Wednesday, March 25, 2009

ZAHID MOHON RESTU EMAK DAN BAPAK

Restu emak bapak perlu. Itulah yang sering dilakukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setiap kali mahu melakukan sesuatu keputusan besar.

Ketika mahu bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dahulu, doa kedua-dua orang tuanya dimakbulkan Allah setelah beliau memohon izin dan restu daripada mereka.

Begitu juga ketika bertanding untuk kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO tujuh tahun lalu. Dengan berkat doa ibubapanya, beliau menduduki tempat kedua dalam MT.

Kali ini untuk menghadapi Pemilihan UMNO bagi kerusi Naib Presiden esok, restu dan doa kedua-dua ibubapa amat perlu.

Dalam kesibukan aturcara harian, hari ini beliau akan mencuri masa untuk balik kampung di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh untuk menemui bapanya. Bapanya itu berada di kampung untuk membantu memantau perjalanan Sekolah Ma'ad Tahfiz yang diusahakan Datuk Zahid.

Seperti lazimnya, Datuk Zahid akan meminta izin bapanya, Hamidi@Radin Haji Ahmad Tarmidzi agar hasratnya untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO direstui. Beliau juga akan memohon bapanya supaya sama-sama mendoakan akan kejayaannya.

Beliau juga akan ke Tanjung Malim mengunjungi Ibunya, Hajjah Tuminah Haji Abdul Jalil. Ibunya kini terlantar di katil di rumah adik perempuannya kerana sakit angin ahmar hampir dua tahun.

Ibunya kini tidak lagi boleh bercakap dan terpaksa berpisah dengan bapa kerana perlu dijaga dan menerima rawatan rapi daripada dua orang jururawat 'homecare'.

Datuk Zahid kini hanya sekadar mampu untuk membisikan ke telinga ibunya bagi meminta izin dan restu beliau. Mata ibunya itu pasti akan memandang tepat ke wajah Datuk Zahid untuk memberi izin dan restu. Air matanya pasti akan bergenang untuk mendoakan kejayaan anaknya itu, seperti lazim yang berlaku.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah lek look..

Muhyiddin Yassin, 1,575 votes, defeated Muhammad Muhd Taib (916)

Zahid Hamidi (1,592),
Hishammuddin Hussien (1,515)
Shafie Apdal (1,445).


wak june

Mr. Ikan said...

Tahniah en. lok sbb Datuk Seri Zahid menang Naib Presiden UMNO!

Ikan Laga

Anne said...

tahniah wak zahid =)

LEKLOOK said...

Terima kasih. Semuanya itu berkat doa keluarga, ibubapa, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam.