Tuesday, September 2, 2014

HAMPIR SEBULAN BAPAK MENINGGALKAN KAMI

Bapak, Allahyarham Hamidi@Radin Haji Ahmad Tarmidzi Radin Haji Abdul Fattah kembali ke rahmatullah jam 5 petang, 8 Ogos 2014. 

Saya bersama seorang kakak Samahah dan adik Najmuddin berada di sisinya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, di Wad ICU Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Wanga Maju.

Abang Zahid yang menziarahi bapak dua kali sejak pagi ketika itu berada di PWTC untuk meninjau persiapan terakhir majlis resepsi anakandanya, Ahmad Khairul Hafiz. Majlis resepsi di Dewan Merdeka malam itu ditukar kepada majlis tahlil untuk arwah.

Terima kasih kepada orang perseorangan, Jabatan dan agensi yang membantu menguruskan jenazah bapak, serta mereka yang hadir pengkebumian dan majlis bacaan Yassin selama tiga hari.

Al-Fatihah.



(Anak cucu perempuan menyiarahi pusara sehari selepas pengkebumian)

(Mesyuarat keluarga selepas semuanya menziarahi pusara bapak pada sebelah pagi sehari selepas pengkebumian.)