Bapak menganyam dari jam 8 pagi hingga hampir jam satu petang. Kami yang lain sekadar datang dan pergi membantu bapak. Tapi jenerasi muda ramai yang tak dapat belajar menganyam, walaupun berkali-kali mencuba. Rugi sangat!
Kami dapat menganyam lebih 100 biji dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Yang memeningkan kepala Kak Mahah banyak tempahan tudung yang belum disiapkan. Design tudung Kak Mahah istimewa. Design idea Kak Midah (Datin Seri Hamidah) itu bagaimanapun telah di 'celuk' oleh Jekel dan sering dipakai dutanya iaitu Ikin (kawan Mawi).
Selasa ini semua adik-beradik dan anak buah serta cucu-cucu berkumpul di sisi emak dan bapak di Tanjung Malim. Kepada Angah dan suami di Kuching, Sarawak jangan sedih! Tahun depan kita dapat berkumpul lagi!
4 comments:
owh..sedeynyer.. Slamat Hari raye aidilfitri dan Maaf zahir batin utk seluruh keluarga di sana.
syg semua,
[[AnneJemiDzeiqryDzahra]]
Sama-sama Anne, salam untuk semua keluarga di Kuching.
Lok,
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga. Semoga hidup kita diberkati sepanjang masa oleh Allah SWT.
Semoga DS Dr Zahid akan berjaya dalam bidang politik tanahair. Saya sentiasa berdoa.
Terima kasih Datuk,
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Post a Comment