Monday, July 7, 2008

SELEPAS TSUNAMI 2004 - SUDAH WUJUDKAH AMARAN AWAL?


Tsunami yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia pada 26 Disember 2004 membawa saya menyertai satu forum antarabangsa di Bangkok. Saya dan seorang lagi rakan mewakili Malaysia pada forum itu.

Selain membentangkan pengalaman negara masing-masing terutama dalam penyaluran maklumat, forum itu turut mencari kaedah terbaik menghadapi bencana itu.

Kehadiran wakil dari Jepun, iaitu negara yang sering berhadapan dengan gempa bumi menjadi rujukan peserta. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada amaran awal yang digunapakai oleh negara-negara terbabit dan kaedah penyaluran maklumat yang digunakan media elektonik.

Dalam hubungan itu, rata-rata negara peserta tiada mempunyai amaran awal dalam menghadapi bencana itu, sebelum ini.

Forum dianjurkan bersama Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) dan beberapa badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk International Strategy for Disaster Reduction (ISDR).

Peserta forum terdiri daripada negara-negara yang mengalami bencana itu di Lautan Hindi, Kepulauan Andaman, utara Sumatera, Sri Lanka, selatan India serta Thailand (Pulau Phuket) dan Malaysia (Pulau Pinang dan Kota Kuala Mudah, Kedah).

No comments: