Tuesday, December 20, 2011

ADUN BUKIT GASING MENINGGAL DUNIA

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, ADUN BUKIT GASING SELANGOR, EDWARD LEE POH LIN MENINGGAL DUNIA HARI INI. EDWARD LEE DARI D-A-P MENINGGAL DUNIA SEKITAR JAM 4 PAGI TADI.

EDWARD LEE 61 TAHUN BERDEPAN DENGAN MASALAH KANSER SEJAK 2009.
MENDIANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL PADA 14 DISEMBER LALU.

EDWARD LEE, WAKIL RAKYAT PENGGAL PERTAMA, JUGA MERUPAKAN ANGGOTA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI KEUPAYAAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN KETELUSAN SELANGOR, SELCAT.

PADA PILIHAN RAYA UMUM 2008, BELIAU MENANG KERUSI DUN BUKIT GASING DENGAN MAJORITI 8,812 UNDI.EDWARD LEE MENINGGALKAN SEORANG ISTERI, CHRISTINA LEE DAN TIGA ANAK LELAKI.

Perlukah pilihan raya kecil?



Apakah orang ramai tidak jemu-jemu dengan pilihan raya kecil?

HARI ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat di Kuching, Sarawak bagi menentukan tarikh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau (N.28). Cakap-cakap orang politik, pilihan raya Kerdau mungkin akan dijalankan serentak dengan PRK Merlimau iaitu pada 6 Mac ini dengan penamaan calon pada Sabtu ini.

Dengan pengumuman pemilihan wakil rakyat baru Kerdau, ia menjadikan PRK ke-16 - termasuk kerusi DUN dan Parlimen - dalam tempoh sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Kali pertama PRK diadakan sebaik sahaja PRU-12 melabuhkan tirainya ialah Permatang Pauh (P. 44) berikutan peletakan jawatan penyandangnya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Ogos tahun yang sama.

Ia diikuti Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti , Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Daripada 16 pilihan raya tersebut, 13 adalah disebabkan kematian penyandang jawatan manakala selebihnya meletak jawatan - kerana politiking.

Kos pilihan raya kecil

Mahu tak mahu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil seperti yang ditegaskan Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.

Katanya, manakala tarikh akhir bagi PRK untuk kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana ia merupakan kali pertama Dewan Rakyat bersidang selepas PRU-12.

Jika dicongak secara kasar selepas kira-kira 14 kali calon Barisan Nasional (BN) ‘bergusti’ dengan calon Pakatan Rakyat, perbelanjaan setiap pemilihan terbabit melibatkan kos hampir RM1 juta bergantung pada kawasan.

Ratusan kakitangan SPR diarah bertugas tanpa henti sepanjang pilihan raya kecil diadakan. Semua ini mesti dilaksanakan demi memenuhi tuntutan demokrasi berpelembagaan yang menjadi prinsip politik Malaysia sejak merdeka lagi.

Walaupun ada suara-suara yang mula mempertikaikan kewajaran mengadakan PRK, tetapi kita tiada pilihan lain melainkan mengadakannya bagi memenuhi tuntutan Perlembagaan.

Menyuburkan demokrasi

Sistem pilihan raya kecil bukan sesuatu yang asing di seluruh dunia khususnya di kalangan negara-negara Komanwel.

Negara-negara yang pernah dijajah British kebanyakannya memiliki sistem pilihan raya yang pada asasnya serupa, bagaimanapun berubah mengikut perkembangan semasa.

Britain, Republik Ireland, Australia, New Zealand, Kanada, Pakistan, India dan Hong Kong misalnya memiliki pilihan raya kecil mereka jika wakil-wakil yang dipilih meningggal dunia atau melepaskan jawatan.

Begitu juga Amerika Syarikat dan Filipina, pilihan raya kecil mereka dikenali sebagai pilihan raya khas.

Terdapat juga negeri-negeri seperti Tasmania dan beberapa kawasan di Australia yang menggunakan sistem pemilihan berdasarkan parti, dengan kata lain jika berlakunya kekosongan wakil rakyat di satu-satu kawasan, penggantinya akan ditentukan oleh parti, oleh itu pilihan raya kecil tidak diadakan.

Terdapat juga kekosongan itu dibiarkan sahaja sehingga pilihan raya umum.

Selain itu terdapat juga sistem dengan memilih calon yang kedua terbanyak undi jika penyandang meninggal dunia atau meletak jawatan.

Ternyata PRK bukan sesuatu yang asing dan pelik untuk dilaksanakan. Ia adalah kaedah bagi menyuburkan amalan demokrasi yang menjadi prinsip sesebuah negara.

Oleh kerana itu, walaupun sebnayak mana sekali pun pilihan raya kecil ia sepatutnya diraikan oleh parti-parti politik tanpa mengira pemerintah atau pembangkang.

Ia adalah amalan yang sihat selaras dengan amalam demokrasi yang didukung oleh prinsip pemerintahan Malaysia.

Sewajarnya kata-kata Prof Madya Azmi Sharom dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) direnung oleh semua pihak.

Kata beliau, masyarakat perlu melihat keputusan mengadakan pilihan raya kecil dengan lebih terbuka kerana ia bukannya pembaziran wang, masa dan tenaga rakyat.

"Tak sepatutnya kita berkira kerana kita menyempurnakan sistem kepimpinan yang kita amalkan," katanya. - MStar

No comments: