Tuesday, December 20, 2011

ADUN BUKIT GASING MENINGGAL DUNIA

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, ADUN BUKIT GASING SELANGOR, EDWARD LEE POH LIN MENINGGAL DUNIA HARI INI. EDWARD LEE DARI D-A-P MENINGGAL DUNIA SEKITAR JAM 4 PAGI TADI.

EDWARD LEE 61 TAHUN BERDEPAN DENGAN MASALAH KANSER SEJAK 2009.
MENDIANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL PADA 14 DISEMBER LALU.

EDWARD LEE, WAKIL RAKYAT PENGGAL PERTAMA, JUGA MERUPAKAN ANGGOTA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI KEUPAYAAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN KETELUSAN SELANGOR, SELCAT.

PADA PILIHAN RAYA UMUM 2008, BELIAU MENANG KERUSI DUN BUKIT GASING DENGAN MAJORITI 8,812 UNDI.EDWARD LEE MENINGGALKAN SEORANG ISTERI, CHRISTINA LEE DAN TIGA ANAK LELAKI.

Perlukah pilihan raya kecil?



Apakah orang ramai tidak jemu-jemu dengan pilihan raya kecil?

HARI ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat di Kuching, Sarawak bagi menentukan tarikh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau (N.28). Cakap-cakap orang politik, pilihan raya Kerdau mungkin akan dijalankan serentak dengan PRK Merlimau iaitu pada 6 Mac ini dengan penamaan calon pada Sabtu ini.

Dengan pengumuman pemilihan wakil rakyat baru Kerdau, ia menjadikan PRK ke-16 - termasuk kerusi DUN dan Parlimen - dalam tempoh sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Kali pertama PRK diadakan sebaik sahaja PRU-12 melabuhkan tirainya ialah Permatang Pauh (P. 44) berikutan peletakan jawatan penyandangnya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Ogos tahun yang sama.

Ia diikuti Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti , Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Daripada 16 pilihan raya tersebut, 13 adalah disebabkan kematian penyandang jawatan manakala selebihnya meletak jawatan - kerana politiking.

Kos pilihan raya kecil

Mahu tak mahu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil seperti yang ditegaskan Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.

Katanya, manakala tarikh akhir bagi PRK untuk kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana ia merupakan kali pertama Dewan Rakyat bersidang selepas PRU-12.

Jika dicongak secara kasar selepas kira-kira 14 kali calon Barisan Nasional (BN) ‘bergusti’ dengan calon Pakatan Rakyat, perbelanjaan setiap pemilihan terbabit melibatkan kos hampir RM1 juta bergantung pada kawasan.

Ratusan kakitangan SPR diarah bertugas tanpa henti sepanjang pilihan raya kecil diadakan. Semua ini mesti dilaksanakan demi memenuhi tuntutan demokrasi berpelembagaan yang menjadi prinsip politik Malaysia sejak merdeka lagi.

Walaupun ada suara-suara yang mula mempertikaikan kewajaran mengadakan PRK, tetapi kita tiada pilihan lain melainkan mengadakannya bagi memenuhi tuntutan Perlembagaan.

Menyuburkan demokrasi

Sistem pilihan raya kecil bukan sesuatu yang asing di seluruh dunia khususnya di kalangan negara-negara Komanwel.

Negara-negara yang pernah dijajah British kebanyakannya memiliki sistem pilihan raya yang pada asasnya serupa, bagaimanapun berubah mengikut perkembangan semasa.

Britain, Republik Ireland, Australia, New Zealand, Kanada, Pakistan, India dan Hong Kong misalnya memiliki pilihan raya kecil mereka jika wakil-wakil yang dipilih meningggal dunia atau melepaskan jawatan.

Begitu juga Amerika Syarikat dan Filipina, pilihan raya kecil mereka dikenali sebagai pilihan raya khas.

Terdapat juga negeri-negeri seperti Tasmania dan beberapa kawasan di Australia yang menggunakan sistem pemilihan berdasarkan parti, dengan kata lain jika berlakunya kekosongan wakil rakyat di satu-satu kawasan, penggantinya akan ditentukan oleh parti, oleh itu pilihan raya kecil tidak diadakan.

Terdapat juga kekosongan itu dibiarkan sahaja sehingga pilihan raya umum.

Selain itu terdapat juga sistem dengan memilih calon yang kedua terbanyak undi jika penyandang meninggal dunia atau meletak jawatan.

Ternyata PRK bukan sesuatu yang asing dan pelik untuk dilaksanakan. Ia adalah kaedah bagi menyuburkan amalan demokrasi yang menjadi prinsip sesebuah negara.

Oleh kerana itu, walaupun sebnayak mana sekali pun pilihan raya kecil ia sepatutnya diraikan oleh parti-parti politik tanpa mengira pemerintah atau pembangkang.

Ia adalah amalan yang sihat selaras dengan amalam demokrasi yang didukung oleh prinsip pemerintahan Malaysia.

Sewajarnya kata-kata Prof Madya Azmi Sharom dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) direnung oleh semua pihak.

Kata beliau, masyarakat perlu melihat keputusan mengadakan pilihan raya kecil dengan lebih terbuka kerana ia bukannya pembaziran wang, masa dan tenaga rakyat.

"Tak sepatutnya kita berkira kerana kita menyempurnakan sistem kepimpinan yang kita amalkan," katanya. - MStar

Monday, December 19, 2011

KONGRES KEBANGSAAN AFRIKA (ANC) 100 TAHUN


Kongres Kebangsaan Afrika, A-N-C sebuah pertubuhan politik tertua di dunia akan menyambut ulang tahun ke-100 pada 8 Januari 2012 ini.
Parti politik terbesar di Afrika Selatan itu telah memerintah negara berkenaan sejak kejatuhan regim apartheid pada tahun 1994.

A-N-C ditubuhkan pada tahun 1912 dengan nama South African Native National Congress.

Ia diasaskan oleh seorang peguam dari Durban, Dr. Pixley Ka Isaka Seme.

Parti itu ditukar nama secara rasmi kepada African National Congress pada tahun 1923.

Pada awal penubuhannya A-N-C bekerjasama dengan Parti Komunis Afrika Selatan, namun kerjasama itu terbatal apabila sesetengah pemimpin tradisional berbangsa Afrika menentang penglibatan ahli komunis berkulit putih dalam pergerakan nasuonalisme kulit hitam.

Kebangkitan semula A-N-C pada tahun 40an setelah merosot pada tahun 30an, hasil titik peluh golongan pemimpin muda generasi baru termasuk Nelson Mandela, Walter Sisulu, Oliver Tambo dan Anton Lembede.

Pada 1943 mereka menggerakkan Liga Belia A-N-C bagi menjana sokongan massa untuk menentang diskriminasi kaum.

Menjelang sambutan jubli emas A-N-C, kumpulan perancang telah berkampung di Bandar Mangaung sejak sebulan lalu bagi mengatur majlis sambutan.

Sambutan warisan itu amat bermakna kepada rakyat Afrika Selatan yang sejak sekian lama dulu dijajah oleh dasar apartheid.

Malah sambutan yang akan diadakan secara besar-besaran itu diiktiraf Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu, P-B-B, Ban Ki Moon

Sambutan dianggap luar biasa itu dijangka diadakan sepanjang tahun ini bermula dengan kejohanan hari golf seratus tahun pada 6 Januari.

Selain acara keagamaan, majlis makan malam akan diadakan pada hari berikutnya, yang akan dihadiri ketua Negara dan kerajaan serta delegasi asing.

Hari kemuncak iaitu tarikh kelahiran A-N-C akan diadakan pada 8 haribulan Januari, di mana Presiden Jacob Zuma akan memberikan ucapan  yang disusuli oleh persembahan  Tshihumbudzo, iaitu pengkisahan mengenai perjuangan A-N-C yang disampaikan dalam bentuk nyanyian dan tarian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut dijangka hadir untuk hari kemuncak sambutan itu.

A-N-C sejak berbulan lalu telah membentuk jentera pelaksana untuk mengerakkan ratusan ribu rakyat Afrika Selatan menyertai sambutan itu di Manguang.

Selain bas, keretapi dan kenderaan lain sudah ditempah bagi membawa rakyat menyertai sambutan itu, kempen pintu ke pintu di beberapa wilayah terutama Manguang turut dilakukan.

Malah mengikut laporan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Afrika Selatan, hotel-hotel di Manguang sudah habis ditempah pada tarikh berkenaan, termasuk semua penerbangan dari Johannesberg ke Manguang. Alternatif lain untuk ke Manguang, terpaksa berkereta selama 5 jam.

Sunday, December 18, 2011

NAIK GAJAH DI LANGKAWI


Bayaran naik gajah untuk tidak sampai 15 minit adalah sebanyak RM80. Dewasa RM30 dan kanak-kanak RM20.

Anak yang bongsu yang beriya-iya mahu menaiki gajah sedangkan kakak-kakaknya yang kembar tidak berminat. Oleh kerana permintaan si bongsu Diyana, yang lain terpaksa menuruti. Khidmat menaiki gajah terletak tidak jauh dari stesen kereta kabel.

Cumanya khidmat menaiki kereta kabel yang mengambil masa lama dan menyeronokan untuk lima orang amat berbaloi dengan bayaran cuma RM70. Kita faham bayaran M80 perlu kerana tidak ramai pengunjung tertarik untuk menaiki gajah.

Saya pernah menaiki gajah ini ketika menyertai treasure hunt yang dianjurkan MAB (Malaysian Airport Berhad) untuk media hampir empat tahun lalu.

JANGAN KENA TIPU DI KUALA PERLIS

Kali ini cuti di Langkawi walaupun tempohnya lebih lama tetapi tidak meriangkan sangat. Ini gara-gara terasa ditipu oleh operator pengendali parkir di Kuala Perlis dan pengendali kereta sewa di pangkalan Kuah.

Anggota pengendali parkir yang memakai bib hijau bernombor dan tertera MPKP sebenarnya tidak boleh dipercayai. Mereka menggunakan bib itu untuk mengkaburi mata mangsa. Sayapun tidak pasti adakah mereka pekerja MPKP atau ulat yang menyamar.

Biasanya mereka akan menunggu mangsa di persimpangan jalan menuju Pangkalan Jeti Kuala Perlis. Mereka sudah masak dengan kehadiran orang luar dan akan terus mengekori kereta mangsa sehingga ke tempat parkir.

Daripada perbualan saya dengan mereka, saya dapat mengagak mereka bergerak sendiri atau secara berkumpulan yang tiada kaitan degan MPKP. Selepas menetapkan harga dengan bayaran RM10 sehari bagi parkir tanpa berbumbung, mereka akan menjerat mangsa dengan tawaran sewaan kereta, penginapan dan pakej lawatan ke pulau-pulau.

JANGAN BERURUSAN SEWAAN KERETA dengan mereka. Biasanya mereka akan meminta wang deposit yang tinggi untuk sewaan kereta yang dikendalikan oleh agen lain di Kuah. Wang itu tiada kaitan dengan agen sewaan kereta itu.

Wang itu semata-mata untuk poket ulat operator parkir. Operator parkir akan memberi resit yang mencatatkan kononnya wang deposit telah dibayar. Baki sewaan kereta kemudian diselesaikan dengan agen sewa kereta di Kuah apabila menerima kunci kereta.

Contoh :  Harga sewa sebenar kereta Iswara buruk RM60 sehari. Tetapi operator parkir tetapkan harga sewaan RM80 sehari. Deposit untuk operator parkir RM20 sehari. Baki RM60 (harga sebenar sewaan) perlu dibayar di Kuah.  Kalau sewaan untuk empat hari, penyewa perlu bayar kepada operator parkir RM60 dan RM180 kepada agen pengendali kereta di Kuah.

Oleh itu penyewa rugi dari segi bayaran dan kualiti kereta yang disewa.

Bayaran RM240 sepatutnya dapat kereta lebih baik tetapi dapat kereta Iswara buruk yang terkoyak tempat duduk, cermin tingkap tidak rapat, air-cond rosak.

Oleh itu kena berhati-hati dengan mereka yang sering bermotosikal menunggu mangsa berkereta di persimbangan jalan masuk ke Jeti Kuala Perlis.

Satu lagi sikap tidak bertanggungjawab operator parkir, meletakkan kereta 'double parking' menyebabkan pemilik kereta yang pulang dari Langkawi menghadapi masalah mengeluarkan kereta.

Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kuala Perlis kena perhatikan perkara ini.

Sunday, December 11, 2011

6 PENGAMAL MEDIA TERIMA ANUGERAH SULTAN SELANGOR

KLANG: Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Fikry@Fickry Yaacob adalah antara enam pengamal media yang menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk iaitu Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).

Manakala Ketua Pengarang Ch-9 Media Sdn Bhd (TV9), Mohd Lokman Hamidi menerima anugerah darjah Ahli Mahkota Selangor (AMS).

Ketua Biro Selangor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Muammar Kamarudin adalah antara empat pengamal media yang menerima Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS).

Turut menerima anugerah itu ialah Ketua Biro Selangor Berita Harian, Wan Ahmad Jailani Wan Abdul Razak; Editor Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur, Khairul Amri Yasin dan Penolong Pengarang Pemprosesan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Muammar berkata anugerah itu adalah satu penghargaan kepadanya dan pengamal media lain.

Pada majlis di Istana Alam Shah itu, Sultan Selangor berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 110 daripada sejumlah 113 penerima.

Nenda baginda, Tengku Arif Temenggong Selangor Tengku Muhamad Yusof Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mengetuai senarai penerima dengan dianugerahi Darjah Kerabat II (DK II).

Tahun ini, genap 10 tahun Sultan Sharafuddin Idris Shah memerintah Selangor. - BERNAMA



Saturday, December 10, 2011

JANGAN DENDANGKAN LAGU LAMA

Semalam ketika makan tengah hari di Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala, seorang kenalan 'orang UMNO' menyapa saya.

Dia adalah salah seorang AJK cawangan UMNO yang pada satu masa dulu aktif di peringkat bahagian. Selepas bersara majikannya menyambung lagi kontrak selama dua tahun.

Bila ditanya tak aktif UMNO ke, dia menjawab "gitu-gitu aja". "Bahagian macam mana?", bila saya tanya lagi. Dia sekadar menyatakan bahagian tidak banyak memberi makluman dan menjemput aktiviti yang diadakan.

Sebenarnya ramai orang UMNO yang seperti itu. Terpinggir dan tidak digunakan. Orang UMNO yang profesional ramai tetapi pemimpin Little Napoleon di peringkat bahagian takut kedudukan mereka tergugat jika orang seperti itu dijemput atau diaktifkan.

Mereka dengan kelompok mereka. Aktiviti yang dijalankan hanya orang mereka yang hadir, tidak membawa orang baru. Program Juara Rakyat dan ceramah hanya orang yang sama diusung. Ini namanya syok sendiri.

Bila beri laporan katanya sambutan mengalakkan. Tapi selepas pilihan raya keputusannya - melopong.