Thursday, July 10, 2008

SEPUTAR BERITA

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan tidak tergesa-gesa menuntut diadili mengikut peruntukan qazaf kerana dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih lagi dalam siasatan polis.

Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman berkata, tindakan Anwar membawa isu liwat itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seolah-olah menjadi satu usaha untuk ‘mencari perlindungan’ atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

"Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.
(Utusan)

No comments: