Monday, September 8, 2008

CATATAN PERJALANAN 'OPS PASIR' - 2

11 Ogos :
Diarah untuk bersarapan jam 5:00 pagi, walaupun hotel hanya menyediakan makanan jam 6:15. Saya, Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa (Panglima 2 Div Udara - boss TUDM di Sabah) dan Syed Fazilla Dato Syed Hussain (Penerbit Eksekutif ADJ) antara orang terawal bersarapan.

Ketika itu hanya roti kosong dan pembakar roti yang masih sejuk disediakan. Air juice buahpun belum sejuk lagi manakala air panas masih berada di dapur.

Pelbagai topik kami bertiga bualkan termasuk kisah pekan kecil Tapah Road di Perak, tempat asal Brig Jen Datuk Khairul.

Selepas Syed Fazilla beredar untuk 'melepaskan hajat', Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman (Panglima Wilayah Laut 2 - boss TLDM di Sabah) menyertai kami di meja.



Foto : Atas - Kol Fadzlette dengan Brig Jen Datuk Khairul, Bawah - LH dengan Laksamana Pertama Syed Zahiruddin
Selepas sarapan kami dibawa dengan bot tempur ke Pulau si Amil, iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Jeti Semprna di depan hotel penginapan kami. Brig Jen Datuk Khairul dan Laksamana Syed Zahiruddin menyertai kumpulan editor.

Di Pulau Si Amil, kami menyaksikan beberapa penerbangan helikopter yang membawa pegawai-pegawai kanan tentera dan polis.

Antara yang menyertai penerbangan pertama, skot saya di RMC, Brig Jen Masrani Paiman (Panglima 5 Bgd. - boss Infantri di Sabah) yang berpangkalan di Kota Kinabalu.



Foto : Atas - helikopter VIP mendarat, Bawah - Brig Jen Masrani.
Manakala penerbangan terakhir membawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, PAT Jen Tan Sri Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kami disajikan demontrasi operasi bersepadu oleh ATM, PDRM dan APMM untuk membebaskan tebusan. Menarik dan mengkagumkan!

Selesai demontrasi kami dibawa menaiki bot serang ke Pulau Danawan.


Foto : Bot tempur milik APMM yang membawa media ke Pulau Danawan
Datuk Seri Najib pula dibawa menaiki helikopter dan mendarat di padang sekolah. Persembahan tarian kebudayaan masyarakat suku Bajau Laut menyambut TPM.


Foto : Atas - tarian Bajau Laut sambut TPM, Bawah - gadis Bajau membasuh pakaian.
Beliau kemudian melancarkan program Jiwa Murni di perkampungan itu, di persisir pantai. Di akhir lawatan TPM menyalurkan sumbangan RM5 ribu kepada penduduk melalui Ketua Kampung, untuk dibuat kenduri beramai-ramai.

Sebelum sidang media berlangsung, kumpulan Sapura pula mengambil kesempatan mengadakan demontrasi sistem komunikasi kepada TPM. Walaupun tiada di dalam aturcara lawatan, peruntukan masa 15 minit kepada Sapura berlanjutan sehingga lebih setengah jam. Hadirin yang lain turut gelisah!

Foto : Atas - di belakang Disc ini di bawah pohon kepala tempat 'melepaskan hajat', Bawah : Papan tanda RAMD di jeti menuju Kem Singgah.
Dan satu lagi yang tidak dijangkakan, tiada kemudahan tandas untuk tetamu disediakan. Dan jalan paling mudah, masing-masing 'melepaskan hajat' di kawasan semak di belakang sekolah.
Bagi mereka yang 'berhajat besar' pula, terpaksalah mempercepatkan langkah ke Kem Singgah yang mengambil masa berjalan kaki kira-kira setengah jam.

Nasib baiklah ada air yang tinggal sebaldi dua untuk dibuat cucian. Lega rasanya.......

(Dua orang kuat PR Mindef di sebalik lawatan media)

1 comment:

Anonymous said...

Errr... Najib ada bawak C4 ke