Wednesday, October 1, 2008

BERHARI RAYA DI TANJUNG MALIM


Kami mula berkumpul di rumah Kak Mahah di Tanjung Malim sejak semalam.

Selepas menghantar isteri dan anak-anak, saya berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Abang Zahid dan keluarga tiba beberapa minit sebelum maghrib. Malam tadi selepas program Berita TV9 tamat, saya terus ke Tanjung Malim menyertai adik-beradik yang lain.

Dan kami semua bermalam di hotel di pekan ini.

Pagi tadi kami bersolat aidil fitri di masjid Tanjung Malim, kecuali abang Zahid.

Sejak awal pagi lagi beliau sudah ke Istana Negara menyertai anggota kabinet lain beraya dengan Yang Dipertuan Agong, sebelum bersolat di Masjid Negara dan hadir pada rumah terbuka di PWTC.

Foto : Atas - turut berpeluang berucap. Bawah - Fayyadh (anak) turut berucap & menginsafi kesilapannya kerana tertinggal baju raya. Baju putih ini dipinjamkan oleh Kay-kay.

Kami berkumpul lagi setelah abang Zahid dan Nasaee tiba dari Kuala Lumpu. Setiap keluarga diberi peluang berucap termasuk anak-anak. Antara isi ucapan termasuk perkembangan politik tanahair membabitkannya yang masih embargo. Inilah perkumpulan hari raya pertama di luar kampung Sungai Nipah Darat.

Tahun lalu kami hanya berkumpul di hospital menemani emak.
(Foto menyusul di Penatumpul)

5 comments:

Unknown said...

Eid Mubarak

Semua diberkati Allah.

Salam pada Datuk Nasee.

LEKLOOK said...

Terima kasih Fudzail dan famili di Dubai. Saya sudah menerima tape daripada Zaheed.

Anne said...

assalamualaikum lek luk, terima kasih sbb slalu update blog.angah ikuti citer family di sana melalui blog lek . mmg slalu menghubungi emak di tg malim, tp x same dgn blog lek..ade gamb..lg menarik...salam aidilfitri lek! rindu nk beraye di tg mlm. thn dpn kite jumpa ya!

LEKLOOK said...

Tq Angah.

Ahmad A Talib said...

Salam beb,

AhmadTalib ni! Kenal tak? Pernah bertugas dgn NST/BH satu masa dulu. Saya baru tau U ada sdra-mara di Tg Malim. Saya selalu juga ke sana. Kadang2 makan di kedai Andrie dan ke kebun di Behrang. Mungkin kita boleh jumpa bila2 senang? TQ

PAHIT MANIS