Monday, July 7, 2008

DAH SEMAKIN MENYAMPAH

Sayapun sudah menyampah dengan helah politik yang digunakan. Awal penubuhannya dulu saya turut simpati dengan perjuangannya, tetapi saat ini meluat saya semakin memuncak.

Sebagai anggota media setiap peristiwa yang berlaku seboleh mungkin perlu dihadiri, walaupun ia di luar tugas. Apa yang berlaku dan dilihat harus direkodkan di dalam diari minda. Saya hadir di tengah-tengah golombang manusia di Stadium Melawati, Shah Alam tempoh hari.

Sama ada mereka faham apa yang diucapkan oleh pemimpin di atas pentas malam itu, tidaklah saya tahu sangat. Tetapi sokongan dan tepukan yang hadir mengambarkan ia lebih kepada emosi. Ia lebih daripada sebuah pentas hiburan yang mempamerkan pelaku-pelakunya seperti Raja Lawak Astro.

Maki hamun dan serangan peribadi yang tidak pasti kesahihannya tidak terkira. Mereka mengambarkan bahawa negara ini berada dalam neraka yang diperintah seorang Firaun yang zalim, yang tiada ruang untuk melepaskan diri.

Mereka mengajak yang hadir tidak mengikut undang-undang kerana undang-undang yang ada dianggap 'undang-undang rimba'. "Pengadilan harus mengikut saluran politik", itu kata mereka.

Antara kata-kata mereka,
- "perjalanan kita ke Putajaya semakin hampir",
- "minyak akan turun esok jika BA memerintah hari ini".
- "kita korek BN dan benamkan mereka".
- " ....itu Utusan percaya dan TV3 percaya.."
- " boleh ke Ketua Pengarang Utusan masuk kedutaan Turki sesuka hati?"

Bagaimanapun cadangan untuk mengumumkan empat Ahli Parlimen BN melompat tidak menjadi kerana dikatakan sebagai satu strategi.

Kita tunggu apa episod filem cereka selepas ini.

2 comments:

mn said...

Salam brader,

1. Itulah sifat orang-orang politik.

2. Mereka memang suka ujudkan masalah.

3. Ini kerana dicelah-celah masalah itulah, mereka akan mencipta publisiti untuk agenda peribadi mereka.

http://suarasukj.blogspot.com

Anonymous said...

Lok, apa sebenarnya yg diperjuangkan? Adakah untuk agama? Bangsa? atau dendam? Apa yg saya nampak perpaduan melayu & Islam tlh hilang..!! mejasara