Monday, March 29, 2010

BARRACK STAY DI PD

"BARRACK STAY" ATAU PENGINAPAN ALA-TENTERA DI SALAH SEBUAH KEM LAMA DI PORT DICKSON (PD) AKAN MENJADI TARIKAN UTAMA UNTUK PELANCONG DATANG KE BANDAR TENTERA DARAT ITU.

MENTERI PERTAHANAN DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI BERKATA PENGINAPAN ITU MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA TIGA ELEMEN TERPENTING UNTUK MENONJOLKAN PD SEBAGAI BANDAR TENTERA YANG MEMPUNYAI TARIKAN PELANCONGANNYA YANG TERSENDIRI.

TIGA ELEMEN ITU IALAH PEMBANGUNAN, KANDUNGAN DAN ATURCARA, KATANYA.

"KITA BELUM SAMPAI KE TAHAP UNTUK MEMBENARKAN ORANG RAMAI MENEMBAK SENJATA API SEPERTI YANG ADA DI LUAR NEGARA. YANG PENTING KITA MULAKAN DULU DENGAN MEWUJUDKAN KESEDARAN ORANG RAMAI TERHADAP PD," KATANYA KEPADA PEMBERITA SELEPAS MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PEMBANGUNAN PD BERSAMA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DATUK SERI MOHAMAD HASAN HARI INI.

BELIAU BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITANYA SAMA ADA KONSEP PENYEWAAN SENJATA API DAN KERETA PERISAI UNTUK ORANG AWAM SEPERTI YANG WUJUD DI VIETNAM DAN UKRAINE AKAN DISERTAKAN BERSAMA PAKEJ "BARRACK STAY" ITU.

DARI SEGI PEMBANGUNAN, MUZIUM TENTERA DARAT DI PD AKAN DIBANGUNKAN SEMULA MALAHAN SATU KAWASAN "BOULEVARD" AKAN DIBINA DARI BANGUNAN ITU SEHINGGA KE KAWASAN TEPI LAUT MELEPASI ZON KETENTERAAN DI SEKITAR MUZIUM, KATANYA.

SELAIN "BARRACK STAY" YANG DIMASUKKAN DALAM ELEMEN KANDUNGAN, PELANCONG AKAN BERPELUANG MELIHAT PENUKARAN SHIF PENGAWAL DI PINTU MASUK KEM UTAMA PD DAN BUAT PERMULAAN IA AKAN DIBUAT PADA HUJUNG MINGGU, KATANYA.

UNTUK ATURCARA SEPANJANG TAHUN, PELBAGAI PROGRAM MENARIK SEDANG DISUSUN ANTARANYA PERTUNJUKKAN TATU TENTERA-TENTERA ASEAN SERTA MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA YANG AKAN DIBUAT DI BANDAR ITU, KATANYA.

ZAHID BERKATA VETERAN-VETERAN TENTERA YANG TINGGAL DI SEKITAR PD AKAN DITAWARKAN GERAI-GERAI CENDERAMATA OLEH MAJLIS PERBANDARAN UNTUK MENJUAL BARANGAN TENTERA KEPADA PELANCONG.

BELIAU MENYATAKAN MAHU MELIHAT BANDAR TENTERA DARAT ITU MENJADI TERKENAL SEPERTI AKADEMI WEST POINT DI AMERIKA SYARIKAT.

"KITA TIDAK SABAR UNTUK MELIHAT PEMBANGUNAN DI PD DAN SEGALANYA AKAN MENJADI KENYATAAN DALAM TEMPOH 24 BULAN," KATANYA LAGI.

Sunday, March 28, 2010

JEN TAN SRI AZIZ DUTA MALAYSIA KE PERANCHIS


Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dilantik menjadi Duta Malaysia ke Peranchis. Beliau bukanlah bekas Jeneral yang pertama dilantik ke jawatan Duta.

Jeneral Tan Sri Aziz dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Ogos 1951 dan merupakan bekas pelajar di Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja (RMC).

Beliau seterusnya menyertai latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan sebagai Ketua Pelatun di Rejimen Ke-3 Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 16 April 1971.

Beliau mencapai tahap tertinggi dalam kerjayanya setelah dilantik sebagai Panglima Medan pada Ogos 2003, dan seterusnya dinaikkan pangkat serta menyandang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD) pada 9 September 2004 sebelum dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 1 Februari 2007.

Beliau bersara tahun lalu dan jawatan PAT ke-17 disandang oleh Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin pada 1 September 2009.

Monday, March 22, 2010

AL-FATIHAH

Al Fatihah buat Muhammad Ikhwanul Asraf, 18, anak bongsu kepada Dato Manja Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada malam semalam akibat x’cident.

Jenazah akan di bawa ke Masjid Al Falaq, USJ 9 dan akan dikebumikan selepas zohor di Tanah Perkuburan Bukti Kiara

Friday, March 19, 2010

Membongkar identiti ajaran "jemaah tabligh"

Assalammualaikum...
Saya memohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk mendedahkan identiti "jemaah tabligh" yang sebenar kerana sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menyelamatkan akidah umat Islam dan mempertahankan agama suci kita ini iaitu agama Islam.

Bagi tujuan ini, saya melakukan pendedahan ini atas nama ALLAH demi membuktikan kecintaan saya yang sangat mendalam terhadap ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. serta agama Islam.

Saya merupakan "bekas" isteri salah seorang jemaah tabligh. Di sini saya nyatakan sejarah dan kebatilan-kebatilan dalam ajaran jemaah tabligh daripada sumber-sumber yang sahih dan pengalaman saya sendiri.

Diharapkan dengan pendedahan ini dapat membantu pihak berkuasa terutamanya pihak JAKIM untuk membuat siasatan selanjutnya. Pendedahan ini juga dapat merungkai kes "Shamsuddin Ajaib" di mana ia membuktikan sememangnya ajaran jemaah tabligh adalah sesat lagi menyesatkan.

Ajaran mereka bukan berlandaskan akidah "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebaliknya kepada tarikat-tarikat tertentu. Untuk pengetahuan pihak Tuan, Majlis Ulama Indonesi (MUI) telah pun memfatwakan ajaran tabligh ini sebagai "AJARAN SESAT". Di bawah ini saya nyatakan mengenainya. Selamat membaca dan menilai serta bertindak! Terima Kasih.
Laiba Bidadari Syurga [laiba_bidadarisyurga99@yahoo.com]

KENALI JAMAAH / JEMAAH TABLIGH = KELOMPOK TANPA ILMU / SEMANGAT DAKWAH TANPA ILMU
1. SEJARAH

- Menurut Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, Jama’ah Tabligh termasuk ahlul bid’ah dan firqah sesat yang menyesatkan dari firqah-firqah shufiyyah. Firqah tabligh ini terbit dari India yang didirikan oleh seorang sufi tulen bernama Muhammad Ilyas. Kemudian firqah sesat ini mulai mengembangkan ajarannya dan masuk ke negeri-negeri Islam seperti Indonesia, Malaysia dan lain-lain.
- Menurut Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidhahullah pula, Jama’ah Tabligh merupakan manhaj (prinsip) yang bid’ah dan berasal dari Delhi, India dan bukan dari Makkah atau Madinah. Yakni seperti yang telah diketahui bahawa di sana penuh dengan khurafat, bid’ah dan syirik walau di sana juga banyak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, seperti jama’ah ahlul hadits, yang mereka adalah sebaik-baik manusia di sana. Tetapi Tabligh ini keluar dari sana melalui buatan para pemimpin mereka yang ahli bid’ah dan tarekat sufi yang menyimpang dalam aqidah. Maka kelompok ini adalah kelompok bid’ah dan muhdats. Di antara mereka ada Sufi dan Asy’ari yang jelas-jelas bukan berada di atas jalan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam aqidah dan manhaj mereka. Dan yang selamat adalah orang yang mengikuti manhaj salaf (ahlus sunnah wal jama’ah) dan yang berjalan di atas jalan mereka.” (Dari kaset dan kitab Al Qaulul Baligh) ** Sejarah berdirinya jama’ah tabligh dan tokoh-tokohnya.
- Jama’ah ini didirikan oleh Syaikh Muhammad Ilyas Kandahlawi. Ia dilahirkan di Kandahlah sebuah desa di Saharnapur India. Mula-mula ia menuntut ilmu di desanya kemudian pindah ke Delhi sampai berhasil menyelesaikan pelajarannya di sekolah Deoband. Sekolah ini merupakan sekolah terbesar untuk pengikut Imam Hanafi di anak benua India yang didirikan pada tahun 1283 H/1867 M.
- Syaikh Muhammad Ilyas Kandahlawi merupakan pendiri/pengasas jama’ah Tabligh dan merupakan amir pertamanya. Pertama kali ia mengajar kepada abang kandungnya, Syaikh Muhammad Yahya yang merupakan seorang guru di Madrasah Mazhahir al-Ulum Saharnapur. - Syaikh Rasyid Ahmad Kankuhi pula dibai’at menjadi anggota jama’ah tabligh pada tahun 1315 H oleh Syaikh Muhammad Ilyas. Kemudian ia memperbaharui bai’atnya kepada Syaikh Khalil Ahmad Saharnapuri. Syaikh ini mempunyai hubungan dekat dengan Syaikh Abdurrahim Ra’i Fauri dan banyak menimba ilmu dan pendidikan darinya. Ia juga berguru kepada Syaikh Asraf Ali al-Tahanawi yang bergelar Hakim Ummat dan kepada Syaikh Muhammad Hasan yang merupakan salah seorang tokoh ulama Madrasah Deoband dan pemimpin Jama’ah Tabligh.
- Teman-teman dekat Syaikh Muhammad Ilyas Kandahlawi antara lain ialah:
• Syaikh Abdurrahim Syah Deoband al-Tablighi yang menghabiskan waktunya untuk urusan tabligh bersama-sama Syaikh Muhammad Ilyas Kandahlawi.
• Syaikh Ihtisyam Kandahlawi yang menikah dengan saudara perempuan Syaikh Muhammad Ilyas. Beliaulah orang kepercayaan khusus Syaikh Muhammad Ilyas. Ia menghabiskan usianya untuk memimpin Jama’ah dan mendampingi Syaikh Muhammad Ilyas.
• Syaikh Abu al-Hasan Ali r.a. al-Hasani al-Nadawi Direktur Dar. Beliau adalah seorang penulis Islam besar dan mempunyai hubungan kuat dengan jama’ah.
- Selepas kematian Syaikh Muhammad Ilyas Kandahlawi, kepemimpinan Jama’ah ini diteruskan oleh puteranya Syaikh Muhammad Yusuf Kandahlawi . Ia dilahirkan di Delhi. Ia sering merantau untuk mencari ilmu dan menyebarkan dakwah. Berkali-kali ia mengunjungi Saudi Arabia menunaikan haji dan ke Pakistan. Beliau wafat di Lahore dan jenazahnya dimakamkan di samping orang tuanya di Nidzammudin, Delhi, India.
- Kitabnya yang terkenal ialah Amani Akhbar berupa komentar kitab Ma’ani antara lain-Atsar karya Syaikh Thahawi dan Hayat al-Shahabah. Beliau meninggalkan seorang putera yang mengikuti jejak dan langkahnya yaitu Syaikh Muhammad Harun. Teman-teman rapat Syaikh Muhammad Yusuf Kandahlawi dalam Jama’ah ini pula ialah:
• Syaikh Zakariya Kandahlawi yang merupakan sepupu Syaikh Muhammad Yusuf dan juga adik iparnya. Ia adalah ahli hadits dan Musyrif tertinggi Jama’ah Tabligh.
• Syaikh Muhammad Yusuf Banuri, yang merupakan pengetua sekolah Arab di New Town Karachi, ia juga ahli hadits bagi majalah bulanan berbahasa Urdu dan salah seorang tokoh ulama Deoband dan Jama’ah Tabligh.
• Maulana Ghulam Ghauts Hazardi, salah seorang tokoh ulama Jama’ah Tabligh yang menjadi anggota parlimen pusat.
• Mufti Muhammad Syafi’i Hanafi yang merupakan mufti agung Pakistan. Pernah menjadi pengetua sekolah Dar al-Ulum Landhi Karachi dan pengganti Asyraf Ali Tahnawi serta sebagai tokoh jama’ah terkemuka.
• Syaikh Manzhur Ahmad Nu’mani termasuk barisan ulama besar jama’ah pengikut Syaikh Zakariya kawan akrab Ustadz Abu al-Hasan al-Nadawi dan termasuk tokoh ulama Deoband.
- Amir jama’ah yang ketiga ialah In’am Hasan sampai sekarang. Jawatan ini dia pegang sejak Syaikh Muhammad Yusuf. Beliau adalah teman akrab Syaikh Muhammad Yusuf ketika sama-sama belajar. Usia mereka saling berdekatan. Keduanya sangat dekat dalam dakwah dan pergerakan.
- Para pendampingnya antara lain
• Syaikh Muhammad Umar Bannaburi yg menjadi penasihat khususnya.
• Syaikh Muhammad Baasyir pemimpin Jama’ah Tabligh Pakistan yang berpusat di Roywand pinggiran kota Karachi.
• Syaikh Abdulwahhab salah seorang tokoh Jama’ah Tabligh di pejabat pusat di Pakistan.

Jamaah ini dibangun di atas empat jenis tarekat sufi : Jistiyah, Qadiriyah, Sahrawardiyah, dan Naqsyabandiyah. Di atas empat tarekat sufi inilah In'am Hasan membai’at para pengikutnya yang telah dianggap sesuai untuk dibai’at. Dari sini telah nampak jamaah tabligh tidaklah mendasarkan pemahamannya kepada pemahaman Salaf As Shalih sebagai dasar pemahamannya pasti sesat. Firqah tabligh ini dibina atas dasar kejahilan yang dalam dan meluas yang diawali oleh pengasasnya, pengganti-penggantinya, amir-amirnya, tokoh-tokohnya, syaikh–syaikhnya (gurunya), murid-muridnya dan istimewa pengikut-pengikutnya dari orang-orang awam. Kejahilan mereka terhadap Islam ialah mereka hanya melihat Islam dari satu bahagian dan tidak secara keseluruhan sebagaimana yang Allah perintahkan di mana Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam (ajaran) Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah 208).

Kerosakan aqidah mereka dipenuhi dengan kesyirikan yang berdiri di atas manhaj shufiyyah. Ibadah mereka sangat jauh dari Sunnah. Akhlak dan adab mereka yang dibuat-buat sangat jauh dari akhlak Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w) dan para sahabat. Mereka sangat fakir dan miskin dari ilmu kerana mereka sangat menjauhi ilmu. Kebencian dan kedengkian mereka yang sangat dalam kepada imam-imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seperti Syaikhul Islam: Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan lain-lain. Bahkan salah seorang amir dari firqah tabligh ini pernah berkata dengan sangat marah sekali,
“Kalau seandainya aku mempunyai kekuatan sedikit saja, pasti akan aku bakar kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dan Ibnu Abdul Wahab. Dan aku tidak akan tinggalkan sedikitpun juga dari kitab-kitab mereka yang ada di permukaan bumi ini.”
(Dari kitab Al-Qaulul Baligh hal. 44-45 oleh Syaikh Hamud bin Abdullah bin Hamud At Tuwaijiriy. Alangkah besarnya kebencian dan permusuhan mereka terhadap pembela-pembela Sunnah.

2. KEBATILAN / BID’AH-BID’AH JAMA’ AH TABLIGH

1. Dasar-dasar yang menjadi asas dakwah ajaran ini

- Di antara bid’ah-bid’ah Jama’ah Tabligh ialah “ushul sit-tah “(dasar yang enam) yang menjadi asas dakwah mereka yaitu:

Pertama: Kalimat Thayyibah.

Iaitu dua kalimah syahadat:“Ashadu allaa ilaaha illallah wa asy hadu anna muhammadar rasulullah”. Yang mereka maksudkan hanya terbatas pada tauhid rububiyyah, yaitu mengesakan Allah di dalam penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, pengaturan-Nya dan lain-lain yang dimasukkan ke dalam tauhid rububiyyah.

Tauhid inilah yang mereka amalkan dan menjadi dasar di dalam dakwah mereka. Adapun tauhid uluhiyyah atau tauhid ubudiyyah (iaitu mengesakan Allah di dalam beribadah kepada-Nya) dan tauhid Asma was sifat (mengesakan Allah di dalam nama dan sifat-Nya tanpa takwil) tidak ada pada mereka baik secara ilmu maupun amal dan dakwah. Oleh kerana itu mereka membatasi berhala istimewa pada zaman ini, hanya kepada lima macam berhala iaitu:
1. Berhala yang pertama iaitu: Berusaha mencari rezeki dengan menjalani sebab-sebabnya seperti berdagang atau membuka kedai dan lain-lain dari jalan yang halal.Inilah yang dikatakan berhala oleh jama’ah tabligh. Kerana ia akan melalaikan manusia dari kewajipan Agama kecuali kalau mereka khuruj (keluar di jalan Allah menurut istilah firqah tabligh) bersama jama’ah tabilgh!?Ini bertentangan dengan hadis Nabi s.a.w.

• Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah orang yang paling baik di antara kamu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula meninggalkan akhiratnya kerana dunianya. Sebab dunia itu akan dapat menyampaikan kamu kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban bagi manusia lain.” (H.R. Ibnu Asakir)
• Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu mencari rezeki dengan duduk sahaja sambil berkata: “Ya Allah, berikanlah aku rezeki”, padahal ia mengetahui bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak. Bahawasanya Allah memberi rezeki kepada manusia, sebahagian mereka dari sebahagian yang lain.”

“Dan Umar bin Khattab membacakan firman Allah, “Maka apabila kamu selesai solat, bertebaranlah kamu di muka bumi untuk mencari rezeki dari Allah, dan selalulah engkau ingat akan Allah (peraturan-peraturan Allah), semoga kamu berbahagia”. (H.R.Umar bin Khattab)
2. Berhala yang kedua iaitu: Keluarga dan teman. Kerana mereka pun melalaikan manusia dari menegakkan kewajiban kecuali kalau mereka khuruj bersama jama’ah tabligh!?- pengalaman saya selalu kena tinggal suami dan cerita2 isteri-isteri karkun.

3. Berhala yang ketiga iaitu: Nafsu ammaara bissuu’ (nafsu yang memerintah berbuat kejahatan)Kerana menurut mereka nafsu amarah ini menghalangi manusia dari berbuat kebaikan dari jalan Allah seperti khuruj bersama jama’ah tabligh. Jama’ah tabligh adalah ahlul bid’ah, jahil dan sesat bersama khuruj bid’ah mereka, maka merekalah yang lebih berhak mengikut nafsu amarah. Ada pun orang yang menyalahi jamaah tabligh dan berpaling dari mereka serta memperingati manusia dari bid’ahnya firqah tabligh, maka diharapkan orang tersebut jiwanya thayyibah (baik) karena dia mengajak manusia pada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan pelakunya.

4. Berhala yang keempat iaitu: Hawa nafsuKerana menurut jama’ah tabligh hawa nafsu ini akan menghalangi manusia dari kebaikan seperti khuruj bersama mereka.Sesungguhnya jama’ah tablighlah yang lebih berhak dikatakan sebagai pengikut-pengikut hawa nafsu kerana mereka termasuk ahlul bid’ah. Sedangkan ahlul bid’ah adalah orang mengikut hawa nafsu oleh kerana itu Ulama kita menamakannya ahlul ahwaa’. Di antara bukti bahawa jama’ah tabligh pengikut hawa nafsu ialah mereka membai’at manusia atas dasar beberapa tarikat sufiyyah sebagaimana akan datang penjelasannya.
• Firman ALLAH S.W.T: “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
5. Berhala yang kelima iaitu: SyaitanYang terakhir ini menurut jemaah tabligh sangat besar menghalangi manusia dari kebaikan seperti khuruj bersama jamaah tabligh Pada hakikatnya jama’ah tablighlah yang dihalangi oleh syaitan dari kebaikan yang sangat besar iaitu mengikut sunnah Nabi Sahallallahu ‘alaihi wa sallam dan diperintahkan oleh syaitan untuk mengerjakan kejahatan yang sangat besar iaitu bid’ah. Kerana bid’ah lebih dicintai iblis dari maksiat dan sangat dibenci oleh Allah dan RasulNya. Sedangkan jama’ah tabligh tergolong bersama dengan ahlul bid’ah yang mengikut sunnah sufiyyah.
• Firman ALLAH S.W.T: “Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para syaitan yang sangat jahat, (tentang syaitan), telah ditetapkan bahawa siapa yang berkawan dengan dia, maka dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka”. (Al-Hajj: 3-4)
Kedua : Sembahyang Khusyu’ Khudu’ (Solat lima waktu, solat jumaat, solat jama’ah di masjid, solat yang khusyu’, solat pada shaf yang pertama, memperbanyak solat-solat sunat dan lain-lain yang pada hakikatnya amal-amal di atas diwajibkan dan sangat disukai di dalam agama. Akan tetapi, jama’ah tabligh telah melalaikan beberapa kewajiban untuk menegakkan amal-amal di atas di antaranya:
i) IlmuMereka beramal dengan kebodohan tanpa ilmu kecuali ilmu fadhail (keutamaan–keutamaan amal) sebagaimana akan datang keterangannya pada dasar yang ketiga.
ii) Mengikut Sunnah.Mereka meninggalkan mengikut Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam dengan berpegang kepada bid’ah, taqlid dan ta’ashshub madzhabiyyah. iii) Melalaikan mempelajari rukun-rukun, kewajiban-kewajiban dan hukum-hukum dari amal-amal di atas. Oleh kerana itu, kita lihat mereka tidak mengerti cara solat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Adapun masjid, maka mereka mengajak ke masjid-masjid tempat mereka berkumpul (bukan untuk mengikut pelajaran diaturkan oleh masjid) .
Ketiga : Ilmu.
Yang mereka maksudkan dengan ilmu ialah:
i) Ilmu fadhail iaitu ilmu tentang mempelajari keutamaan –keutamaan amal menurut mereka. Adapun ilmu tauhid dan ahkaam (hukum-hukum) dan masalah-masalah fiqhiyyah (fiqih) dan ilmu berdasarkan dalil-dalil Al-Kitab dan as-Sunnah, mereka sangat jauh sekali dan melarangnya serta memeranginya.ii) Ilmu tentang rukun iman dan Islam. Akan tetapi mereka mempelajarinya atas dasar tarikat-tarikat sufiyyah, khurafat-khurafat, hikayat-hikayat yang batil dan ta’ashshub madzhabiyyah.
Keempat: Memuliakan atau menghormati kaum muslimin.
Menurut firqah tabligh setiap orang yang mengucapkan dua kalimat syahadat “Laa Ilaaha Illallah wa Muhammadarrasullah ”, maka wajib bagi kita memuliakan dan menghormatinya meskipun orang tersebut telah mengerjakan sebesar-besar dosa besar seperti syirik. Menurut mereka: “Kami tidak membenci pelaku maksiat akan tetapi yang kami benci adalah maksiatnya!!”. Di dalam dasar yang keempat ini mereka sangat berlebihan menghormati atau memuliakan kaum muslimin dengan meninggalkan nahi mungkar dan nasihat dengan cara yang dibuat-dibuat.
Kelima: Mengikhlaskan niat agar supaya jauh dari riya’ dan sum’ah (memperdengarkan amal kebaikan). Akan tetapi mereka meninggalkan Sunnah dan mengikuti cara-cara ikhlas di dalam tashawwuf.
Keenam : Khuruj (Dakwah dan tabligh)
Menurut jama’ah tabligh makna khuruj keluar di jalan Allah iaitu berdakwah, merupakan jihad yang paling besar. Mereka membatasi makna dakwah hanya dengan khuruj berjemaah bersama mereka selama tiga hari dan seterusnya. Khuruj ini mempunyai kedudukan dan keutamaan yang besar di dalam bid’ah mereka melebihi solat, sedekah, puasa dan haji dan lain-lain.
Keutamaan khuruj ini pernah penulis ini dengar secara langsung dari salah seorang amir mereka di Pekanbaru pada tahun 1995 di Masjid Agung An Nur selepas Solat Mahgrib. Ketika amir itu telah selesai dari ceramah bid’ahnya dan mengajak kaum muslimin mengerjakan bid’ah yang lain iaitu khuruj, saya tanyakan mana dalilnya dari Al-Kitab dan Sunnah tentang keutamaan khuruj yang saudara katakan tadi? Amir itu sangat terkejut dan mengingkari apa yang telah dia katakan di atas. Kemudian saya meminta kepada jemaah tabligh yang hadir di masjid itu untuk menjadi saksi bahawa amir mereka betul-betul telah mengucapkannya. Besar harapan saya bahawa mereka akan membenarkan apa yang saya katakan dan menjadi saksi di dalam kebenaran bukan menjadi saksi palsu. Akan tetapi harapan saya hilang ketika mereka semuanya mengingkari saya dan membenarkan amir mereka. Tidak ada saksi bagi saya kecuali Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat kemudian seorang ikhwan kita yang duduk disamping saya. Lalu saya pun meninggalkan masjid sambil berkata bahawa mereka ini semuanya pembohong !.
Aqidah dan amalan khuruj ini berasal dari mimpi pengasas jemaah tabligh iaitu Muhammad ilyas. Dia bermimpi menafsirkan ayat Al-Quran surah Al-Imran ayat 110.:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”

Berkata Muhammad Ilyas di dalam mimpinya itu ada yang mengatakan kepadanya tentang ayat di atas: Sesungguhnya engkau (diperintahkan) untuk keluar kepada manusia seperti para Nabi.
Tidak syak lagi bagi ahli ilmu bahawa tafsir Muhammad Ilyas atas jalan mimpi mengikuti cara-cara sufiyyah, adalah tafsir yang sangat batil dan rosak. Tafsir syaithaniyyah yang mewahyukan kepada Muhammad Ilyas yang akibatnya timbulnya bid’ah khuruj menyelisihi manhaj para Sahabat. Terang-terangan atau tersembunyi tafsir Muhammad Ilyas ini menunjukkan bahawa dia mendapat wahyu dan diperintahkan oleh Allah seperti perintah Allah kepada Nabi dan Rasul. Yang pada hakikatnya syaitanlah yang mewahyukan kepada dia dan kaum sufi yang lainnya demi membuat bid’ah besar.

Bid’ahnya jama’ah tabligh adalah mereka bermanhaj dengan manhaj sufi di dalam aqidah, dakwah, ibadah, akhlaq dan adab dan lain-lain. Baik orang peseorangannya, amir-amirnya dan guru-gurunya.

Antara bid’ah jama’ah tabligh, amir dan sebahagian dari guru-guru mereka adalah mereka berbai’at atas empat macam tarikat shufiyyah iaitu: i) Naqsybandiyyahii) Qaadiriyyahiii) Jisytiyyahiv) Sahrawardiyyah

Demikianlah amir tertinggi mereka membai’at pengikut-pengikutnya atas dasar empat tarikat di atas. Mereka sangat berpegangan dan memuliakan kitab mereka yang berikut:
Tablighi Nishaab12 oleh Muhamad Zakaria Kandahlawiy secara manhaj maupun dakwah. Kitab Tablighi Nishaab ini dipenuhi dengan berbagai macam bid’ah, syirik, tashawwuf, khurafat, hadis-hadis lemah dan palsu. Diantara bid’ah syirkiyyat yang terdapat di dalam kitab ini ialah
(a) memohon syafa’at kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
(b) Nabi pernah mengeluarkan tangannya dari kubur beliau untuk menyalami Ahmad Ar Rifaa’y (ketua sufi dari tarikat Ar Rifaa’iyyah) { Cerita karut ini terdapat didalam kitab Fadhail al- Haj, Bab kesembilan (Cara-Cara melakukan Ziarah), kisah no.13. Kisah-kisah karut yang lain terdapat dari kisah 14 hingga ke 40 dan lain- lain.)

Komen dari penyusun:Pada kisah di akhir bab sembilan (m.s 242) tertulis : Sheikh Ahmad Kabir Rifai menziarah ke Madinah pada tahun 535 H. Berdiri dihadapan kuburan Rasullullah s.a.w sambil menbaca rangkapan-rangkapan syair, rangkapan yang akhirnya bermelodi : “ Hulurkanlah tanganmu agar bibirku menciummu”.

Lalu keluar tangan Baginda sallallahu Alaihi Wasallam dari kuburnya dan Sheikh Ahmad Rifai mencium tangan tersebut. Yang melihat (bukan bermimpi) peristiwa tersebut dianggarkan 90 ribu para penziarah!

Komen: Dalam kisah ini ada dua kemuskilan.Pertama: Menurut ulamak Ahli As-Sunnah wal Jamaah ini adalah satu cerita khurafat kerana Rasullullah s.a.w. seperti manusia biasa adalah dalam alam berzah, jasadnya tidak boleh keluar dari kubur.

Kedua: Bagaimana pula semua 90 ribu penziarah boleh melihat peristiwa itu. Dimanakah nama-nama perawinya . Kalau lah beliau adalah seorang ‘ ahli hadis’ pasti mustahil dia boleh membuat suatu riwayat seperti ini yang bertentangan dengan al Quran dan hadis yang sahih. Umpamanya:

Apabila Maulana Mohammad Zakaria Kandhalawi di tanya berkenaan masalah ini, ia menjawab bahawa kesah tersebut dipetik dari kitab Al-Haawi karangan Imam Suyuti Jld.1 hlm 261 tetapi beliau sendiri atau madrasahnya tidak lagi mempunyai kitab itu. Beliau telah memohon kitab itu daripada Mufti Mahmud Ganggohi. Tetapi mufti tersebut belum lagi menghantarkan fotokopi halaman yang dituntut (1958M) Rujuk muka surat 116-117 , buku “ Menerangkan berbagai persoalan terhadap Kitab Fadhail Amal.” Bertajuk “Jawapan surat no. 50,” oleh Muhammad Zakaria. Diterbitkan oleh Ab. Majid Ahmad. K.Lumpur.(2001M). Jawapan seperti ini tidak boleh diterima oleh sebarang pengkaji yang serius.

Sheikh Mohammad Nasir al-Arini dalam bukunya: “ Menyingkap Tabir Apa Yang Dibawa Oleh Sebahagian Pendakwaah yang berbahaya! “ (“Kasyaf as-Sitaar Anma Tahmilahu B’adha Ad-Dakwaat Min Akhtaar.” ) berkata:
Cerita tersebut (diatas) merupakan satu pendustaan kepada Rasulullah s.a.w, sebabnya ialah di dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w tidak pernah beliau menghulurkan tangannya untuk dicium, bagaimana pula semasa sudah meninggal. (Iaitu Rasulullah s.a.w. sedang berada di dalam barzah bukan di dunia.) Dalilnya di surah Ali Imran 185 (Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati). ‘Aisyah r.a pernah berkata : “ Rasulullah s.a.w. telah meninggal diatas dadaku”. Abu Bakar r.a pernah berkata pada hari kematian Rasulullah s.a.w. “ Barang siapa menyembah Rasulullah s.a.w, baginda telah mati. Barang siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup tidak mati. Kemudian beliau membaca ayat Al - Quran bermaksud: : “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul....... “ (Ali Imran:144) Tamat kata-kata Sheikh Mohammad Nasir, serta tambahan dari penyusun.

Demikian juga dengan kitab Hayaatush Shahabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawiy. Kitab ini pun dipenuhi dengan khurafat-khurafat dan cerita-cerita bohong serta hadis-hadis dha’if dan maudhu’. Kedua kitab di atas yang sangat diagungkan dan dimuliakan oleh jama’ah tabligh adalah masuk ke dalam kitab-kitab bid’ah dan syirik serta sesat.

Bid’ahnya jama’ah tabligh, bahawa mereka telah membatasi Islam pada sebahagian ibadah. Yang sebahagian ini pun mereka penuhi dan mencampurkan adukkan dengan berbagai macam bid’ah dan syirkiyyat. Mereka berpaling dari syariat-syariat Islam yang lain seperti tauhid, hukum dan jihad dan lain-lain.

Mereka meninggalkan ilmu dan ahli ilmu. Mereka memperingati pengikut-pengikut mereka dari menuntut ilmu dan duduk di majlis para ulama kecuali orang yang mendukung mereka. Dengan demikian meratalah dan tersebarlah kejahilan yang dalam di antara mereka dan hilangnya ilmu dari mereka. Oleh kerana itu yang menjadi timbangan mereka di dalam memutuskan segala urusan ialah dengan jalan : Istihsan (menganggap baik sesuatu perbuatan tanpa dalil), perasaan, mimpi-mimpi dan karamah-karamah (yang pada hakikatnya bisikan dan ilham dari syaitan)

Mereka mengajak manusia ke jalan Allah dan masuk ke dalam Agama Allah tanpa ilmu sama sekali dan tanpa bashirah (hujjah dan dalil). Inilah dari sebesar-besar sebab yang membawa mereka menyimpang dari ajaran Islam dan terjerumus ke dalam lembah kesesatan bid’ah dan syirik. Bagaimana mungkin mereka mengajak manusia kepada sesuatu yang mereka tidak faham dan tidak mengetahuinya!? Lihatlah ! Mereka mengajak kepada Islam dan mengikut perintah Allah dan Sunnah RasulNya padahal mereka tidak memahaminya!? Sebenarnya mereka sendirilah yang lebih berhak dan sangat berhajat kepada ilmu dan seluruh ajaran Islam dengan cara belajar dan memahaminya dari ulama bukan mengajar atau berdakwah kepada manusia .

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka selalu berdalil dengan hadis-hadis dha’if, sangat dha’if, maudhu’/palsu dan hadis-hadis yang tidak ada asal-usulnya sama sekali (laa ashlaa lahu).

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka telah membuat kelompok (firqah) yang menyendiri dan memisahkan diri dari kaum muslimin. Mereka tidak mengajak kaum muslimin kecuali kepada firqah-nya baik secara manhaj, ilmu dan dakwah. Mereka mengadakan imam tertinggi dan amir-amir dan bai’at (sumpah taat setia) yang ditegakkan di dalam firqah tabligh ini. Mereka mengajak kaum muslimin ke masjid-masjid dan markas-markas mereka untuk ijtima’ (berkumpul) umumnya disatu bandar sekali.

Diantara bid’ah besar jemaah tabligh ialah berkumpulannya ratusan ribu jemaah di Bangladesh pada setiap tahunnya. Di dalam ijtima’ bid’iyyah ini keluarlah berbagai macam bid’ah, kepercayaan dan amaliyyah yang begitu banyak dikerjakan oleh jama’ah tabligh. Sehingga sebahagian dari mereka mengatakan berkumpulnya mereka di Dakka ibu kota Bangladesh pada setiap tahunnya lebih utama dari berkumpulnya jemaah haji di Makkah. Mereka menyakini bahawa berdoa pada akhir ijtima’ di atas mustajab. Mereka menyakini bahawa akad nikah pada hari itu diberkati. Oleh kerana itu sebahagian dari mereka mengundurkan akad nikahnya sampai hari ijtima’ tahunan di Bangladesh untuk memeperolehi barakahnya.

Diantara bid’ah besar jama’ah tabligh ialah bahawa mereka mewajibkan taqlid dan bermanhaj dengan manhaj tashawwuf sebagaimana telah ditegaskan oleh salah seorang imam mereka iaitu Muhammad Zakaria pengarang Kitab Tablighi Nishaab atau Fadlaa-ilul a’maal, “ ..... Kami menganggap pada zaman ini taqliq itu wajib sebagaimana kami menganggap tashawwuf syar’i itu sedekat-sedekat jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Maka orang yang menyalahi kami dalam dua perkara di atas (taqlid dan tashawwuf) maka dia telah berlepas diri dari jamaah kami....” (Jamaa’atut tabligh, Aqaa-iduha, Ta’ri-fuha hal. 69 & 70 oleh istadz Abi Usamah Sayyid Thaaliburrahman). Komen tambahan penyusun: tashawwuf syar’i mereka tidak mengikut amalan Salafus Soleh !.

Ini menunjukkan bahawa jamaah tabligh dibina atas dasar taqlid dan tashawwuf. Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Allah. Salah seorang imam mereka yang bernama Muhammad Zakaria pengarang Kitab Fadlaa-ilul a’maal dengan tegas mengatakan: Bahawa Allah telah menguatkan madzhab Hanafi dan jama’ah tabligh!!!(Jamaat’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 91 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).

Subhaanallah! Sungguhnya ini satu dusta besar yang telah dibuat oleh Muhammad Zakaria atas nama Allah. Apakah Allah telah mewahyukan kepadanya setelah terputusnya wahyu bahawa sesungguhnya Allah yang telah menguatkan madzhab Hanafi dan jamaah tabligh ! ? Tidak syak lagi bagi orang yang beriman bahawa Muhammad Zakaria telah mendapat wahyu dari syaitan.
Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Rasullullah s.a.w. Berkata Muhammad Zakaria, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membahagikan waktunya menjadi tiga bahagian: sepertiga di dalam rumahnya bersama keluarganya, sepertiga mengirim jamaah untuk tabligh dan sepertiga beliau menyendiri. (Jamaaatut Tabligh, Aqaa-Iduha, Ta’rifuha hal. 92 & 93 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman). Subhaanallah! Orang ini tidak punya rasa malu berdusta atas nama Rasulullah shallullahu ‘alaihi wasallam untuk menguatkan jama’ah tablighnya yang sesat dan menyesatkan.

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa ketentuan dan ketetapan berdirinya jamaah tabligh berdasarkan wahyu dari Allah yang Allah masukkan ke dalam hati pendiri jamaah tabligh iaitu Muhammad ilyas. (Jamaa’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 98 & 99 oleh ustad Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).

Oleh kerana itu tidak boleh ada perubahan sedikitpun walaupun para Ulama Ahlus Sunnah telah memperingatkan mereka akan kesesatan mereka.(lebeh dari 10 tahun sebelum ini) Tamat kata-kata ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ustaz yang terkenal dari Jakarta. Dipetik dari buku kecilnya bertajuk ‘Sudahkah Anda Mengenal Jama’ah Tabligh ? Darul Qolam, Jakarta.
Email : redaksi@darulqolam.com Home Page: http://www.darul/ qolam. com Cetakan 2003M.

2. Kebatilan-kebatilan jemaah Tabligh (pengalaman saya bersama bekas suami)
1. Mencela dan menghina Ustaz dan Ustazah serta alim ulama keluaran Universiti Al-Azhar. (mencela orang-orang soleh, memuliakan orang-orang jahat).
- Ketika semua orang Islam sedang memuliakan institusi pengajian Islam termasyhur itu, meraka pula sibuk menghina universiti al-Azhar itu. Semua ulama' mengiktiraf Universiti al-Azhar dan ulama'nya.
2. Menghina dan merendah-rendahkan Mufti Malaysia sebaliknya mereka mengagung-agungkan maulana dan syaikh-syaikh mereka.
- Mereka mengatakan bahawa Mufti-mufti Malaysia ni tahap mereka sebagai pelajar. Mereka tidak abis blaja lagi. Jika dibandingkan dengan maulana dan syaikh2 jama’ah mereka, jauh berbeza.
- Akibat terlalu taksub, mereka tak nak dengar ceramah2 yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah serta alim ulama dalam televisyen, radio dan sebagainya.
- Mereka hanya beli buku karangan maulana-maulana dan syaikh-syaikh mereka sahaja.
3. Mengherdik dan menyatakan bahawa kata-kata ustaz dan alim ulama dalam setiap ceramahnya adalah tidak betul. Kata-kata tersebut ialah kata-kata yang sering diucapkan oleh setiap penceramah sebagai penutup ceramah mereka iaitu:
“Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri”. Sebaliknya mereka menyatakan yang sebenarnya kene kata begini: “Sesungguhnya yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah”.
4. Tidak boleh menyalahkan dan hukum orang yang berbuat salah kerana semua itu bukan kehendak mereka tapi itu takdir mereka.
- Ini bermakna, jika mereka mencuri atau merompak, berzina dan melakukan jenayah itu semua takdir mereka. Tidak boleh salahkan mereka. Ini sangat bertentangan dengan hukum ALLAH. 5. Bukan sebarangan orang boleh tafsir Al-Quran. Ape yang ade dalam tafsir itu bukan itu yang dimaksudkan. Ade maksud lain yang tersirat disebalik tafsir itu.
- Mereka mengibaratkan terjemahan makna Al-Quran @ ayat-ayat Al-Qur’an itu seperti peribahasa dan bidalan melayu seperti “Buah hati”- Kekasih hati, “Darah Panas” - pemarah
6. Jangan terlalu rajin sangat atau sungguh-sungguh dengan kerja dunia, itu semua dunia. Kita perlu tumpu dan bersungguh-sungguh dalam usaha agama (keluar tabligh) dan beribadat pada Allah.
- Mereka hanya kejar akhirat, lupa dunia.
Rasulullah s.a.w bersabda: Mafhumnya: “Seandainya salah seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan untuk menunaikan hajat keperluannya maka ianya (perbuatan ini) adalah lebih afdal daripada beriktikaf di masjid-ku ini (Masjid Nabawi) untuk tempoh dua bulan” (H.R.al-hakim)
7. Mereka riak dan sombong dan langsung tiada langsung rasa tawaduk malah dengan rasa tak malu dan sedar dirinya mengatakan mereka ini pembawa rahmat!
- Ini sesuatu yang sangat memalukan dan hanya dikeluarkan oleh orang-orang yang jahil, berfikiran jumud dan bodoh sahaja!

Tuesday, March 16, 2010

ADA JUGAK YANG JADI BATU API DALAM SELIMUT

Tiga hari menghadiri sesi brainstorming di Melaka, banyak input diterima secara langsung atau tidak langsung. Apa yang tersirat dan tersurat juga ditemui.

Keseluruhannya 'revamp' perlu dilakukan. Mahu ada 'rating', perlu ada modal. Atau ada 'rating' dulu baru kena ada modal?

Usia yang akan menjangkau 26 tahun perlu ada suntikan 'new blood' kepada minda-minda yang sudah berkarat. Dan melentur rebung sebelum menjadi buluh.

Tapi ada suara-suara sumbang sudah berbunyi, "kau nak jadi hero pulak. Buat malu aku ajer." Siapalah yang dengki dan jadi batu api tu?

Friday, March 12, 2010

AL-FATIHAH


Al-Fatihah. Eddy Adika - bekas pelatih yang pernah menjalani latihan di NCA TV9, kembali ke rahmatullah sebentar tadi kerana kanser.

Semuga rohnya dirahmati Allah. Amin.

Wednesday, March 10, 2010

Wednesday, March 3, 2010

KEMBAR TIGA 3/3/10




Adik saya, Nas (Datuk Mohd Nasaee dan isteri Datin Aminah) dapat anak kembar tiga pada jam 3 +++ petang. Tahniah!