Sunday, March 15, 2009

PA KENA PANDAI JAGA IMEJ BOS

Tugas VIP sama ada pemimpin politik atau korporat akan menjadi lebih mudah dengan adanya Pegawai Khas atau Pembantu Peribadi (PA). Tetapi kadang-kadang jika PA tidak cekap dan lalai ia akan memberi imej buruk kepada bosnya.

Temu janji dan cara berpakaian pada satu-satu majlis, biasanya akan diserahkan kepada PA untuk menyelaras.

Bayangkan jika PA tersalah memberitahu boss mengenai cara berpakaian pada majlis rasmi yang dihadirinya. Malu besar bos jika semua yang hadir berpakaian longsuit, dia seorang sahaja yang berbaju batik! Lebih-lebih lagi apabila bos mempengerusikan mesyuarat peringkat kementerian.

Yang tak sedapnya pulak ramai yang menunggu lama di pejabat untuk bertemu bos sebagaimana dijanjikan, tetapi temujanji mereka tidak ada dalam senarai.

Rupa-rupanya senarai temujanji yang ada di tangan bos tidak sama dengan senarai di fail PA kerana tidak dikemaskinikan pada saat akhir.

Kalau itulah hakikatnya, tak salahlah jika bos melenting kepada PA. Lebih-lebih lagi jika PA sudah bekerja berpuluh tahun dengan bos. Ia sungguh memalukan dan menjejaskan reputasi bos.

Macam Paklah, beliau sering dicop tidak menepati waktu dan sering terlambat menghadiri sesuatu majlis. Rupa-rupanya, kadang-kadang PAnya salah memberi waktu majlis perlu dihadarinya.

1 comment:

Anonymous said...

rupanya Pak Lah tak cekap sbb ada PA yang x cekap : baca: bebal, saya nak tawarkan diri jadi PA la..