Tuesday, July 1, 2008

NABIL DAN RAKAN PAMER LAWAK BODOH

Nabil yang dikatakan Raja Lawak Astro musim ini yang dibantu Azizan dan Johan buat kelakar tak bertempat. Tapi lawak mereka bukan free. Mereka dibayar untuk membuat persembahan sempena Malam Anugerah Media oleh sebuah kementerian.

Rata-rata mereka yang menonton persembahan malam tadi geleng kepala. “Apalah lawak bodoh ni..?” kata seorang Datuk dari Bernama.

Tetamu khas Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan Panglima-Panglima yang hadirpun semua tunjuk muka toya dengan persembahan itu. Persembahan syok sendiri.

Selepas mereka bertiga memulakan persembahan hambar, ramai yang hadir tidak memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di atas pentas. Hadirin sebaliknya berbual sesama sendiri dan menumpu kepada ‘handphone’ masing-masing.

Persembahan malam itu yang menarik dengan tema ala-60an musnah dengan penampilan ‘three stogers’ di atas pentas.

Kalau saya jadi penganjur malam itu, saya tak akan bayar kepada mereka bertiga. Kalau bayar pun cukup sekadar duit minyak dan duit makan.

Jadi kepada mereka yang merancang untuk memanggil mereka bertiga selepas ini bagi menyerikan majlis makan malam, hati-hatilah jangan terpedaya dengan nama glomour mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Memang lawak bodoh pun... Saya tak faham macam mana orang Melayu secara amnya boleh menerima lawak mereka ini. Saya kalau tengok raja lawak tu tak boleh nak ketawa langsung. Tak de yang funny pun. Sentiasa lawak bodoh saja