Sunday, July 27, 2008

PENGERUSI TETAP CAWANGAN SESAK NAFAS

Sejak 17 Julai lalu, Persidangan Agung UMNO Cawangan kini saban minggu berlangsung sehingga 24 Ogos ini. Walaupun tidak sehebat Persidangan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ia tidak boleh dipandang remeh.

Selain berupaya menentukan corak kepimpinan, suara akar umbi yang kedengaran di cawangan tidak boleh dinafikan untuk dibahaskan di peringkat bahagian dan seterusnya dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.

Antaranya mereka mahu perubahan dalam kepimpinan UMNO, walaupun akur dengan pelan peralihan kuasa yang diumumkan Presiden parti.

Turut kedengaran, mereka mahu kuota pemilihan semua peringkat kepimpinan dimansuhkan. Manakala peringkat cawangan diberikan lebih kuasa untuk memilih pucuk pimpinan.

Usul itu pernah dibawa ke peringkat majlis tertinggi tetapi tidak mendapat pertimbangan. Kini setelah situasi politik UMNO dalam keadaan kurang selesa, beberapa isu lama dibangkitkan semula di peringkat cawangan.

Suara-suara di cawangan juga mahu pemimpin di peringkat bahagian dan seterusnya di peringkat atas menjenguk turun ke bawah. Mereka bukannya dahagakan duit poket atau duit kopi, tetapi sekadar mahu bersalam dan beramah mesra dengan pemimpin sekerap mungkin. Namun, jangan tunjuk kemewahan kepada mereka.

Apapun yang paling sibuk dan menjadi lebih penting daripada Ketua Cawangan sekarang ialah Pengerusi Tetap Cawangan, lebih-lebih lagi pada musim pemilihan ini.

Walaupun hanya bertugas setahun sekali, peranan mereka penting bagi memastikan kelancaran mesyuarat. Tetapi rata-rata Pengerusi Tetap terpaksa dipandu oleh Wakil Bahagian (AJK Bahagian) dalam pengendalian tugas mereka, terutama mereka yang berumur melebihi 60 tahun.

Yang menyebabkan Pengerusi Tetap Cawangan sesak nafas bila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan serentak persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan.

Friday, July 25, 2008

UMNO DAN PAS MAMPU DUDUK SEMEJA

(Diubahsuai daripada laporan khas oleh Syafinaz Yunus - disiarkan dalam Berita TV9, 24 Julai 2008)

Usaha bagi mewujudkan perpaduan di antara UMNO dan PAS mula dijalin dengan adanya pertemuan di antara pemimpin kedua-dua parti itu. Namun kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak muzakarah, menimbulkan tanggapan baru.

Dakwaan sesetengah pihak muzakarah hanya untuk kepentingan UMNO, merobek usaha murni itu. Persoalannya sampai bila dua parti Melayu-Islam itu akan terus bertentang arah?

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar berpendapat muzakarah ini untuk kebaikan orang Melayu, umat Islam serta negara. Menurutnya Datuk Nik Aziz pada dasarnya tidak pernah menolak untuk bermuzarahan. Perbezaan pandangan di kalangan beberapa pemimpin PAS mungkin mempengaruhi pendirian beliau untuk membuat keputusan.

"Sebagai ulama, sudah pasti beliau menyokong. Beliau tidak dimaklumkan secara peribadi. Orang PAS yang tidak senang hati mungkin menasihatkannya." ujar Sayuti.

Pengalaman pahit yang dilaluan beberapa pemimpin PAS dan UMNO menyebabkan usaha bermuzakarah menjadi tidak mudah. "Saya sendiri berpendapat muzakarah ini tidak ada faedahnya, bahkan semata-mata ini bala pada PAS," kata Wan Ahmad Wan Ismail, bekas Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan.

Manakala bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad berkata usaha untuk mengadakan muzakarah hanya mencari publisiti murah. "Pas tak ke mana dah nak pergi. Dia tahu dah tak boleh pergi jauh, dia boleh duduk, nak duduk bawah UMNO. Kalau dulu UMNO dengan MCA dianggap kafir, sekarang PAS duduk di bawah DAP apa? PAS dah buang tabiat dah. Tak payahlah nak muzakarah. Orang PAS yang nak masuk UMNO.. mari, orang UMNO yang nak masuk PAS..pergi," katanya.

Menurut Sayuti ada pihak tertentu dalam PAS risau, "silap tanggapan iaitu perselisihan faham dalam PAS itu sendiri. Golongan yang yakin dengan Pakatan Rakyat dan golongan yang tidak yakin dengan Pakatan Rakyat."

Namun masih ada kalangan anggota kedua-dua parti yang berfikiran terbuka mengenai pertemuan pemimpin mereka

"Pada pandangan saya tidak salah kepimpinan itu berjumpa memberikan pandangan-pandangan kepada UMNO sebab kita tidak boleh tolak hakikat bahawa UMNO ini masih memegang kuasa di Malaysia, walaupun mereka kekurangan undi majoriti. Jadi diharap pertemuan ini kita boleh mengemukakan pandangan, teguran-teguran dan juga harapan supaya UMNO memainkan peranan dia bagi menjaga kepentingan agama Islam, " kata EXCO Kelantan, Nik Amar Abdullah.

Seorang veteran UMNO Kelantan, Datuk Ismail Mamat turut menyokong usaha mengadakan muzakarah itu. "Saya merasakan pandangan ini lebih kepada politik tetapi kalau kepada politik bangsa Melayu keseluruhan atau kalau untuk bangsa Melayu, ia haruslah diteruskan," katanya.

Di sebalik polimik itu, Datuk Nik Aziz menjelaskan, isu muzakarah tidak timbul lagi, kerana apa yang sebenarnya berlaku sekadar pertemuan biasa atau muqaballah.

Namun bagi Sayuti pertemuan perlu disegerakan, "Saya sokong kedua-duanya. Ia perlu agar ada pertemuan wakil UMNO dan PAS untuk dua parti ini dududk di bawah satu rumpun," ujar beliau.

Walau apapun, langkah pertama harus dilakukan bagi membuka lembaran baru perpaduan Melayu-Islam. Dan soal politik harus diketepikan. "Muzakarah ini harus diteruskan bukan untuk bergabung parti tetapi untuk membincangkan kepentingan orang melayu yang semakin terhimpit," kata Profesor Nidzam Sulaiman dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UKM.

Tiada lagi pihak yang boleh diletakkan harapan untuk perpaduan Melayu dan agama Islam, kecuali UMNO - sebuah parti bertunjangkan Melayu dan PAS yang penubuhannya bertujuan memperjuangkan islam. Maka yang penting kini, satu titik permulaan bagi mencari penyelesaian masalah perpaduan di kalangan bangsa Melayu, disegerakan.

Thursday, July 24, 2008

SUDAH SETAHUN EMAK DI HOSPITAL

Isnin ini 28 Julai, genap setahun emak terlantar di katil hospital. Dan ketika saya menulis entri ini, saya berada di sofa di bilik wad bersamanya. Giliran saya menunggunya selepas balik kerja tadi dan singgah di Rumah Melaka menunaikan jemputan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri.

Malam ini saya bermalam dengan pakaian kerja yang saya pakai sejak pagi tadi.

Saya masih teringat tarikh itu ketika membawa emak dari kampung ke Kuala Lumpur. Seperti biasa hospital yang menjadi rumah keduanya, Pusat Rawatan Kampung Baru (KBMC). Doktor yang merawat Pengarah hospital itu sendiri, Dr Ishak Masud.

Hajat kami untuk membawa pulang belum tertunai, kerana beberapa sebab yang perlu diambil kira. Antaranya emak akan jauh daripada anak-anak kerana kebanyakan kami bekerja di Lembah Klang dan Tanjung Malim.

Dua pembantu rumahnya telah pulang ke Indonesia beberapa minggu sebelum bulan puasa tahun lalu. Sejak emak berada di hospital tiada kerja yang boleh mereka lakukan untuk membantu emak.

Beberapa minggu lalu seorang jururawat dari Indonesia mula merawatnya. Kehadiran Ratu sebagai persediaan kami untuk membawa emak pulang.

Ratu akan dibantu seorang lagi rakan jururawat dari negaranya. Dan jika seorang lagi jururawat itu telah selesai berurusan dengan imigresen, kami akan membawa emak ke rumah kakak di Tanjung Malim.

Kedua-dua jururawat terlatih itu akan merawat emak di sana dan adik-beradik juga akan bergilir-gilr menjenguk emak selepas ini, bagi membantu kakak yang juga sibuk dengan perniagaannya.

Semuga kami semua tabah dengan ujian ini dan emak merestui cara kami.

Wednesday, July 23, 2008

SIARAN BERITA TV PERLU ADA PENYAMPAI BAHASA ISYARAT

Penonton di Malaysia selepas ini kemungkinan akan menyaksikan siaran berita di semua TV memaparkan penyampaian secara bahasa isyarat.

Ketika ini hanya RTM melaksanakan keperluan itu. Bagaimanapun RTM hanya memperuntukan masa terhad dalam siaran Warta Perdananya, tidak meliputi berita ekonomi dan sukan.

Jika arahan daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tidak boleh disanggah, semua penonton harus akur dengan penampilan penyampai berita tambahan itu.

Bagaimanapun pengalaman RTM dalam melaksanakan kaedah itu perlu diambil kira.
Kekurangan penyampai bahasa isyarat yang mahir di negara ini masih menjadi bebanan, di samping beberapa masalah lain.

Menurut Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), setakat ini hanya terdapat 10 orang yang mahir menyampaikan bahasa isyarat di seluruh negara. Namun keperluan itu mungkin dapat diatasi jika seramai 2,000 penuntut yang kini masih belajar di institusi tertentu dapat dikeluarkan menjelang Mac 2009. Bagaimanapun tahap kemahiran mereka masih pada peringkat asas.

Beberapa permintaan yang dikemukakan oleh MFD kepada stesen TV membuatkan sesetengahnya ‘pening kepala’. Antaranya MFD mencadangkan penampilan penyampai bahasa isyarat harus memenuhi 25 peratus daripada keseluruhan kaca TV.

Alasan mereka, saiz kecil di sudut bawah sebagaimana yang dipaparkan di RTM kini, tidak jelas dan menyebabkan kerosakan mata. Menurut mereka di Finland, penyampai bahasa isyarat di TV negara itu memenuhi separuh daripada keseluruhan skrin.

Dengan lulusnya akta berkaitan di parlimen, nampak gayanya semua stesen TV perlu melaksanakan keperluan itu bagi memenuhi permintaan 30 ribu orang pekak yang berdaftar di seluruh negara.

Tuesday, July 22, 2008

RAMAI RAKYAT MALAYSIA JADI JUTAWAN DI DUBAI

Hari ini saya dikunjungi seorang rakan yang sudah lebih 10 tahun bermastautin di Dubai, UAE. Setiap tahun, beliau akan bercuti balik ke Malaysia selama sebulan.

Menurutnya pendapatan di UAE lumayan. Seorang penyambut tetamu (receptionist) mendapat gaji RM8,000 sebulan. Purata pendapatan pekerja yang bertaraf pengurus sebanyak RM30 ribu sebulan.

Kini jutawan di kalangan rakyat Malaysia di negara itu telah mencecah belasan orang. Rata-rata mereka membuat pelaburan mudah dalam hartanah iaitu beli dan jual rumah.

Rakan saya inipun sudah bergelar jutawan walaupun menurutnya belum mencapai tahap multi-millionaire.

Bila pencen nanti balik Malaysia boleh duduk di Starbuck minum kopi dan membelanjakan wang simpanan yang terkumpul. Simpanan akan berlipat ganda lagi bila selepas pencen nanti duit itu dibuat pelaburan lain, atau membeli pulau di Terengganu.

Saturday, July 19, 2008

SEMUA KABIN DI PUCHONG DIAMBIL ALIH MPSJ

Majlis Perbandaran subang Jaya (MPSJ) sudah ada kaedah untuk menyelesaikan isu lebih 50 buah kabin di Puchong yang sebahagiannya tidak ada permit.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Ikhsan berkata sebahagian kabin itu akan dirobohkan. Manakala kabin yang boleh digunakan akan diambilalih oleh MPSJ.

“Ada satu keputusan daripada kerajaan negeri yang mengarahkan kita ambil alih kabin-kabin berkenaan daripada pemilik asal. Dengan lain perkataan kita akan guna sekiranya masih elok kita akan milikan di bawah pentadbiran MPSJ”, kata beliau.

Menurut Datuk Adnan pihaknya telah mengeluarkan notis berpindah bertarikh 23 Jun lalu sebagai langkah menangani masalah itu.

Tindakan MPSJ itu dipercayai gesaan daripada Ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo yang mendakwa kebanyakan kabin dibiarkan tanpa sebarang pengawasan.

DEBAT 'LIVE' KEMUNGKINAN AKAN DITERUSKAN

Debat seumpama Shabery Cheek-Anwar Ibrahim kemungkinan akan diteruskan.

TV9 bersedia untuk terus menyiarkannya secara langsung manakala Agenda Daily sebagai penganjur.

Pasangan yang dikenal pasti untuk program seterusnya ialah Salahuddin Ayub dan Khairy Jamaluddin.

Apapun perinciannya masih terlalu awal untuk dipastikan.

Friday, July 18, 2008

ALL ABOUT 'ASAp' AND 'FYI' AND 'FYA'

By CHRISTINE JALLEH

ONE day, a colleague turned to me and asked, “What’s FYI?”
“For your information.”
“What’s FYA?”
“For your action.”
“What’s WRT?”
“With reference to...”

Before the conversation dragged on any further, I quickly looked up a website on acronyms used in business communications and sent it to him via e-mail.

This conversation made me realise that the full meaning of many acronyms and abbreviations may not be immediately apparent for many people – students or working adults alike.

For starters, an acronym is a word created from combining the initial letters of each word. For example, For your action.

An abbreviation is a word shortened from its original form. For example, “Attn.” is an abbreviation of the word “attention” to convey the meaning “for the attention of”.

In general, a full stop is used for abbreviations where the last letter of the word and the abbreviation are not the same. For example, “Co.” (Company) needs a full stop but “Ltd” (Limited) does not. Acronyms do not need punctuation marks.

Below are some frequently used short forms in business communication like e-mails, faxes and letters:

a.k.a. – also known as

On Monday morning, Kay El, a.k.a. The Boss, walked in happily and greeted her assistant, Pee Jay.

approx. – approximately

Checking her e-mail, Pee Jay read, “Today is the boss’s birthday. Can everyone please slip off quietly to the cafeteria in approx. 15 minutes?”

ASAP – as soon as possible

Pee Jay opened up her daily planner and scribbled ASAP next to some of the urgent items on her to-do list.

Attn. – for the attention of

Leafing through the stack of mail to be sent out, Pee Jay asked her boss, “To whom should I address the cheque for the annual report?”

Her boss replied, “Just write ‘Attn: Ms. Chris-tine Jalleh’. She’ll know what to do with it.”

Bcc. – blind carbon copy or blind copy to. In this case, the carbon copy is sent to an e-mail recipient whose e-mail address is not visible to the cc or other bcc recipients.

“By the way, I think it’s better if you bcc me in your e-mail to Brown. We wouldn’t want him thinking that I’m supervising you for this project.”

Cc. – carbon copy, or copy to

“But I would like to be cc-ed on the e-mail to Mr Green as I have not yet introduced the both of you to each other.”

c/o – in care of, used when sending a document to A who will receive it on B’s behalf because B is away from the office.

“Boss, I think Christine is back in China this week. Would it be all right if I sent the cheque in care of her assistant? I’ll still write her name on top with c/o Ah Sis Tern below.”

COD – cash on delivery, where a person makes payment for an item purchase after it has been delivered.

“I’m also sending out the cheque for the set of Business English reference books we bought COD on eBay.”

e.g. – exempli gratia (for example)

Pee Jay replied to the e-mail, “Hi everyone. Please remember that the boss doesn’t like surprises, e.g. everyone shouting ‘Surprise!’ in the cafeteria.”

et al. – et alii (and others). Usually used to list co-authors after the lead author in a bibliography, this form is now popularly used to address the other people other than the recipient in e-mails.
She received a new e-mail, which read, “Dear Pee Jay et al., I was reminded that the boss does

NOT like surprises ...”

etc. – et cetera (and so on OR and so forth)

This means that we will not be able to collectively surprise her by springing out of the cafeteria doors as we had planned, etc.

exc. – except

“Can everyone, exc. Pee Jay, be at the cafeteria in 5 minutes? We need to figure out a surprise without the surprise element. Thanks!”

FYI – for your information

Her boss’s voice brought the young assistant back to the present, “Pee Jay, I’m forwarding you all these e-mails FYI, okay?”

FYA – for your action

“Note that some of these e-mails are FYA ...”

i.e. – id est (that is)

After acknowledging her supervisor, Pee Jay decided to help her colleagues out and typed,
“She’s in a good mood today, i.e. we won a new account and completed a major project.”

K – thousand, e.g. 450K = 450,000

“Just to give you an idea of her mood, it’s a 450K retainer for the first quarter ...”
PA – personal assistant

The immediate reply to Pee Jay’s e-mail read, “Thanks for the info, Pee Jay – you’re the best PA!”

p.a. – per annum (per year)

Pee Jay smiled and responded, “Haha, there is a reason why I’m paid RM65K p.a.”

p.p. - per pro (used when signing a document on someone’s behalf)

Looking back at her paperwork, Pee Jay signed some invoices on her boss’s behalf, inserting p.p. just before her signature.

Pto. – please turn over, used at the end of a page to indicate that there is a continuity to the text.

“By the way, please remember to type Pto. on the first page of the proposal you’re sending. The last time we sent it to him, he forgot to read the subsequent pages,” chimed in Kay El.

viz. – videlicet, namely

She got up and left a note on Pee Jay’s work station before leaving. Scribbled on it was, “Can I pass you my slice of birthday cake after I cut it? I really don’t need a lot of carbo, viz. refined flour, at my age.” The note ended with a wink.

Readers can go to http://http://www.acronymfinder.com// to search for the meanings of over 4 million acronyms and abbreviations. This online dictionary also allows users to filter their search according to categories like information technology (IT), military and government, business and finance, science and medicine, organisations and schools, and slang and pop culture.
SOURCE : The Star

DEBAT ANWAR - SHABERY BOLEH DITONTON DI LAMAN SESAWANG TV9

Bagi mereka yang terlepas mengikuti Program Debat secara langsung antara Datuk Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh layari laman web TV9 dengan hanya klik logo 'BERITA TV9' di sebelah kiri blog ini.

Cari ‘Sajian Kami’ dan klik ‘Berita TV9’.

Thursday, July 17, 2008

AZHAR OSMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pegawai Akhbar kepada Perdana Menteri, Azhar Osman kembali ke Rahmatullah pagi tadi akibat barah. Beliau adalah bekas kakitangan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3, yang berjuang bersama-sama menaikkan martabat penyiaran berita di TV3 termasuk NightLine dan Buletin Utama.

Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi jenazah boleh ke rumah Allahyarham di No 19, Jalan Tiang Seri, QU/73B, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Semuga Allah mencucuhi rahmat ke atas rohnya. Amin

JUMLAH PENONTON DEBAT DI TV9 1.938 JUTA

Satu strategi yang dikira berbaloi. Jumlah penonton Tv9 yang menonton siaran langsung Debat Agenda Daily malam Selasa lalu mencecah 1.938 juta. Manakala mereka yang menonton siaran tertunda di TV3 berjumlah 1.902 juta.

Jika program itu disiarkan secara langsung di TV3, adiknya TV9 tidak mungkin dapat merekodkan sejumlah itu (sekiranya siaran tertunda itu disiarkan di saluran Dekat Di hati).

Oleh itu strategi berkongsi keuntungan penonton oleh Media Prima mengena.

TV9 boleh melebihi sasaran itu jika seluruh rakyat dapat mengikuti siaran langsung berkenaan sekiranya prasarana penyiaran dapat ditingkatkan dan dapat diwujudkan di merata tempat termasuk Sabah dan Sarawak.

Apapun kedua-dua stesen TV itu berupaya memperoleh jumlah penonton sebanyak 3.84 juta, berbanding ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000.

Wednesday, July 16, 2008

SEPUTAR BERITA

ANWAR MULA DISIASAT:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mula disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan liwat melibatkannya di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pukul 2.50 petang ini.

Anwar yang ditahan oleh sekumpulan anggota polis komando bertopeng pada pukul 1.05 petang dan dibawa menaiki kenderaan ke IPK 10 minit kemudian, hanya dibenarkan ditemani salah seorang peguamnya, R. Sivarasa.

Seorang lagi peguam, Sankara N. Nair yang sempat menemui Anwar sebelum itu, ketika ditemui pemberita yang berkumpul di pekarangan IPK memberitahu, anak guamnya disiasat sebagai suspek di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kes meliwat tanpa kerelaan.

Beliau dan ahli keluarga Anwar tidak dibenarkan menemani anak guamnya itu sepanjang sesi soal siasat itu.

PENYOKONG ANWAR MULA BERKUMPUL DI DEPAN IPK :
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di depan IPK Kuala Lumpur.

SAMSUL DIBAWA KE IPK :
Samsul Bukhari, pemuda yang membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk membantu siasatan ke atas Datuk Seri Anwar.

WAN AZIZAH PERTIKAI CARA ANWAR DITAHAN :
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kira-kira pukul 1 petang ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut, sekembalinya daripada ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu berkata, suaminya memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon daripada dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. "Anwar memberitahu beliau sedang dibawa oleh pihak polis. Saya beritahu Anwar yang saya nak bergegas berjumpanya namun Anwar pesan supaya saya pulang ke rumah terlebih dahulu untuk melihat anak-anak. Saya kesal dengan cara polis yang tak `gentle ' sedangkan Anwar baru sahaja menjalani pembedahan dan mengalami masalah sakit belakang,'' katanya ketika ditemui pemberita sejurus sidang Dewan Rakyat berhenti rehat tengah hari ini.

Wan Azizah bersama anak bongsunya kemudian dilihat tiba di IPKKL pukul 1.30 tengah hari.

ANWAR DITAHAN POLIS :
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.

Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya

ANWAR TIDAK KEMUKAKAN FORMULA BERNAS

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan formula menurunkan harga bahan api yang meyakinkan dan mapan pada debat khas mengenai "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak."

Walaupun beliau berhujah dengan petah dan menarik hati penonton terutama penyokongnya menerusi retoriknya, formula yang dibentangkan berjaya dipatahkan oleh lawannya Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar berkata, harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter sehari selepas sekiranya Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Wang itu dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan, dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP). "Dengan mengurangkan kapasiti itu saja kita telah mendapat RM2 bilion, jadi RM3 bilion lagi diperoleh melalui penjimatan dan mengatasi kebocoran," katanya.

Mematahkan hujah-hujah Anwar pada debat anjuran Agendadaily.com di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi, Ahmad Shabery berkata cadangan Anwar itu sudah tidak lagi relevan berikutan harga minyak di pasaran dunia sekarang lebih mahal berbanding harga semasa formula itu di warkan-warkan sejak sebelum pilihan raya umum
-Bernama

DEBAT TERBUKA UBAH PERSEPSI MASYARAKAT

(Foto : Agenda Daily)


Debat terbuka di antara Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan malam tadi ada keistimewaannya tersendiri.

Selain memberi ruang lebih ramai rakyat mendekati TV9 yang menyiarkannya secara langsung, ia mengukir sejarah dari sudut penyebaran maklumat di negara ini.

Program yang turut disiarkan secara tertunda di TV3 itu, menimbulkan pelbagai reaksi daripada mereka yang hadir di Dewan Bahasa dan Pustaka, serta mereka yang menonton di rumah.

SMS yang saya terima daripada rakan-rakan media dan politik mengambarkan reaksi begitu. Malah sembang-sembang dengan mereka yang hadir juga mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza.

Dr Fuad Zarkashi (Ahli Parlimen Batu Pahat - BN) yang saya dekati menarik saya ke satu sudut di luar dewan selepas berakhirnya debat. Menurut beliau Datuk Seri Anwar menggunakan pendekatan mudah supaya rakyat faham.

Beliau menggunakan formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Wang itu menurutnya dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi kebocoran dan ketirisan serta mengurangkan rizab pengeluran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

Bagaimanapun Datuk Shabery Cheek pula menjelaskan program itu berjaya membuktikan kepada rakyat mengenai dasar keterbukaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sahabat lama saya, Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang – PKR) yang diajak berbual pula menunjukkan reaksi lega dan gembira. Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar telah menggunakan setiap sudut bagi melemparkan hujah yang bernas dan realistik. Beliau mengakui ia sebagai ‘milleage’ bagi bosnya itu.

Seorang lagi kenalan lama, Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani – PKR) yang mengalahkan bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin pada PRU-12 lalu, dilihat tersenyum lebar.

Bagaimanpun YB Jo yang duduk berhampiran saya di dewan ketika perdebatan berlangusng, sentiasa cuba menenangkan penyokong-penyokong PKR yang kadang-kadang semacam dirasuk hantu ketika tidak berpuas hati dengan hujah Datuk Shabery.

Bagi penganjur - Agenda Daily, perdebatan itu sesuatu yang amat berbaloi. Rosli Ismail (Ketua Editor Agenda Daily) yang menghampiri saya sebelum pulang menjelaskan semuanya ok, cuma sedikit kekecohan di antara sekumpulan anggota media dengan beberapa orang pengawal keselamatan. Namun kehadiran polis yang ramai dapat mengawal keadaan. Seorang lagi sahabat, Hanafiah Man (Editor Agenda Daily) yang kini semacam hendak tak hendak sahaja bercakap dengan saya turut menunjukkan kepuasannya.

Mereka berdua inilah antara ‘orang kuat’ di belakang penganjuran debat terbuka itu. Seorang lagi sahabat, Nizam Isa bekas wartawan di The Star secara bergurau berkata, “lepas ini Rosli dan Hanafiah boleh ambil dua Mini Cooper di luar dewan hadiah daripada Datuk Seri Farid Ridzuan (CEO Rangkaian Televisyen Kumpulan Media Prima).”

Apapun menurut Datuk Ibrahim Yahaya (Dunia Tiger), perdebatan ini masih memperlihatkan sifat ‘wira’ bosnya di Kementerian Penerangan. Sikap berani berdepan untuk berhujah secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pembangkang tidak dibenarkan berjumpa media.

Ketika debat baru bermula sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin secara berseloroh menyatakan kepada Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, “kalau macam ni boleh buat selalu”, setelah melihat reaksi positif yang ditunjukan.

Monday, July 14, 2008

DEBAT ANWAR-SHABERY 'LIVE' DI TV9 ESOK

Debat Anwar Ibrahim-Shabery Cheek yang akan diadakan esok (15 Julai 2008) di Dewan Bahasa dan Pustaka akan disiarkan secara langsung oleh TV9, manakala TV3 akan menyiarkannya secara siaran tertunda.

Segala persiapan kini berjalan lancar. Dan pihak keselamatan sedang menyenaraikan nama mereka yang layak hadir kerana bilangan yang dibenarkan amat terhad.

Manakala kerja-kerja mengadakan promosi program itu sedang diatur oleh penganjur (Agenda Daily) dan media yang terbabit. Antaranya esok penganjur akan muncul di program bicara pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3.

Menurut penganjur, majlis yang dijangka bermula jam 9 malam itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaafar, yang juga kolumnis dan pengacara terkemuka. Beliau dikatakan akan memberhentikan debat jika pendebat lari daripada tajuk yang dipersetujui. Ini termasuk membincangkan isu politik semasa.

Sama-samalah kita menempah masa di TV9 malam esok.

TERBARU!!! Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan hadir memberi keterangan kepada polis.

Sunday, July 13, 2008

MP PUCHONG POLITIKAN ISU KABIN

Tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mahu menghalau keluar kabin yang sudah lama berada di beberapa tempat di kawasan itu mendapat reaksi penduduk.

Pagi tadi sebilangan Ketua UMNO Cawangan dan penduduk Puchong mengadakan bantahan di hadapan kabin UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong.

Buletin Utama malam tadi, dalam laporannya menyebut begini;

Jangan politikkan isu penempatan kabin di sekitar Puchong, Selangor. Pembinaannya khusus untuk aktiviti kemasyarakatan malah sejak sekian lama, kabin berkenaan ada manfaatnya. Dan yang dipersoalkan kenapa kini ia harus dirobohkan?

Lebih 50 Ketua UMNO Cawangan dan penduduk berkumpul membantah rancangan meroboh dan memusnahkan kabin berkenaan. Kebanyakan kabin ditempatkan di padang permainan dan kawasan perumahan.

Sebelum ini Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam satu surat bertarikh 23 Jun lalu memaklumkan akan meroboh dan mengalihkan 55 kabin di sekitar Puchong.

Perintah mengikut seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Tempoh 30 hari diberikan untuk mematuhi arahan berkenaan.

Sebahagian daripada kabin terbabit dimiliki parti politik, ada juga kabin milik pasukan RELA.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebelum ini mendakwa pembinaan kabin berkenaan tidak selamat.

Ketua UMNO Cawangan Bukit Puchong yang menganjurkan bantahan hari ini berkata sebagai pemimpin jangan hanya memperjuangkan hak satu pihak sahaja. Menurutnya Dewan Undangan Negeri Seri Serdang BN menang.

Oleh itu tegasnya Gorbin perlu menghormati keputusan rakyat. "Jangan isu kabin ini dipolitikkan, banyak lagi isu lain yang lebih besar', katannya.

Manakala seorang lagi pemimpin UMNO Cawangan berkata kabin itu sudah lama wujud di kawasan-kawasan berkenaan dan selamat.

"Dia kata akan datang kecelakaan kepada kanak-kanak, tuan-tuan tengok sendiri, kalau dia nak guna, kita sama-sama, come to us kita runding", kata Mohd Said Midon, Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway.

Justeru mereka akan menghantar memorandum kepada pihat PBT tanda bantahan.

Sementara itu Berita TV9 turut memuatkan sajian beritanya malam tadi dengan laporan bantahan itu.

Jangan robohkan! Kabin itu untuk manfaat kami bersama. Ia untuk aktiviti kemasyarakatan.
Itu rayu penduduk di Puchong, berikutan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk merobohkan 50 unit kabin yang ada di sekitar kawasan pentadbirannya.

MPSJ dalam notis bertarikh 23 Jun lalu, mahu semua kabin itu dipindahkan atau dirobohkan.
Tempoh 30 hari diberikan. Sekiranya gagal MPSJ sendiri akan merobohkan atau mengalihkan semua kabin berkenaan.

Perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 70, Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Tindakan MPSJ dipercayai berikutan gesaan Ahli Parlimen Puchong, Gobin singh Deo yang mendakwa kebanyakkan kabin ditempatkan di padang permainan dan kawasan lapang tanpa digunakan.

Ahli Parlimen DAP itu juga mendakwa kabin itu membahayakan kerana menjadi sarang penagih dan aktiviti jenayah lain.

Bagaimanapun penduduk Puchong yang menafikan dakwaan itu merayu agar MPSJ dapat mempertimbangkan semula keputusannya.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Puchong, Shahlawati Manap berkata sejak wujudnya kabin berkenaan, banyak aktiviti dapat diselaraskan. "Sebenarnya ini nadi kepada pengerak kemasyarakatan yang ada di sekitar ini khususnya di kawasan bandar", ujarnya.

Penduduk juga mahu isu ini tidak dipolitikkan, kerana bukan semua kabin dimiliki parti politik. Sebaliknya banyak yang dimiliki Jawatankuasa Penduduk (JKP).

"Seperti contoh Pusat Bandar Puchong, jumlah penduduk di situ hampir 20 ribu, dan Cina lebih ramai. Kabin itu kita gunakan untuk rapatkan hubungan silaturahim antara tiga kaum, Cina , Melayu dan India", kata Sarifuddin Intas Ali, Timbalan Pengerusi JKP Zon 20.

Antara aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan di kabin termasuk kelas tuisyen, mengaji Al-Quran dan merancang permaian sukan futsal.

"Di mana ada kabin ini, di situ boleh kita merencanakan untuk penduduk. Anak-anak mda kita ni yang melepak sana sini boleh kita berikan tempat mereka untuk di sini dan berbagai-bagai aktiviti", jelas Abdul Hashim Abd Samad, Pengerusi JKP Zon 21.

KABIN MENGIKUT KATEGORI PEMILIKAN
PARTI SAHSIAH 28
JKP 12
PERSENDIRIAN 9
RELA 1
JUMLAH 50

Menurut statistik UMNO Bahagian Puchong, terdapat 28 kabin milik parti politik, 12 milik JKP, sembilan milik persendirian manakala satu dimiliki RELA.

BERITA TV9 SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT

Berita TV9 sudah setanding

Berita TV9 yang baru melepasi usia setahun setengah kini semakin mendapat tempat di hati penonton. Beberapa isu yang diketengahkan kini mendapat reaksi positif darpada masyarakat terutama golongan sasaran.

Logo TV9 kini dapat dilihat sebarisan dengan logo stesen televisyen lain negara ini. Malah pada majlis-majlis utama logo itu lebih menonjol daripada stesen lain.

Usaha sedang dilakukan untuk memantapkan lagi isi kandungan dan corak persembahannya.

Saturday, July 12, 2008

APA ITU PERJANJIAN PANGKOR KEDUA?

Perjanjian Pangkor II mula dibongkar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, yang juga bekas EXCO Perak Datuk Dr Zamry Kadir.

Setelah UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.Ia adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar.

Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa.

Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat?

Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).

Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar? Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.

Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2”, Menteri Besar tidak boleh:
1. Menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2. Menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3. Membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB, sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

Mohd Nizar Jamaluddin dilantik Menteri Besar dan pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.


Bersama Datuk Dr Zamry di UN University, Tokyo beberapa tahun lalu

PULAU PINANG, 9 Julai (Bernama) -- Pemimpin dua parti dalam Pakatan Rakyat enggan mengulas laporan sebuah akhbar mengenai satu perjanjian melibatkan kerajaan pakatan itu di Perak yang kononnya melarang Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau tidak ada apa-apa untuk mengulas kerana di peringkat nasional, tidak ada sebarang perjanjian.

"Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa," kata Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, di pejabatnya di sini.

Di KOTA BAHARU, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa juga enggan mengulas isu itu dengan alasan tidak membaca laporan akhbar itu kerana berada di luar negara.

"Saya kena semak dulu," katanya kepada pemberita.Menurut laporan akhbar itu, persetujuan yang dipanggil "Perjanjian Pangkor II' antara Mohammad Nizar dan DAP melarang Menteri Besar Perak itu daripada menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam, dengan memetik abang Mohammad Nizar, Fadhil sebagai berkata adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani perjanjian itu.

Pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.-- BERNAMA

UMNO SEMAKIN DITEKAN DI SELANGOR


Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor pelbagai tekanan dikenakan terhadap anggota Barisan Nasional (BN).

Di Puchong, Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo mahu semua kabin di tanah lapang yang digunakan sebagai pejabat UMNO cawangan dan beberapa pejabat parti lain komponan BN dialihkan.

Walaupun kabin-karbin berkenaan masih beroperasi, beliau mendakwa ia ditinggalkan kosong. Beliau seolah-olah mahu mengagalkan Persidangan Agung Cawangan yang bermula minggu depan. Sehubungan itu beliau mengarahkan supaya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menghalau keluar semua 28 kabin yang terletak di tanah lapang itu.

Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti komponan BN khususnya UMNO di Puchong akan keluar beramai-ramai mengadakan bantahan esok berhubung kenyataan Gorbin itu di kabin Bilik Gerakan Cawangan Bukit Puchong, jam 10 pagi.

Thursday, July 10, 2008

SEPUTAR BERITA

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan tidak tergesa-gesa menuntut diadili mengikut peruntukan qazaf kerana dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih lagi dalam siasatan polis.

Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman berkata, tindakan Anwar membawa isu liwat itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seolah-olah menjadi satu usaha untuk ‘mencari perlindungan’ atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

"Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.
(Utusan)

Wednesday, July 9, 2008

PRESIDEN UMNO AKAN UMUM KEPUTUSAN PENTING ESOK


Esok MT UMNO akan mengadakan mesyuaratnya di PWTC jam 3 petang. Tunggu pengumuman penting daripada Presiden parti yang juga Perdana Menteri pada taklimat khas kepada Ketua Bahagian, selepas mesyuarat itu.

Monday, July 7, 2008

SAPP'S WITHDRAWS NO-CONFIDENCE MOTION THREAT

KUALA LUMPUR: The Sabah Progressive Party's (SAPP) threat of no-confidence motion against the Prime Minister is off.

Its vice-president Datuk Dr Chua Soon Bui, who appeared in Parliament for the first time on Monday after having been absent for two weeks, said the party did not want to be held responsible as the "scapegoat" in the current political climate.

"We don't want to be made the scapegoat under the current political situation and take responsibility if there's any emergency rule or any outcome that will affect the general public," she told reporters before meeting with Minister in Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

By SIM LEOI LEOI (TheStarOnline)

SAIFUL CABAR ANWAR

PETALING JAYA: Tunang Saiful Bukhari Azlan, Janna Mohd Zaki menganggapnya sebagai hero walau apapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Saiful. Janna meluahkan isi hatinya ini di dalam nota terbaru di blognya sempena hari lahir Saiful yang ke 23 semalam, 6 Julai. Saiful Bukhari merupakan bekas pembantu peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya telah diliwat oleh bekas majikannya itu.

Dalam posting terbarunya dalam blog, 'A Step in My Pink Mary Janes', Janna berkata walaupun dia tidak dapat menunaikan segala hasrat menyambut hari lahir Saiful seperti yang dirancang setelah berhempas pulas membuat segala persiapan, dia tidak terkilan.

"Di mata saya, Saiful adalah hero. Pada mereka yang menghujani kami dengan sumpahan dan kata-kata hinaan, saya ucapkan Alhamdulillah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri pada Allah.

"Kami tidak ada kuasa untuk membuat orang berhenti bercakap perkara yang memedihkan tentang kami. Saya percaya pada Saiful dan saya tahu, kebenaran itu akan datang jua satu hari nanti," jelas Janna dalam blognya yang bertarikh semalam.

Di bawah posting terbaru yang bertajuk "Happy Birthday" itu juga, Janna turut membuat pautan dengan laman profile milik tunangnya itu menerusi laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari.

Di halaman pautan tersebut, tertera ayat yang menggambarkan seolah-olah Saiful mencabar Anwar iaitu: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri. Yang bathil pasti jatuh! Aku tak takut mati. ALLAHHUAKBAR!"
Petikan : mStarOnline

DAH SEMAKIN MENYAMPAH

Sayapun sudah menyampah dengan helah politik yang digunakan. Awal penubuhannya dulu saya turut simpati dengan perjuangannya, tetapi saat ini meluat saya semakin memuncak.

Sebagai anggota media setiap peristiwa yang berlaku seboleh mungkin perlu dihadiri, walaupun ia di luar tugas. Apa yang berlaku dan dilihat harus direkodkan di dalam diari minda. Saya hadir di tengah-tengah golombang manusia di Stadium Melawati, Shah Alam tempoh hari.

Sama ada mereka faham apa yang diucapkan oleh pemimpin di atas pentas malam itu, tidaklah saya tahu sangat. Tetapi sokongan dan tepukan yang hadir mengambarkan ia lebih kepada emosi. Ia lebih daripada sebuah pentas hiburan yang mempamerkan pelaku-pelakunya seperti Raja Lawak Astro.

Maki hamun dan serangan peribadi yang tidak pasti kesahihannya tidak terkira. Mereka mengambarkan bahawa negara ini berada dalam neraka yang diperintah seorang Firaun yang zalim, yang tiada ruang untuk melepaskan diri.

Mereka mengajak yang hadir tidak mengikut undang-undang kerana undang-undang yang ada dianggap 'undang-undang rimba'. "Pengadilan harus mengikut saluran politik", itu kata mereka.

Antara kata-kata mereka,
- "perjalanan kita ke Putajaya semakin hampir",
- "minyak akan turun esok jika BA memerintah hari ini".
- "kita korek BN dan benamkan mereka".
- " ....itu Utusan percaya dan TV3 percaya.."
- " boleh ke Ketua Pengarang Utusan masuk kedutaan Turki sesuka hati?"

Bagaimanapun cadangan untuk mengumumkan empat Ahli Parlimen BN melompat tidak menjadi kerana dikatakan sebagai satu strategi.

Kita tunggu apa episod filem cereka selepas ini.

SELEPAS TSUNAMI 2004 - SUDAH WUJUDKAH AMARAN AWAL?


Tsunami yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia pada 26 Disember 2004 membawa saya menyertai satu forum antarabangsa di Bangkok. Saya dan seorang lagi rakan mewakili Malaysia pada forum itu.

Selain membentangkan pengalaman negara masing-masing terutama dalam penyaluran maklumat, forum itu turut mencari kaedah terbaik menghadapi bencana itu.

Kehadiran wakil dari Jepun, iaitu negara yang sering berhadapan dengan gempa bumi menjadi rujukan peserta. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada amaran awal yang digunapakai oleh negara-negara terbabit dan kaedah penyaluran maklumat yang digunakan media elektonik.

Dalam hubungan itu, rata-rata negara peserta tiada mempunyai amaran awal dalam menghadapi bencana itu, sebelum ini.

Forum dianjurkan bersama Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) dan beberapa badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk International Strategy for Disaster Reduction (ISDR).

Peserta forum terdiri daripada negara-negara yang mengalami bencana itu di Lautan Hindi, Kepulauan Andaman, utara Sumatera, Sri Lanka, selatan India serta Thailand (Pulau Phuket) dan Malaysia (Pulau Pinang dan Kota Kuala Mudah, Kedah).

Sunday, July 6, 2008

MENOLAK SEGALA TOHMAHAN

Foto : Utusan

SIAPA DR PADDY BOWIE?


Datuk Dr. Paddy Bowie, berusia lebih 82 tahun dan terkenal sebagai Pengarah Urusan Paddy Schubert Sdn Bhd., sebuah syarikat kumpulan perunding yang ditubuhkan beliau pada tahun 1980.

Graduan di bawah biasiswa Universiti Oxford itu meninggalkan United Kingdom dan bermastautin di Malaysia lebih 45 tahun lalu. Kini beliau sudah menjadi warga negara Malaysia.

Beliau juga dikenali sebagai penulis dan penganalisis politik yang mana pandangannya sering menjadi rujukan media antarabangsa.

Datuk Dr Paddy seringkali diundang sebagai penceramah dalam persidangan yang berkaitan dengan kepakarannya, termasuk Persidangan Pakar Ekonomi dan Forum Lingkaran Pasifik di Amerika Syarikat, Australia dan kebanyakan negara Asia timur.

Pertemuan saya dengan beliau di Kampala, Uganda tujuh tahun lalu diatur oleh seorang tokoh perniagaan yang turut mengikuti rombongan perniagaan sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun).

Kehadiran Dr Mahathir di Uganda adalah sempena Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) yang berkonsepkan 'smart partnership'.

Dr Paddy turut menggunakan kesempatan itu untuk melancarkan bukunya yang turut diberikan kepada saya ketika itu.

Saturday, July 5, 2008

BUKU 'MANUAL OF MILITARY LEADERSHIP' DIMAKAN ANAI-ANAI

Beberapa buku kesayangan yang dalam simpanan hampir musnah kerana anai-anai.

Antaranya 'Manual Of Military Leadership' yang diterbitkan di India (1980) dan 'A Vision Realised' (2001) - buku pemberian penulisnya, Paddy Bowie ketika kami bertemu di Kampala, Uganda. Manakala buku pertama yang saya beli melalui internet, 'Growing Up Digital' oleh Don Tapscott (1998) hanya mengalami sedikit kecacatan.

'A Vision Realised' tulisan Datuk Paddy Bowie adalah mengenai transformasi yang dialami syarikat minyak negara iaitu Petronas. Buku setebal lebih 400 halaman itu berkisar kepada kejayaan Petronas selama 25 tahun.

Petronas yang lahir pada 17 Ogos 1974 menjadi titik mula bagi Malaysia dalam meneroka secara serius sumber hidro-karbon. Nama-nama yang dikaitkan terhadap penubuhannya termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ananda Krishnan.

Buku 'Growing Up Digital' pula berkisar kepada generasi baru setelah kemunculan teknologi digital. Ia memaparkan bagaimana kanak-kanak masakini memacu perubahan dalam abad ke-21 dengan menggunakan media baru (new media) yang berpusat kepada Internet. Generasi Net atau N-Gen yang semakin berkembang mewujudkan budaya baru di kalangan masyarakat, sekali gus membentuk cara individu dan masyarakat berinteraksi.

Manakala buku yang hampir tiga dekad dalam simpanan saya 'Manual Of Military Leadership' adalah satu-satunya khazanah saki baki ketika saya menuntut dan menjalani latihan ketenteraan di sebuah institusi latihanan ketenteraan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ia adalah buku yang dipesan terus dari India oleh seorang pegawai tentera berpangkat Mejar (OC Company) untuk simpanan dan rujukan kami ketika itu. Buku berkenaan sebenarnya pertama kali dicetak semula di India pada 1980. Pra-katanya ditulis oleh Jeneral G.H Deckor, Ketua Staf Tentera Darat Amerika Syarikat.

Buku ini memperkatakan mengenai asas kepimpinan tentera yang merangkumi pelbagai aspek. Namun matlamat utama kepada kepimpinan ketenteraan adalah melaksanakan misi. Dan antara asas kepada pelaksaan itu merangkumi pengembangan dan pengekalan dari segi keberkesanannya, disiplin organisasi yang membentuk moral yang tinggi serta semangat kekitaan atau 'esprit de corps'.

Selain itu beberapa aspek turut ditekankan termasuk ancaman terhadap kepimpinan, prinsip kepimpinan serta indikator kepimpinan. Walaupun prinsip kepimpinannya menjurus kepada ciri keketenteraan, aplikasinya amat relevan digunakan dalam sektor awam dan swasta.

Buku ini pernah dipinjam untuk beberapa tahun oleh seorang abang saya yang ketika itu menjadi Pengurus Pemasaran Amanah Saham Nasional Berhad yang baru ditubuhkan oleh PNB. Beliau juga banyak merujuk kepada buku berkenaan ketika awal kegiatan politiknya.

Friday, July 4, 2008

PEMUDA PAS MAHU ANWAR BERSUMPAH

SHAH ALAM 4 Julai – Dewan Pemuda Pas Selangor bersetuju dengan cadangan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang kedua-duanya dikaitkan dengan kes liwat, supaya 'bermuhabalah' atau bersumpah.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, dengan bersumpah yang bermaksud menyerahkan kepada Allah, masalah yang berkaitan dakwaan liwat itu boleh diselesaikan dari segi peribadi.

"Dalam Islam, cara penyelesaian sesuatu isu seperti isu ini bukan susah, soalnya isu ini tidak boleh dipolitikkan, oleh itu sumpah kedua-duanya (Anwar dan Mohd. Saiful) merupakan sebagai penyelesaian masalah ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta Anwar dan Mohd. Saiful 'bermubahalah' atau bersumpah setelah isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya." - Utusan.

REKA BENTUK KREATIF SEBUAH MAJALAH


Semasa belajar dalam bidang komunikasi massa di sebuah institut pengajian tinggi dulu, antara subjek yang saya gemari ialah copy editing. Antara perkara yang dipelajari termasuk bagaimana cara mereka cipta sebuah iklan dan muka majalah.

Elemen yang dipaparkan dalam sesuatu gambar dapat merangsang minat pembaca untuk melekat dan mengetahui isi kandungannya.

Seseorang 'copy editor' memerlukan pengetahuan yang luas disamping penguasaan bahasa yang tinggi. Selain itu profesion ini memerlukan seseorang itu mahir berfikiran secara kreatif, berdiplomasi dan berupaya bekerja dalam pelbagai tekanan.

Majalah bulanan yang saya perolehi setiap bulan ini antara beberapa majalah yang tidak kering dengan pelbagai idea bagi menghiasi muka depannya.

Thursday, July 3, 2008

LAOS JANJI PELUANG PELABURAN


Laos, satu daripada anggota ASEAN yang dahulunya terpinggir dari segi pembangunan dan ekonominya kini semakin melangkah maju. Dari segi geografinya negara itu diapit oleh beberapa negara dengan Mynmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan dan Thailand di barat.

Sejarah Laos bermula ketika zaman pemerintahan Lan Xang atau lebih dikenali sebagai 'tanah sejuta gajah'. Setelah sekian lama dijajah Perancis, Laos kemudian mendapat kemerdekaannya pada tahun 1949. Namun negara itu terus menghadapi perang saudara berpanjangan.

Pertelingkahan hanya tamat pada tahun 1975 apabila pergerakan komunis Pathet Lao mengambilalih kuasa. Bagaimanapun sengketa terus berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas itu.

Ekonomi Laos mula berkembang pesat pada tahun 1990an apabila reformasi ekonomi dilaksanakan. Lesen perniagaan selepas itu dikeluarkan secara meluas. Keterbukaan terhadap dasar luarnya memberi peluang peniaga dari luar termasuk Malaysia melabur ke Laos.

Sebuah hotel terbesar (240 bilik) di Vientiane yang berada di tebing sungai Mekong dibangunkan oleh seorang rakyat Malaysia keturunan Cina dari Seremban. Beliau mendapat anugerah tanah yang luas itu daripada kerajaan Laos. Bagaimana Datuk itu memperolehnya untuk membina Hotel Don Chan tidak pula diketahui secara terperinci. Tetapi daripada apa yang saya diberitahu oleh Datuk berkenaan, ia melalui proses mudah yang penuh diplomasi.

Beberapa tahun dahulu, ketika makan malam di sebuah restoran mamak di Vientiane (makanan halal hanya dijual oleh beberapa restoran India Muslim), saya didatangi sepasangan suami isteri rakyat Malaysia keturunan Melayu. Menurut mereka selepas habis belajar dan mendirikan rumahtangga, mereka berhijrah ke Laos membuka kelas Bahasa Inggeris. Alhamdullilah sambutan memberangsangkan.

Menurut mereka sebenarnya banyak peluang perniagaan di Laos. Penerbangan terus oleh Air Asia dari Kuala Lumpur ke Vientiane memudahkan urusan perniagaan dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Dahulu penerbangan dari Kuala Lumpur terpaksa transit di Bangkok. Namun jaraknya yang tidak berapa jauh dari Malaysia memungkinkan perjalanan darat boleh dilakukan. Malah pemilik hotel berkenaan dahulu sering membawa Estimanya dari Seremban ke Vientiane bersama pemandu serta keluarganya.

Perjalanan memakan masa dua hari sahaja. Bagaimanapun menurut pemandunya faktor keselamatan perlu juga diambil perhatian. Untuk itu beliau sering berjaga-jaga dan membawa senjata dengan menyembunyikannya dicelah-celah sudut di dalam kenderaan.

Masyarakat Laos amat mesra dengan rakyat asing walaupun bermasalah dari segi bahasa untuk berkomunikasi. Pada hari-hari tertentu terutama apabila membabitkan kunjungan pemimpin asing, semua wanitanya dipaksa memakai pakaian kebangsaan ketika ke luar rumah. Peraturan itu mudah dipatuhi kerajaan pemerintahan sosialis yang diamalkan negara itu.

Tuesday, July 1, 2008

NABIL DAN RAKAN PAMER LAWAK BODOH

Nabil yang dikatakan Raja Lawak Astro musim ini yang dibantu Azizan dan Johan buat kelakar tak bertempat. Tapi lawak mereka bukan free. Mereka dibayar untuk membuat persembahan sempena Malam Anugerah Media oleh sebuah kementerian.

Rata-rata mereka yang menonton persembahan malam tadi geleng kepala. “Apalah lawak bodoh ni..?” kata seorang Datuk dari Bernama.

Tetamu khas Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan Panglima-Panglima yang hadirpun semua tunjuk muka toya dengan persembahan itu. Persembahan syok sendiri.

Selepas mereka bertiga memulakan persembahan hambar, ramai yang hadir tidak memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di atas pentas. Hadirin sebaliknya berbual sesama sendiri dan menumpu kepada ‘handphone’ masing-masing.

Persembahan malam itu yang menarik dengan tema ala-60an musnah dengan penampilan ‘three stogers’ di atas pentas.

Kalau saya jadi penganjur malam itu, saya tak akan bayar kepada mereka bertiga. Kalau bayar pun cukup sekadar duit minyak dan duit makan.

Jadi kepada mereka yang merancang untuk memanggil mereka bertiga selepas ini bagi menyerikan majlis makan malam, hati-hatilah jangan terpedaya dengan nama glomour mereka.