Monday, October 13, 2008

UMNO PERLU GUNA KESEMPATAN JADI CANGGIH

Sebagai parti yang canggih dan celek IT UMNO seharusnya mendahului media lain terutama dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti itu sendiri.

Parti-parti lain saingannya telah menggunakan sepenuh ruang untuk memanfaatkan sumber maklumat kepada kumpulan sasaran.

Dalam pemilihan UMNO sekarang apabila mesyuarat bahagian bermula, lama web UMNO seharusnya mengemaskinikan status terkini jumlah pencalonan calon-calon yang bertanding.

Langkah itu amat perlu terutama kepada ahli-ahli UMNO dan pihak media untuk membuat rujukan secara rasmi.

Ibu pejabat UMNO sudah tentunya akan membuat pengumuman rasmi selepas semua UMNO bahagian selesai bersidang. Namun itu tidak memadai kerana tumpuan orang ramai kini adalah untuk membilang jumlah perolehan calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

Jadi, UMNO perlu meminta bantuan daripada ahli-ahli UMNO yang pakar dalam bidang ini untuk memudahkan kerja itu.

Barulah dikatakan UMNO canggih!

No comments: