Kecut perut apabila membaca komen-komen negatif mengenai diri sendiri. Itulah lumrah yang harus ditempuhi oleh calon-calon yang akan bertanding dalam jawatan kepemimpinan tertinggi parti.
Jika pandangan yang positif, sejuk hati dan mata membacanya. Bertambah semangat untuk meneruskan cita-cita.
Namun apabila pandangan yang negatif dilontar terhadap diri, kecut perut dibuatnya, lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi yang direka-reka.
Calon perlu ada daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk menghadapi tohmahan dan pandangan yang bersifat serong.
Di sebalik pujian yang diberi oleh penyokong, calon harus bersedia untuk menerima lontaran cacian dan cemuhan daripada mereka yang tidak sehaluan.
Itulah hakikat berpolitik!
2 comments:
Bersetuju.
Orang politik kena bermuka tebal. Dalam politik tiada teman setia yang kekal, tiada musuh yang kekal, dan selalu lebih dekat dengan musuh.
Berjuang dalam apa pun, ada turun naik, kalau naik tidak turun-turun macam viagra pun masalah juga.
Kalau pemimpin sehebat Rasulullah SAW sendiri menerima cacian dsbnya, apalah orang politik yang tidak maksum.
Walau apapun, orang politik yang mahu naik memang perlu daya tahan!

Post a Comment