Saturday, July 26, 2014

HAMPIR SEBULAN DI ICU

Bapak sebelum ini hampir dua bulan dirawat di hospital. Sehari sebelum Ramadan iaitu pada 28 Jun 2014, pada hari beliau dijangka 'discharge' bapak dimasukkan ke ICU.

Sehingga ke hari ini, sehari sebelum Syawal bapa masih dirawat di ICU.

Bapak masih dikategorikan sebagai kritikal. 

Seperti ketika arwah emak sakit dahulu, kami adik-beradik akan berkumpul dan beraya di hospital di Kuala Lumpur meninggalkan rumah di kampung sunyi ketika sambutan Adil Fitri.

Semoga Allah meringgankan beban sakit yang ditanggung oleh bapak.