Sunday, March 28, 2010

JEN TAN SRI AZIZ DUTA MALAYSIA KE PERANCHIS


Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dilantik menjadi Duta Malaysia ke Peranchis. Beliau bukanlah bekas Jeneral yang pertama dilantik ke jawatan Duta.

Jeneral Tan Sri Aziz dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Ogos 1951 dan merupakan bekas pelajar di Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja (RMC).

Beliau seterusnya menyertai latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan sebagai Ketua Pelatun di Rejimen Ke-3 Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 16 April 1971.

Beliau mencapai tahap tertinggi dalam kerjayanya setelah dilantik sebagai Panglima Medan pada Ogos 2003, dan seterusnya dinaikkan pangkat serta menyandang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD) pada 9 September 2004 sebelum dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 1 Februari 2007.

Beliau bersara tahun lalu dan jawatan PAT ke-17 disandang oleh Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin pada 1 September 2009.

No comments: