan dalam segmen penutup Berita TV9.

Monday, October 20, 2008

AHMAD ZAHID TERIMA Ph.D

Oleh HATA WAHARI

Foto : Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalam dengan Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada majlis Konvokesyen UPM, Serdang, Selangor, semalam.

SERDANG 18 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara 176 graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada sesi pertama Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-32 hari ini.

Beliau yang menerima Ijazah Ph.D dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan merupakan menteri Kabinet pertama menamatkan pengajian dalam peringkat PhD ketika masih berkhidmat.
Ahmad Zahid berkata, selama tujuh tahun sejak Januari 2001 melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD, beliau kesal dengan kata-kata sinis yang mencemuhnya.

''Kata-kata sinis yang mencemuh 'maha-situa' seperti itu mahu apa lagi untuk mengejar tanpa noktah beberapa gulung ijazah tambahan yang hanya memuaskan rasa keegoan.

''Sindiran yang lebih memualkan terdapat tanggapan dalam sekelumit tulisan oleh seorang kolumnis di media cetak apabila menganggap pengajian pasca-siswazah oleh golongan karyawan boleh dibeli dan kerja-kerja kursus diswastakan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Ph.D itu daripada Canselor UPM, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun terpaksa mengambil tempoh masa yang panjang untuk menyiapkan tesis tersebut, beliau merasa puas.

Menurutnya, beliau membuat tesis bertajuk Manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu Semasa Tempoh Kempen Pilihan Raya Umum.

''Terpaksa berkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan yang kesemuanya mempunyai tempoh akhir dan adakalanya terpaksa membuat pindaan apabila persembahan kajian ditolak oleh jawatankuasa penilaian, namun itu tidak menghalang saya untuk menamatkan pengajian,'' katanya.

Pada majlis itu, UPM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi) kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

Hadiah Pingat Emas Canselor pula dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Aini Marina Ma'rof dan penerima Anugerah Pelajaran Diraja kategori bumiputera pula ialah Faizura Rohaizad yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) sementara graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Yap Wing Fen pula ialah penerima kategori bukan bumiputera.

Penerima Pingat Emas Alumni ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Lee Inn Thing, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, A'fifah Abdul Razak pula menerima Pingat Emas Yayasan Pak Rashid manakala Hadiah Syed Kechik dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia, Ahmad Zamri Alimin.

Sebanyak 7,846 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada konvokesyen yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.
(Mingguan Malaysia 19 Oktober 08)

Tuesday, October 14, 2008

KOMEN TENTANG IJAZAH ZAHID DI BLOG AKJ DAPAT REAKSI

LEKLOOK said...
Salam Datuk,Saya tersentuh apabila ada orang menyatakan Zahid membeli Dr. 18 haribulan ini beliau akan menerima ijazah itu di UPM setelah hampir 7 tahun menyiapkan pra-syarat kelulusan itu. Zahid menghadapi banyak karenah penyelia-penyelianya yang berbeda fahaman antara satu sama lain. Akhirnya dia berjaya juga tanpa 'membeli' ijazah itu. Sudahkah yang mengata membuat usul periksa?
12:01 AM

Dhahran Sea said...
Salam Dato' AKJ & pembaca blog the Scribe [Re: Comment "leklook"]: Saya menerima komen "leklook" diatas kesilapan saya mengatakan Dr Zahid Hamidi "membeli" ijazah PhD beliau. Saya menerima hakikat bahawa "Senat UPM meluluskan pengurniaan Ijazah PhD kepada Datuk Zahid Hamidi pada 21-2-2008 setelah beliau menyiapkan tesis bertajuk "Manifesto Barisan Nasional Sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu Semasa Tempuh Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999". Kesilapan ini amat dikesalkan.
5:24 AM

Monday, October 13, 2008

UMNO PERLU GUNA KESEMPATAN JADI CANGGIH

Sebagai parti yang canggih dan celek IT UMNO seharusnya mendahului media lain terutama dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti itu sendiri.

Parti-parti lain saingannya telah menggunakan sepenuh ruang untuk memanfaatkan sumber maklumat kepada kumpulan sasaran.

Dalam pemilihan UMNO sekarang apabila mesyuarat bahagian bermula, lama web UMNO seharusnya mengemaskinikan status terkini jumlah pencalonan calon-calon yang bertanding.

Langkah itu amat perlu terutama kepada ahli-ahli UMNO dan pihak media untuk membuat rujukan secara rasmi.

Ibu pejabat UMNO sudah tentunya akan membuat pengumuman rasmi selepas semua UMNO bahagian selesai bersidang. Namun itu tidak memadai kerana tumpuan orang ramai kini adalah untuk membilang jumlah perolehan calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

Jadi, UMNO perlu meminta bantuan daripada ahli-ahli UMNO yang pakar dalam bidang ini untuk memudahkan kerja itu.

Barulah dikatakan UMNO canggih!

Sunday, October 12, 2008

MACAM-MACAM GAYA


Pelbagai cerita terukir di sebalik majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang & Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Majlis diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2008 sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Melaka.

Seorang sahabat yang baru menerima surat tawaran penerimaan pingat memberitahu, pakaian pengiring wanita sama dengan penerima. Beliau mentafsirkan, jika sama dengan penerima maka baju pengiring wanita juga serba hitam.

Lantas saya katakan kepadanya, jika begitulah keadaannya ia seperti majlis upacara pengkebumian atau berkabung.

Lalu saya jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 'sama dengan penerima' ialah penerima wanita - iaitu berpakaian baju kurung atau kebaya labuh ke lutut dan berselendang (kecuali yang memakai telekung mini) yang diletakkan di bahu kanan - bagi wanita Melayu.

Manakala dalam sessi taklimat ringkas Dato Bentara menjelaskan cara berpakaian sampin mengikut adat Melayu iaitu jika sampin berada dua tapak tangan di atas lutut itu menandakan orang belum kahwin.

Jika sampin berada dua tapak tangan di bawah lutut itu menandakan orang sudah kahwin. Manakala jika sampin labuh melepasi ukuran itu ke bawah lutut itu sampin orang alim.

Jika bersongkok singgit ke kiri itu menandakan orangnya 'loklak', manakala jika bersongkok singgit ke kanan itu menandakan dia itu 'kasanova'. Oleh itu sebaiknya bersongkoklah secara betul di tengah-tengah kepala.

Masa taklimat dan raptai telah diberitahu, jangan pakai sampin berwarna selain hitam dan jangan pakai Sut Barat selain hitam (Dark Lounge Suit). Tapi bila majlis istiadat ada juga yang tidak beradap..

Masa menghadap macam-macam karenah dan gaya, suka hatilah kau Labu.....Tapi kata-kata Dato Bentara perlu diingat. Majlis ini adalah majlis adat yang tinggi mertabatnya. Anugerah darjah yang diterima bukan dibeli dengan harga RM10 ribu dan diambil di lobi hotel.
Foto : Suasana selepas majlis tamat untuk sesi bergambar.

Shah Rukh Khan Dianugerah Datuk

MELAKA, 11 Okt (Bernama) -- Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari Sabtu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, esok dan Ahad ini.

"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa."Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).-- BERNAMA

Thursday, October 9, 2008

ZAHID HANYA TANDING NAIB PRESIDEN UMNO

KENYATAAN AKHBAR
AHMAD ZAHID HAMIDI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA

1. Demi menjaga perpaduan akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang akan menerajui UMNO, saya menawarkan diri untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan pada kali ini.
2. Justeru, saya memohon sokongan dan percalonan daripada akar umbi dalam persidangan UMNO bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan sahaja.
3. Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan.
4. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi untuk perpaduan dan kekuatan parti.

AHMAD ZAHID HAMIDI

HUNGER FOR NO 2

Rencana yang dipetik daripada 'Malay Mail' ini semalam, adalah susulan daripada entri sebelum ini.

By Zainal Epi October 08, 2008
UMNO supreme council member Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is set to pull out of the race for deputy presidency. So, for now, apparently the contest is down to a handful of candidates, namely vice-presidents Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Mohd Ali Rustam, and former vice-president Tan Sri Mohd Isa Samad.

While the first two have yet to announce their candidacies, Mohd Ali, who is Malacca Chief Minister, made known his intention last week. It is learnt that Zahid, a Minister in the Prime Minister's Department, decided to pull out of the race after meeting Umno deputy president Datuk Seri Najib Abdul Razak yesterday.

This will pave an easier path for Muhyiddin, who appears to be the candidate favoured by party members and the grassroots for the post at the party elections scheduled for March.

The veteran, who has had his ups and downs in the party since the 80s, can expect most Umno divisions to nominate him for the post when their various annual general meetings are held over the next one month, beginning Friday.

According to several division heads, the 60-year old International Trade and Industry Minister, who has been in the Cabinet since Tun Dr Mahathir Mohamad's administration, should be given the chance to be elevated.

The comments came yesterday, a day before Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was to announce his decision on whether to stay on or relinquish his president's post in March, after chairing a Barisan Nasional (BN) Supreme Council meeting this afternoon.
Abdullah was to meet with the King in the morning before chairing the weekly Cabinet meeting, which will be followed by the BN meeting.

Abdullah is not expected to seek re-election in March, thereby handing over the party presidency and the Prime Minister's post to Najib.

His announcement is expected to result in a mad scramble for the position of party deputy president, who will automatically become the deputy prime minister.

Giving reasons of "wanting to make changes" to the party so as to remain relevant to the Malays and Malaysians come the next general election due in 2013, these candidates will have four months to lobby the 2,000-odd delegates who will be elected by the respective 191 Umno divisions in the country by Nov 9.

However, several party stalwarts are worried that more candidates will join the fray. They voiced their disgust at that, feeling it would make a mockery of the position and the party.

Four candidates had previously confirmed their candidacies - vice-president Mohd Ali, supreme council member Datuk Seri Shahidan Kassim, Pulai Umno division head Datuk Nur Jazlan Mohamed and, until yesterday, Zahid.

Waiting to announce their decisions after Abdullah's announcement today are Muhyiddin, Isa, party information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib and party stalwart Datuk Seri Rais Yatim.

Isa, when contacted, said he would make his stand known within two to three days.
"I will announce whether I will go for the vice-presidency or deputy presidency. Just be patient," he said.

As for Muhammad, it is learnt that he voiced his intention to go for the post to Selangor Umno liaison committee members, comprising the State's division chiefs, at a meeting yesterday.

Sources said all the 15 divisions in the State would nominate him for the deputy presidency.
Muhyiddin, who was said to be Abdullah's preferred choice for deputy president when the latter took over the reins from Tun Dr Mahathir in 2002, last month, called for the succession issue to be expedited instead of waiting until 2010.

Candidates need 38 nominations from Umno divisions to contest for the deputy president's post, according to the party's quota system. Each division is allowed to nominate only one candidate for the post.

Given the procedure, only five candidates can qualify to contest the post of deputy president, thus the intense lobbying behind the scenes. However, if one candidate gets more than 80 nominations, only two candidates will contest.

Many have predicted that Muhyiddin is expected to get more than the quota required, thus making it more difficult for the other contenders. The run-up to March should be interesting for both insiders and Umno watchers.

Wednesday, October 8, 2008

DEMI PERPADUAN

Demi perpaduan dan kekukuhan parti serta patuh kepada ketua, perlu undur setapak!

SEKOLAH TAHFIZAH SUNGAI NIPAH DARAT DI RTM

RTM1 jam 6:30 petang semalam menyiarkan program mengenai Sekolah Maahad Tahfiz di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak.

Sekolah itu dikhususkan untuk pelajar perempuan dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak.

Ia diusahakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan sokongan ahli keluarga serta kerajaan negeri.

Perasmiannya telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali beberapa tahun lalu.

Zahid membeli tanah-tanah daripada adik-beradik perempuan ibunya (tanah pusaka arwah opah yang sudah kecil setelah dibahagi-bahagikan) untuk dijadikan wakaf membina sekolah itu.

Sekolah yang terletak di belakang rumah keluarganya itu, adalah satu-satunya Maahad Tahfizah di negeri Perak.

Ayah Zahid, Uztaz Haji Hamidi @ Raden Haji Ahmad Tarmidzi Raden Haji Abdul Fatah bertindak sebagai mudir bagi mengawasi pentadiran sekolah berkenaan. Beliau yang sudah menjangkau umur 84 tahun dibantu penyelia sekolah En Nordin yang bertindak sebagai 'bapa angkat' kepada pelajar-pelajar itu.

Terdapat juga kuanters kediaman untuk guru-guru di perkarangan sekolah itu.

Pelajar hanya dikenakan duit makan bulanan manakala pelajaran diberi percuma.

Di samping pelajaran Quran, mereka diberikan pelajaran Fardhu Ain, kemahiran serta pelajaran akademik dengan kerjasama sebuah sekolah menengah berdekatan.

ISTIKHARAH

Perlu istikharah lagi dan pertimbangkan semula untuk bertanding.

Team sudah berbeza haluan. Janji tidak dikota. Namun gendang telah dipalu dan penyokong sudah menunggu.

Pilihan - antara maju atau undur.

Tuesday, October 7, 2008

MESYUARAT BAHAGIAN - 1

10/10 (Jumaat) :
Machang
Kimanis

11/10 (Sabtu) :
Cheras
Besut

12/10 (Ahad) :
Pontian
Pasir Gudang
Mersing
Pagoh
Batu Pahat
Rasah
Jempol
Jelebu
Shah Alam
Subang
Semporna
Silam
Kalabakan
Kota Kinabalu
Bukit Gelugor
Tasek Gelugor
Kuantan
Rompin
Parit Buntar
Bagan Serai
Taiping
Beruas
Kampar
Bagan Datoh

18/10 (Sabtu) :
Gelang Patah
Tebrau
Kemaman
Kuala Terengganu
Raub

19/10 (Ahad) :
Nibong Tebal
Bagan
Titiwangsa
Segambut
Bandar Tun Razak
Kepong
Kulai
Ledang
Bakri
Tanjung Piai
Bukit Katil
Masjid Tanah
Alor Gajah
Paya Besar

25/10 (Sabtu) :
Tanjung
Setiawangsa
Seputeh
Labis
Simpang Renggam
Tangga Batu
Jasin
Dungun
Marang
Hulu Terengganu
Setiu

26/10 (Ahad) :
Permatang Pauh
Bukit Mertajam
Jelutong
Kluang
Johor Baharu
Pulai
Sri Gading
Parit Sulong
Semberong
Indera Mahkota


1/11 (Sabtu) :
Kuala Krau
Jerantut
Gua Musang

2/11 (Ahad) :
Pekan
Batu Kawan
Bayan Baru
Balik Pulau
Sekijang
Segamat
Ayer Hitam
Muar
Cameron Highlands
Puchong

8/11 (Sabtu) :
Wangsa Maju
Lembah Pantai
Maran

9/11 (Ahad) :
Kepala Batas
Bukit Bendera
Pengerang
Tenggara
Kota Tinggi
Temerloh

Monday, October 6, 2008

PERLU ADA DAYA TAHAN

Kecut perut apabila membaca komen-komen negatif mengenai diri sendiri. Itulah lumrah yang harus ditempuhi oleh calon-calon yang akan bertanding dalam jawatan kepemimpinan tertinggi parti.

Jika pandangan yang positif, sejuk hati dan mata membacanya. Bertambah semangat untuk meneruskan cita-cita.

Namun apabila pandangan yang negatif dilontar terhadap diri, kecut perut dibuatnya, lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi yang direka-reka.

Calon perlu ada daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk menghadapi tohmahan dan pandangan yang bersifat serong.

Di sebalik pujian yang diberi oleh penyokong, calon harus bersedia untuk menerima lontaran cacian dan cemuhan daripada mereka yang tidak sehaluan.

Itulah hakikat berpolitik!

Sunday, October 5, 2008

PETIKAN


Muhyiddin, yang sebelumnya mendakwa tidak berniat menyinggung Perdana Menteri melainkan mewakili suara akar umbi, kini mendapati 'grand design' ciptaannya mungkin memakan diri kerana petandanya makin jelas tidak ramai dalam MT sendiri yang sealiran dengannya.

Gara-garanya juga Zahid dengan sendirinya semakin tertonjol – apatah lagi jika diambil kira beliau pernah menjadi setiausaha politik Najib selama tujuh tahun untuk terus diyakini kesetiaannya kepada bos lamanya itu di samping bakal wujudnya gandingan lebih bersefahaman.

Lebih daripada itu, bukanlah Zahid yang tertagih-tagih restu ahli MT untuk dicalonkan, sebaliknya ia adalah hasil persetujuan beberapa daripada mereka untuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu diberikan 'mandat' bertanding.

Dalam menepati proses peralihan juga, kedua-duanya yang sebaya – Zahid hanya tua beberapa bulan pada usia 55 tahun – dilihat lebih bersesuaian pada ketika selebihnya sama ada sudah menghampiri atau melampaui usia 60 tahun.

Daripada asalnya digembar-gemburkan sebagai calon yang pasti mengisi salah satu kerusi Naib Presiden untuk meninggalkan dua kekosongan selebihnya menjadi perebutan kepada yang lain, Zahid kini merenung lonjakan terbesar dalam kerjaya politiknya.

"Lebih ramai, lebih meriahlah," katanya mengulas perkembangan terbaru itu sambil mempertahankan pengumumannya untuk menawarkan diri bagi jawatan nombor dua, adalah atas jangkaan Najib akan mewarisi kepemimpinan – bukan dengan niat menekan Abdullah agar berundur awal.

Mungkin tidak salah juga untuk mengandaikan penyokong Abdullah akan bekerja kuat untuk Zahid berbanding untuk Muhyiddin.
- Berita Minggu

==========
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid contohnya, beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi serta mempunyai latar belakang agama yang baik.

Oleh kerana sejarah UMNO sudah membuktikan bahawa timbalan Presiden tidak semestinya datang daripada Naib Presiden maka tindakan beliau tidak boleh dianggap janggal.

Langkah yang dilakukan Ahmad Zahid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sudah pastilah dilihat positif oleh sebahagian pihak kerana beliau sebelum ini disenaraikan antara bintang-bintang paling bersinar untuk menduduki kerusi naib presiden. Tetapi Ahmad Zahid mungkin mempunyai alasan tersendiri termasuklah ''saya telah diminta oleh akar umbi untuk menawarkan diri.''

Selain itu beliau dilihat sentiasa setia kepada ketua dan akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan pemimpin atasannya. Ahmad Zahid juga sudah menempuh perjalanan politik yang agak getir termasuklah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 1998 dan cemerlang menerajui Ketua Pemuda UMNO selepas menewaskan tiga menteri yang turut bertanding. Malah di kalangan sesetengah ahli politik mereka menyifatkan beliau seorang yang strategis.
- Mingguan Malaysia

========
Umno leaders are open to the idea of Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi contesting the party's deputy president post.

The strongest support came from Perlis Umno liaison chairman, Datuk Seri Shahidan Kassim.Shahidan said he fully supported Zahid's decision "as we would like to have a younger and more religious generation in the leadership".

"We need younger, more religious people to strengthen Umno because of its internal problems," he said in Kangar yesterday."Zahid is a minister in the Prime Minister's Department in charge of religious affairs. So, with him, it will strengthen the party."

Zahid sprang a surprise on Thursday when he announced that he was offering himself for the deputy president post "in obedience to party grassroots". "They want me to stand." Most other leaders agreed, however, that Zahid could contest any post as long he received enough nominations.
-NST

Saturday, October 4, 2008

TANDING KERANA NAJIB AKAN MENGAMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN PARTI

MASJID TANAH, 3 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesediaannya bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini berdasarkan telahan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan presiden Umno.

Katanya apabila ada kekosongan jawatan timbalan presiden, beliau telah diminta oleh akar umbi untuk menawarkan diri ke jawatan berkenaan."Saya tidak berhajat untuk "mendahului" mana-mana pemimpin, bagi saya keputusan yang saya buat berdasarkan telahan saya, Najib akan mengambil-alih jawatan sebagai presiden," katanya kepada pemberita di sini pada satu majlis rumah terbuka di kediaman mertuanya di Kampung Empang Batu, Durian Daun, di sini.

Akhbar hari Jumaat melaporkan Zahid yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno sebagai pemimpin yang pertama menyatakan kesediaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Sementara itu, Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyatakan hasrat bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya berlaku kekosongan.

Ahmad Zahid, 55, ketika ditanya sama ada pengumuman beliau untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu terlalu awal, beliau berkata pengumuman itu perlu kerana persidangan mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula Khamis ini (9 Okt).

"Kenapa perlu saya melambatkan pengumuman (jawatan itu), perwakilan bahagian akan membuat pencalonan bermula tarikh itu dan biarlah akar umbi yang akan menentukan," katanya.

Ketika ditanya hirarki dalam Umno, jawatan timbalan presiden adalah terdiri dari kalangan mereka yang telah berkhidmat sebagai naib presiden, beliau berkata bekas timbalan perdana menteri allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika memenangi jawatan timbalan presiden Umno ketika itu beliau bukanlah penyandang jawatan naib presiden Umno.

"Sudah ada precedent dalam Umno, jawatan timbalan pernah dimenangi di kalangan mereka yang bukan terdiri daripada naib presiden," katannya.

Ahmad Zahid pernah memenangi jawatan pemilihan Ketua Pemuda Umno bagi 1996 dan secara automatik jawatan ketua pemuda juga setaraf naib presiden.Mengenai reaksi setelah pengumuman itu, Ahmad Zahid berkata ramai yang sokong tetapi ada juga yang memintanya bertanding sekali lagi jawatan naib presiden.
-- BERNAMA

Friday, October 3, 2008

TIADA LAGI EMBARGO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden sebelum tarikh itu.

Pak Lah akan mengumumkan pendirian itu minggu depan sebelum Persidangan Agung UMNO Bahagian bermula.

Menurut Zahid keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dan sokongan daripada peringkat akar umbi.

Sesetengah pihak pula berkata Zahid layak bertanding ke jawatan itu berdasarkan hubungan yang selesa beliau dengan Pak Lah dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Zahid juga dilihat mempunyai hubungan peribadi yang istimewa dengan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian.

Ada juga yang menyatakan, aset yang dikira amat menarik pada Zahid ialah beliau mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR, dan dapat duduk semeja untuk menyatu-padukan umat Melayu pada masa depan.

Menurut Zahid keputusan itu perlu dibuat sekarang. Beliau juga telah meminta restu daripada ibubapanya untuk bertanding, pada majlis hari raya bersama keluarga di Tanjung Malim. Perkara yang sama pernah dilakukannya ketika mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi dahulu.


Foto : Atas - mohon restu Emak. Bawah - tekun mendengar nasihat Bapak.
Ayahnya pernah berkata, "terimalah tanggungjawab itu sebagai amanah. Berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jika diizinkan menang bersyukurlah dan jangan takbur serta riak.

Zahid perlukan sokongan anda semua!

Wednesday, October 1, 2008

BERHARI RAYA DI TANJUNG MALIM


Kami mula berkumpul di rumah Kak Mahah di Tanjung Malim sejak semalam.

Selepas menghantar isteri dan anak-anak, saya berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Abang Zahid dan keluarga tiba beberapa minit sebelum maghrib. Malam tadi selepas program Berita TV9 tamat, saya terus ke Tanjung Malim menyertai adik-beradik yang lain.

Dan kami semua bermalam di hotel di pekan ini.

Pagi tadi kami bersolat aidil fitri di masjid Tanjung Malim, kecuali abang Zahid.

Sejak awal pagi lagi beliau sudah ke Istana Negara menyertai anggota kabinet lain beraya dengan Yang Dipertuan Agong, sebelum bersolat di Masjid Negara dan hadir pada rumah terbuka di PWTC.

Foto : Atas - turut berpeluang berucap. Bawah - Fayyadh (anak) turut berucap & menginsafi kesilapannya kerana tertinggal baju raya. Baju putih ini dipinjamkan oleh Kay-kay.

Kami berkumpul lagi setelah abang Zahid dan Nasaee tiba dari Kuala Lumpu. Setiap keluarga diberi peluang berucap termasuk anak-anak. Antara isi ucapan termasuk perkembangan politik tanahair membabitkannya yang masih embargo. Inilah perkumpulan hari raya pertama di luar kampung Sungai Nipah Darat.

Tahun lalu kami hanya berkumpul di hospital menemani emak.
(Foto menyusul di Penatumpul)