Tuesday, October 8, 2019

MAHATHIR LUPA DIRI


Sebagai anak muda ,

Aku jijik melihat dia berucap konon nak mempertahakan MARUAH MELAYU tetapi DIA LAH YANG SEBENARNYA PENCETUS ORANG MELAYU ITU BERPECAH BELAH .

Kerana dia lah ORANG MELAYU kini berpecah, kerana DIA lah parti orang MELAYU tempat orang melayu bernaung selepas dan sebelum merdeka iaitu UMNO tersungkur akibat kerakusan dia ingin kan kuasa semata .

Dia lah menjadi pengkianat pada bangsa melayu .

Dan kini DIA INGIN MENJADI HERO bercakap soal maruah MELAYU . hallo ? kau yang menghina bangsa melayu , yang mengelarkan orang melayu sebagai pemalas , peminta sedekah , mengharapkan bantuan etc .

Selepas kemenangan PH puluhan ribu anak-anak melayu di berhenti kan kerja , selepas kemenangan PH segala bantuan yang ada di kecilkan amount ada nya di berhenti kan terus .

Selepas kemenagan PH anak melayu di gelar pemalas , mengharap kan bantuan sedangkan kau lupa kah anak melayu yang kau hina tu lah yang memberi undi pada kau konon nak jatuh kan UMNO .

Wahai anak muda yang beri undi pada si tua ni seronok kah kau melihat dia menghina bangsa kau ? Seronokkah kau melihat dia mempersenda kan orang melayu sebagai PEMALAS ?

Pada aku , yang layak bercakap soal maruah MELAYU ni adalah DS NAJIB .

Kerana dia lah YANG MENAIK TARAF KAN ORANG -ORANG MELAYU dengan idea pemodenan nya .

DS NAJIB lah yang turun ke padang menanya kan masalah rakyat dan membantu orang-orang melayu dengan pelbagai bantuan .

Menerima bantuan itu bukan satu perkara yang hina .

Malah pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang prihatin pada rakyatnya . Prihatin bukan hanya di bibir tetapi di nyatakan

Yang susah di bantu sebaik mungkin .

Anak melayu di zaman DS NAJIB di bantu

Bukan sahaja anak melayu malah pelbagai lapisan masyarakat tak kira bangsa juga dapat merasai sentuhan kasihnya semasa dia sebagai pemerintah .

Ramai anak kampung yang berjaya di zaman DS NAJIB .

Ini kenyataan . Kalau korang pernah baca kisah anak kampung yang berjaya menjadi doktor di zaman DS NAJIB . Itu salah satunya .

DS NAJIB tidak meratip melayu malas , melayu malas semasa dia menjadi perdana menteri malah semasa di zaman najib lah TANGGA GAJI PENJAWAT AWAM YANG MAJORITI NYA MELAYU LAH YANG DIA NAIK KAN .

Setara dengan kehidupan hari ni . Tetapi penjawat awam khususnya MELAYU gigit balik tangan yang memberi . Ini jelas-jelas JILAKER .

Ianya sangat berbeza dengan polisi si tua ni . Kalau boleh GAJI RM1K dah cukup untuk keadaan hari ni ?

Polisi NAJIB mesra kepada rakyat khususnya orang melayu bukan hanya bantu rakyat sahaja + EKONOMI DI ZAMAN NAJIB BAGUS ini tiada siapa boleh nafikan . Bila ekonomi bagus rakyat dapat manfaatnya . Ini yang DS NAJIB lakukan untuk negara dan rakyatnya khusus orang melayu .

Polisi si tua mesra kepada kroni ? Kroni tu bukan rakyat pun .

Lepas tu ada hati nak bercakap soal maruah melayu .

Seriusly aku jijik melihat nya .

Yang hina nya adalah BERUCAP DI ATAS PENTAS YANG GAH TETAPI MULUT TAK LEKANG MERATIB MENGHINA BANGSA SENDIRI DENGAN GELARAN YANG ANGKUH dan SOMBONG .

Itu lebih hina guys .

Kalau kau nak tahu melayu itu bersatu atau tidak ,

Tengok lah PERHIMPUNAN ICERD dan perhimpunan PENYATUAN UMMAH baru-baru ini , ya itu satu permulaan atau kayu ukur yang ORANG MELAYU KINI SUDAH MULA BERSATU .

Akhir kalam ,

Pada aku SI TUA tu tak layak bercakap soal maruah melayu kerana dia lah PENGHANCUR bangsa melayu .

Tak usah pergi jauh lah ,

kalau PARTI ORANG MELAYU pun dia boleh langgar sesuka hati dia sedangkan parti itu lah yang menaikan namanya dan karier nya apa lagi yang kau boleh harapkan kat dia .

Nothing guys . HIDUP SI TUA TU LALANG dan tiada jati diri .

Dan lalang biase nya Tak berguna .

And YES Antara SI TUA tu dan DS NAJIB , DS NAJIB lebih bermaruah dan sejuta kali bagus dari si tua tu .

Sekian ,

Mohd Izwan Abu Bakar

Monday, October 7, 2019

LETTER TO DR MAHATHIR

Assalamu Alaa Manittabaalhudaa(QS:Thaha-47)
Peace to all who follow the guidance.
October 6th, 2019

Dear Tun Dr.Mahathir,

Following my letter on May 13th, 2018 and the launching of The SPV
2030 yesterday, with humbleness and full of respect with no
intention to get involve in local Malaysian politics but as
International Observer for the humanity, I would like to remind you
that there is no way Malaysia will achieve that noble vision UNLESS
drastic measures have to be taken.

Your government had admitted the lies to all Malaysians that the
Manifesto for winning the general election last year was not
workable because you didn’t expect to win but only to trap the
previous administration.

There has been no nation on earth could claim the success in
combating the poverty, simply because the monetary system they
applied was actually designed to fail and to impoverish the entire
population and USURY and the compound Interest are the main
culprits.

Thus people are labouring in Debt Money system.
I have written books on the matter and would like to present them as gifts:
The Mystery of Money finally unfolded & The Lessons from France
that unlearned by the world.

Malaysia which loaded with 1 Trillion of Public or National Debt has
asked the other nations ‘to help’ and those nations particularly the
Japanese is in fact ‘the most Indebted nation on earth’, how can this
reality be really true. Obviously something is very wrong in this
regards. Perpetual debt money system will never ever reach the aim
of prosperity and therefore the SPV 2030 will in the end become
another Scam for all Malaysian to swallow.

Your Malaysia’s vision of 2020 is still possible to achieve as I have
mentioned earlier in my previous letter BUT all of us must follow the
footsteps of the great hero of humanity, Jesus the Messiah.

He singlehandedly lambasted and dealt a decisive blow to the Money
Power and the Dark Side ruling through it. He described them as ‘The
Synagogue of Satan, who called themselves Jews, but are not’.

He daringly attacked the Money Changers and thrown them out from
the Holy Temple of Jerusalem, and he did find his own life worth
defending and declared holy war on Riba forever. He was the only
man untouched by Satan and he was driven only by his love of God
and the compassion for his brethren, the fellow human beings.

Good luck for the Shared Prosperity Vision 2030, and may Malaysian
dreams will come true.

Sincerely,
ADAM Mikail

NOMAD Consultant International : (SIRET No: 44101567400027) 185, rue Saint Maur F-75010 Paris / F R A N C E
Phone:+33.6.24 17 67 80 Fax: +33.5.81646232 E-mail : Davmiadam@gmail.com & Skype ID : Mikailadam

Wednesday, October 2, 2019

Pengganti PM: Mufti Perlis harap Dr. Mahathir tidak calonkan 'si rakus'



26 September 2019 7:24 AM

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tidak mencalonkan pengganti jawatan nombor satu negara itu kepada 'si rakus' yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak diri.

Saranan itu dibuat Mohd. Asri dalam satu surat terbuka yang ditulis dan dikongsi beliau dalam Facebooknya malam tadi.

YAB Tun, pandanglah reda Allah dalam mencari penganti

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini.

Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata.

Malangnya dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu.

Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian:

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Marhaen.
Dr. MAZA,
Kangar, Perlis