Wednesday, July 16, 2008

SEPUTAR BERITA

ANWAR MULA DISIASAT:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mula disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan liwat melibatkannya di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pukul 2.50 petang ini.

Anwar yang ditahan oleh sekumpulan anggota polis komando bertopeng pada pukul 1.05 petang dan dibawa menaiki kenderaan ke IPK 10 minit kemudian, hanya dibenarkan ditemani salah seorang peguamnya, R. Sivarasa.

Seorang lagi peguam, Sankara N. Nair yang sempat menemui Anwar sebelum itu, ketika ditemui pemberita yang berkumpul di pekarangan IPK memberitahu, anak guamnya disiasat sebagai suspek di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kes meliwat tanpa kerelaan.

Beliau dan ahli keluarga Anwar tidak dibenarkan menemani anak guamnya itu sepanjang sesi soal siasat itu.

PENYOKONG ANWAR MULA BERKUMPUL DI DEPAN IPK :
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di depan IPK Kuala Lumpur.

SAMSUL DIBAWA KE IPK :
Samsul Bukhari, pemuda yang membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk membantu siasatan ke atas Datuk Seri Anwar.

WAN AZIZAH PERTIKAI CARA ANWAR DITAHAN :
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kira-kira pukul 1 petang ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut, sekembalinya daripada ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu berkata, suaminya memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon daripada dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. "Anwar memberitahu beliau sedang dibawa oleh pihak polis. Saya beritahu Anwar yang saya nak bergegas berjumpanya namun Anwar pesan supaya saya pulang ke rumah terlebih dahulu untuk melihat anak-anak. Saya kesal dengan cara polis yang tak `gentle ' sedangkan Anwar baru sahaja menjalani pembedahan dan mengalami masalah sakit belakang,'' katanya ketika ditemui pemberita sejurus sidang Dewan Rakyat berhenti rehat tengah hari ini.

Wan Azizah bersama anak bongsunya kemudian dilihat tiba di IPKKL pukul 1.30 tengah hari.

ANWAR DITAHAN POLIS :
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.

Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya

No comments: