Wednesday, October 8, 2008

SEKOLAH TAHFIZAH SUNGAI NIPAH DARAT DI RTM

RTM1 jam 6:30 petang semalam menyiarkan program mengenai Sekolah Maahad Tahfiz di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak.

Sekolah itu dikhususkan untuk pelajar perempuan dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak.

Ia diusahakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan sokongan ahli keluarga serta kerajaan negeri.

Perasmiannya telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali beberapa tahun lalu.

Zahid membeli tanah-tanah daripada adik-beradik perempuan ibunya (tanah pusaka arwah opah yang sudah kecil setelah dibahagi-bahagikan) untuk dijadikan wakaf membina sekolah itu.

Sekolah yang terletak di belakang rumah keluarganya itu, adalah satu-satunya Maahad Tahfizah di negeri Perak.

Ayah Zahid, Uztaz Haji Hamidi @ Raden Haji Ahmad Tarmidzi Raden Haji Abdul Fatah bertindak sebagai mudir bagi mengawasi pentadiran sekolah berkenaan. Beliau yang sudah menjangkau umur 84 tahun dibantu penyelia sekolah En Nordin yang bertindak sebagai 'bapa angkat' kepada pelajar-pelajar itu.

Terdapat juga kuanters kediaman untuk guru-guru di perkarangan sekolah itu.

Pelajar hanya dikenakan duit makan bulanan manakala pelajaran diberi percuma.

Di samping pelajaran Quran, mereka diberikan pelajaran Fardhu Ain, kemahiran serta pelajaran akademik dengan kerjasama sebuah sekolah menengah berdekatan.

5 comments:

fudzail said...

Menarik.
Saya ada rancangan yang sama untuk dibuat di Kuala Rompin di atas tanah aruah ayah.
Mungkin boleh bekerjasama.

LEKLOOK said...

Insyallah dapat diusahakan.

Anonymous said...

buat le untuk boys jugak

Mariam bt Zakaria said...

AS SALAM SAYA BERNIAT UTK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH TAHFIZAH INI. BAGAIMANA CARA DAN SYARAT2 YG PERLU DIPENUHI. ANAK SAYA BERUMUR 10 TAHUN . BAGAIMANA SAYA BOLEH MENHUBUNGI TAHFIZAH INI. TERIMA KASIH

Mariam bt Zakaria said...

AS SALAM SAYA BERNIAT UTK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH TAHFIZAH INI. BAGAIMANA CARA DAN SYARAT2 YG PERLU DIPENUHI. ANAK SAYA BERUMUR 10 TAHUN . BAGAIMANA SAYA BOLEH MENHUBUNGI TAHFIZAH INI. TERIMA KASIH