Wednesday, March 11, 2009

NAFI PAK LAH RUNDINGAN DENGAN ANWAR

Foto dipetik daripad blog Mohd Sayuti Omar

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, sebelum melepaskan jawatan hujung bulan ini, telah merundingkan 'caturan politik'.

"Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi (semalam)," kata beliau dalam blognya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, beliau dijadual ke Madrasah Nurul Iman sempena sambutan Maulidur Rasul dan meraikan ulama Sheikh Mahmud.

"Antara tetamu adalah ulama dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain.
"Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

"Saya dan (isteri, Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin," katanya lagi.
Semalam kes liwat Anwar disebut semula dan Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh baru perbicaraan.

"Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba.
"Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama yang hadir.

"Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ke Parlimen," katanya lagi.

Abdullah dan Anwar kemudian berada di Parlimen untuk mengikuti sesi pembentangan Pakej Rangsangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyangkal dakwaan Sayuti Omar dalam blognya bahawa Abdullah dan Anwar telah berunding di Hulu Langat.
-mStar

Foto : Blog Shamsul Iskandar

2 comments:

Anonymous said...

Jika itu yang menjadi realiti. Ia amat dinantikan oleh Orang Melayu.

Anonymous said...

nampaknya lauk tak berusik...he he he ...