Setelah UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.Ia adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar.
Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa.
Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat?
Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).
Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar? Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.
Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2”, Menteri Besar tidak boleh:
1. Menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2. Menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3. Membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB, sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
Mohd Nizar Jamaluddin dilantik Menteri Besar dan pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
Bersama Datuk Dr Zamry di UN University, Tokyo beberapa tahun lalu
PULAU PINANG, 9 Julai (Bernama) -- Pemimpin dua parti dalam Pakatan Rakyat enggan mengulas laporan sebuah akhbar mengenai satu perjanjian melibatkan kerajaan pakatan itu di Perak yang kononnya melarang Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau tidak ada apa-apa untuk mengulas kerana di peringkat nasional, tidak ada sebarang perjanjian.
"Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa," kata Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, di pejabatnya di sini.
Di KOTA BAHARU, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa juga enggan mengulas isu itu dengan alasan tidak membaca laporan akhbar itu kerana berada di luar negara.
"Saya kena semak dulu," katanya kepada pemberita.Menurut laporan akhbar itu, persetujuan yang dipanggil "Perjanjian Pangkor II' antara Mohammad Nizar dan DAP melarang Menteri Besar Perak itu daripada menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam, dengan memetik abang Mohammad Nizar, Fadhil sebagai berkata adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani perjanjian itu.
Pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment