Laos, satu daripada anggota ASEAN yang dahulunya terpinggir dari segi pembangunan dan ekonominya kini semakin melangkah maju. Dari segi geografinya negara itu diapit oleh beberapa negara dengan Mynmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan dan Thailand di barat.
Sejarah Laos bermula ketika zaman pemerintahan Lan Xang atau lebih dikenali sebagai 'tanah sejuta gajah'. Setelah sekian lama dijajah Perancis, Laos kemudian mendapat kemerdekaannya pada tahun 1949. Namun negara itu terus menghadapi perang saudara berpanjangan.

Pertelingkahan hanya tamat pada tahun 1975 apabila pergerakan komunis Pathet Lao mengambilalih kuasa. Bagaimanapun sengketa terus berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas itu.
Ekonomi Laos mula berkembang pesat pada tahun 1990an apabila reformasi ekonomi dilaksanakan. Lesen perniagaan selepas itu dikeluarkan secara meluas. Keterbukaan terhadap dasar luarnya memberi peluang peniaga dari luar termasuk Malaysia melabur ke Laos.

Sebuah hotel terbesar (240 bilik) di Vientiane yang berada di tebing sungai Mekong dibangunkan oleh seorang rakyat Malaysia keturunan Cina dari Seremban. Beliau mendapat anugerah tanah yang luas itu daripada kerajaan Laos. Bagaimana Datuk itu memperolehnya untuk membina Hotel Don Chan tidak pula diketahui secara terperinci. Tetapi daripada apa yang saya diberitahu oleh Datuk berkenaan, ia melalui proses mudah yang penuh diplomasi.
Beberapa tahun dahulu, ketika makan malam di sebuah restoran mamak di Vientiane (makanan halal hanya dijual oleh beberapa restoran India Muslim), saya didatangi sepasangan suami isteri rakyat Malaysia keturunan Melayu. Menurut mereka selepas habis belajar dan mendirikan rumahtangga, mereka berhijrah ke Laos membuka kelas Bahasa Inggeris. Alhamdullilah sambutan memberangsangkan.
Menurut mereka sebenarnya banyak peluang perniagaan di Laos. Penerbangan terus oleh Air Asia dari Kuala Lumpur ke Vientiane memudahkan urusan perniagaan dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Dahulu penerbangan dari Kuala Lumpur terpaksa transit di Bangkok. Namun jaraknya yang tidak berapa jauh dari Malaysia memungkinkan perjalanan darat boleh dilakukan. Malah pemilik hotel berkenaan dahulu sering membawa Estimanya dari Seremban ke Vientiane bersama pemandu serta keluarganya.
Perjalanan memakan masa dua hari sahaja. Bagaimanapun menurut pemandunya faktor keselamatan perlu juga diambil perhatian. Untuk itu beliau sering berjaga-jaga dan membawa senjata dengan menyembunyikannya dicelah-celah sudut di dalam kenderaan.
Masyarakat Laos amat mesra dengan rakyat asing walaupun bermasalah dari segi bahasa untuk berkomunikasi. Pada hari-hari tertentu terutama apabila membabitkan kunjungan pemimpin asing, semua wanitanya dipaksa memakai pakaian kebangsaan ketika ke luar rumah. Peraturan itu mudah dipatuhi kerajaan pemerintahan sosialis yang diamalkan negara itu.
No comments:
Post a Comment