Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Goibind Singh Deo (DAP-Puchong) selama 12 bulan berikutan kenyataannya pada 12 Mac lalu yang menghina Dewan.
Gobind juga pada masa penggantungannya itu tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli Parlimen.
Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum itu dibahaskan selama hampir sejam.
Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan proses pengundian, semua anggota pembangkang bertindak keluar Dewan.
Akhirnya usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara.
Dalam usul yang dibentangkan Nazri, Gobind perlu dikenakan tindakan tersebut berikutan kenyataannya mendakwa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan selain beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kenyataan Gobind itu merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan.
Kemuncak hari-hari yang sedih buat penduduk Puchong.
Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya, sebagai seorang daripada puluhan ribu penduduk Puchong bagaimanapun tidak nampak apa yang telah dilakukan Gorbind di kawasan ini.
Apa yang jelas kepada saya, hanyalah hujah-hujah beliau di parlimen yang tidak memberi faedah kepada kami di kawasan Parlimen ini.
Saya rasa kalau tidak ada ahli Parlimen di kawasan ini pada masa ini, pun tak apa. Pembangunan yang pesat yang telah dan sedang dilakukan di Puchong adalah hasil usaha pemimpin sebelum ini.
Kadang-kadang ramai sangat yang pandai bercakap di parlimen tu, tetapi sedikit sahaja yang pandai melaksanakannya di kawasan masing-masing.
Harap-harap penduduk Puchong tidak lagi tersalah memilih wakil di Parlimen.
1 comment:
Mengikuti perbahasan di parlimen hari ini, memang patut Gobind kena gantung 12 bulan. Dulu pada tahun 1960 ada ahli parlimen hanya menyebut 'diktator' pun kena gantung. Ini Gobind sebut yang bukan-bukan lagi1
Post a Comment