Sunday, July 6, 2008

SIAPA DR PADDY BOWIE?


Datuk Dr. Paddy Bowie, berusia lebih 82 tahun dan terkenal sebagai Pengarah Urusan Paddy Schubert Sdn Bhd., sebuah syarikat kumpulan perunding yang ditubuhkan beliau pada tahun 1980.

Graduan di bawah biasiswa Universiti Oxford itu meninggalkan United Kingdom dan bermastautin di Malaysia lebih 45 tahun lalu. Kini beliau sudah menjadi warga negara Malaysia.

Beliau juga dikenali sebagai penulis dan penganalisis politik yang mana pandangannya sering menjadi rujukan media antarabangsa.

Datuk Dr Paddy seringkali diundang sebagai penceramah dalam persidangan yang berkaitan dengan kepakarannya, termasuk Persidangan Pakar Ekonomi dan Forum Lingkaran Pasifik di Amerika Syarikat, Australia dan kebanyakan negara Asia timur.

Pertemuan saya dengan beliau di Kampala, Uganda tujuh tahun lalu diatur oleh seorang tokoh perniagaan yang turut mengikuti rombongan perniagaan sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun).

Kehadiran Dr Mahathir di Uganda adalah sempena Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) yang berkonsepkan 'smart partnership'.

Dr Paddy turut menggunakan kesempatan itu untuk melancarkan bukunya yang turut diberikan kepada saya ketika itu.

No comments: