Friday, September 26, 2008

RAMAI HADIR MAJLIS DATUK SERI SHAFIE APDAL

Ramainya wartawan dan jemputan pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan malam tadi yang diadakan di perkarangan Muzium Negara.

Saya yang pertama kali berkesempatan hadir, bagaimanapun tidak rasa terkejut. Sebelum ini ramai rakan-rakan dan 'anak buah' bercerita mengenai keistimewaan majlis Datuk Seri Shafie Apdal.

Tahun-tahun sebelum ini jemputan dikehendaki membawa 'kad jemputan' untuk hadir. Saya juga pernah memberikan kad jemputan itu (ketika berada di organisasi besar) kepada seorang kakitangan bilik berita yang memerlukannya, kerana saya sendiri tidak dapat hadir. Kad jemputan itu rupanya amat berharga kepada sesetengah 'mereka'.

Tahun ini Setiausaha Akhbarnya beria-ria menelefon untuk menjemput, walaupun saya tidak mendapat sebarang kad atau surat jemputan rasmi. Kerana kesungguhannya, saya terpaksa mengorbankan masa setengah jam sebelum berita ke udara untuk 'terkejar-kejar' ke majlis itu.

"Ramainya orang, mana tempat?" hati berbisik ketika mula tiba.

Selepas berbuka saya nampak semua Ketua Pengarang (termasuk Karam Singh Walia yang duduk semeja dengan saya) menerima hamper, dan ada sampul istimewa di dalamnya. Begitu juga wartawan yang berbaris panjang menerima 'paper beg' berisi Ang Pau istimewa.

Saya sekadar menjadi pemerhati majlis pemberian hamper itu kerana asyik berbual dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Haji Johari Shaari ( kawan lama semasa bersekolah di Horley Methodist, Teluk Intan).

Hati berbisik lagi, "mungkin organisasi kecil yang saya wakili belum tersenarai lagi kot di pejabat Datuk Seri Shafie Apdal!" Apapun bersyukur kerana dapat menunaikan jemputan itu.

1 comment:

Anonymous said...

Slm,

Jangan kecik hati Pakcik dan jgn 'blem'Datuk gak...sebab mungkin Datuk agak sebok waktu tu atau mungkin bukan rezeki kut.

Apa yg saya tahu Datuk ni, perihatin orangnya. Harap dia dapat baca artikel ini agar die lebih ambil berat terhadap jemputan tersebut.

sekian