Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM 'HUJAH' TERLEWAT 30 MINIT KERANA KESESAKAN

Akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda ibunegara petang tadi program HUJAH di TV9 ditangguhkan selama kurang 30 minit.

Semua panelis dan kebanyakan tetamu yang sepatutnya memenuhi ruang Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka terlewat tiba.

Mereka terperangkap di dalam kesesakan teruk.

Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba tepat waktunya setelah menaiki motosikal anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari pasukan pengiring Timbalan Perdana Menteri dari Putrajaya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Datuk Seri Mohd Najib.

Seorang lain panelis yang juga calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad tiba 15 minit kemudian menaiki motosikal kapcai dengan tidak bertopi.
.
Saya yang tiba jam 9 malam di hadapan Istana Negara, mengambil masa 45 minit untuk sampai di Dewan Bahasa dan Pustaka

Sebahagian tetamu pula hanya memenuhi ruang dewan selepas setengah jam program HUJAH ke udara.

4 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Tahniah buat Dato' Seri Zahid Hamidi yang lantang memperjuang dan memperkasakan UMNO.

Walaupun kesesakan lalu lintas, beliau tetap sampai tepat pada waktunya.

UMNO Cawangan Gombak Selatan dengan kerjasama GPMS Cawangan Wangsa Maju dan Kolej Islam Antarabangsa antara yang hadir pada program Hujah TV 9.

Hidup Dato' Seri. Kami tetap bersama anda.

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU

GPMS CAWANGAN KHAS KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (IIC)

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan buat penulis Blog ini..

Insyallah, UMNO akan terus maju dan diberkati Allah.

Buat penulis blog, Kami akan bersama anda.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

Sila kunjungi blog kami di www.umnogombakselatan.blogspot.com


SALAM PERJUANGAN DARI,

SHAMSURY MOHD SALLEH
Penulis Blog merangkap
Ketua Penerangan UMNO
Cawangan Gombak Selatan.

Anonymous said...

Tahniah yg diucapkan kepada zahid hamidi berasaskan apa ya? Hujah2nya penuh emaosi, tidak menjawab persoalan yang ditanya, tidak menampakkan kematangan

Anonymous said...

Tak mudah untuk memuaskan hati semua orang........

Tepuk dada tanya lah selera!
Lok