Friday, October 3, 2008

TIADA LAGI EMBARGO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden sebelum tarikh itu.

Pak Lah akan mengumumkan pendirian itu minggu depan sebelum Persidangan Agung UMNO Bahagian bermula.

Menurut Zahid keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dan sokongan daripada peringkat akar umbi.

Sesetengah pihak pula berkata Zahid layak bertanding ke jawatan itu berdasarkan hubungan yang selesa beliau dengan Pak Lah dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Zahid juga dilihat mempunyai hubungan peribadi yang istimewa dengan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian.

Ada juga yang menyatakan, aset yang dikira amat menarik pada Zahid ialah beliau mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR, dan dapat duduk semeja untuk menyatu-padukan umat Melayu pada masa depan.

Menurut Zahid keputusan itu perlu dibuat sekarang. Beliau juga telah meminta restu daripada ibubapanya untuk bertanding, pada majlis hari raya bersama keluarga di Tanjung Malim. Perkara yang sama pernah dilakukannya ketika mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi dahulu.


Foto : Atas - mohon restu Emak. Bawah - tekun mendengar nasihat Bapak.
Ayahnya pernah berkata, "terimalah tanggungjawab itu sebagai amanah. Berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jika diizinkan menang bersyukurlah dan jangan takbur serta riak.

Zahid perlukan sokongan anda semua!

2 comments:

Unknown said...

Menarik sekali kalau Zahid lawan Muhyidin untuk timbalan, walau tidak sehebat Musa lawan Razaleigh satu masa dahulu, tetapi sekurang2nya ada pertandingan untuk akar umbi memilih.

Kalau saya ahli UMNO, pasti mana satu untuk diundi berdasarkan siapa jadi presiden.... dan sebagai rakyat Malaysia, saya harap mereka berdua boleh berdebat macam Obama-McCain, baru boleh lihat ketokohan dan wawasan mereka kalau menerajui Malaysia, walau mungkin bukan cara terbaik untuk menilai rekod khidmat serta kepimpinan.

Cuma ketika ini, Muhyidin dilihat sebagai 'wira' oleh orang luar kerana berani menegur PM.

Oleh kerana ini adalah pertandingan kerusi kepimpinan tinggi UMNO, tentunya membawa kepada kerusi kerajaan, maka, Zahid perlu juga dilihat sebagai bakal pemimpin Malaysia untuk menarik minat orang diluar UMNO.

Bermakna, keja keras dan banyak dana yang diperlukan.

Semuga yang menang tidak jadi abu dan yang kalah tidak jadi debu.

Anonymous said...

Muhyidin khabarnya sudah menyebarkan dana yang cukup besar. Zahid tak mungkin dapat menandinginya dari segi dana.