Kali ini cuti di Langkawi walaupun tempohnya lebih lama tetapi tidak meriangkan sangat. Ini gara-gara terasa ditipu oleh operator pengendali parkir di Kuala Perlis dan pengendali kereta sewa di pangkalan Kuah.
Anggota pengendali parkir yang memakai bib hijau bernombor dan tertera MPKP sebenarnya tidak boleh dipercayai. Mereka menggunakan bib itu untuk mengkaburi mata mangsa.
Sayapun tidak pasti adakah mereka pekerja MPKP atau ulat yang menyamar.
Biasanya mereka akan menunggu mangsa di persimpangan jalan menuju Pangkalan Jeti Kuala Perlis. Mereka sudah masak dengan kehadiran orang luar dan akan terus mengekori kereta mangsa sehingga ke tempat parkir.
Daripada perbualan saya dengan mereka, saya dapat mengagak mereka bergerak sendiri atau secara berkumpulan yang tiada kaitan degan MPKP.
Selepas menetapkan harga dengan bayaran RM10 sehari bagi parkir tanpa berbumbung, mereka akan menjerat mangsa dengan tawaran sewaan kereta, penginapan dan pakej lawatan ke pulau-pulau.
JANGAN BERURUSAN SEWAAN KERETA dengan mereka. Biasanya mereka akan meminta wang deposit yang tinggi untuk sewaan kereta yang dikendalikan oleh agen lain di Kuah. Wang itu tiada kaitan dengan agen sewaan kereta itu.
Wang itu semata-mata untuk poket ulat operator parkir.
Operator parkir akan memberi resit yang mencatatkan kononnya wang deposit telah dibayar. Baki sewaan kereta kemudian diselesaikan dengan agen sewa kereta di Kuah apabila menerima kunci kereta.
Contoh :
Harga sewa sebenar kereta Iswara buruk RM60 sehari. Tetapi operator parkir tetapkan harga sewaan RM80 sehari. Deposit untuk operator parkir RM20 sehari. Baki RM60 (harga sebenar sewaan) perlu dibayar di Kuah.
Kalau sewaan untuk empat hari, penyewa perlu bayar kepada operator parkir RM60 dan RM180 kepada agen pengendali kereta di Kuah.
Oleh itu penyewa rugi dari segi bayaran dan kualiti kereta yang disewa.
Bayaran RM240 sepatutnya dapat kereta lebih baik tetapi dapat kereta Iswara buruk yang terkoyak tempat duduk, cermin tingkap tidak rapat, air-cond rosak.
Oleh itu kena berhati-hati dengan mereka yang sering bermotosikal menunggu mangsa berkereta di persimbangan jalan masuk ke Jeti Kuala Perlis.
Satu lagi sikap tidak bertanggungjawab operator parkir, meletakkan kereta 'double parking' menyebabkan pemilik kereta yang pulang dari Langkawi menghadapi masalah mengeluarkan kereta.
Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kuala Perlis kena perhatikan perkara ini.





5 comments:
Pandangan datang dari hati yang hitam bukannye dari fikiran yang waras..kalau tak tau cerita sebenar jangan pakai tulis sedap hati aje..
Pandangan datang dari hati yang hitam bukannye dari fikiran yang waras..kalau tak tau cerita sebenar jangan pakai tulis sedap hati aje..
Pandangan datang dari hati yang hitam bukannye dari fikiran yang waras..kalau tak tau cerita sebenar jangan pakai tulis sedap hati aje..
http://teenycamsex.com/
http://videarn.com/browse.php?or=&up=1&tags=13&page=153
Post a Comment