Thursday, June 3, 2010

APABILA KUASA TERGADAI

Apabila hilang kuasa bermesyuarat di tengah padang dengan khemah ala-kadar dan tiada berpembesar suara.

Tapi hendak dikatakan hilang kuasa tidak jugak kerana kerusi ADUN masih dipegang UMNO. Tetapi mengapa jadi begini? Adakah ia soal kepimpinan, tiada komitmen ahli ataupun saje menyerah kalah dan tak ambil pusing?

Tapi di sebuah cawangan yang ADUNnya dari DAP mereka mampu bermesyuarat di Kelab Golf. Siapa pula yang membiayai mereka? Adakah Ketua Cawangan?

Semua mesti bertanggungjawab terhadap hidup dan matinya politik bangsa. Jika semua peringkat kepemimpinan dan ahli parti mempunyai komitmen yang tinggi mungkin mesyuarat ala-kadar seperti ini tidak akan berlaku. Malah diyakini Selangor dapat diambil (bukan dirampas) kembali.

Antara kelemahan; tiada mesyuarat dan aktiviti cawangan secara berterusan, semua ahli tidor, keahlian cawangan terlalu besar (dan boleh dipertimbangkan untuk dipecahkan keahlian dan ditambah cawangan.)

No comments: