Tuesday, October 14, 2008

KOMEN TENTANG IJAZAH ZAHID DI BLOG AKJ DAPAT REAKSI

LEKLOOK said...
Salam Datuk,Saya tersentuh apabila ada orang menyatakan Zahid membeli Dr. 18 haribulan ini beliau akan menerima ijazah itu di UPM setelah hampir 7 tahun menyiapkan pra-syarat kelulusan itu. Zahid menghadapi banyak karenah penyelia-penyelianya yang berbeda fahaman antara satu sama lain. Akhirnya dia berjaya juga tanpa 'membeli' ijazah itu. Sudahkah yang mengata membuat usul periksa?
12:01 AM

Dhahran Sea said...
Salam Dato' AKJ & pembaca blog the Scribe [Re: Comment "leklook"]: Saya menerima komen "leklook" diatas kesilapan saya mengatakan Dr Zahid Hamidi "membeli" ijazah PhD beliau. Saya menerima hakikat bahawa "Senat UPM meluluskan pengurniaan Ijazah PhD kepada Datuk Zahid Hamidi pada 21-2-2008 setelah beliau menyiapkan tesis bertajuk "Manifesto Barisan Nasional Sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu Semasa Tempuh Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999". Kesilapan ini amat dikesalkan.
5:24 AM

1 comment:

Kak Long said...

tau tak per..nasib baik DS Zahid nie bukan puak2 mcm DSAI Anwar yang suka buat drama. Kalau tak dah lama suruh buat kenyataan bertulis mohon maaf dalam akhbar!