Monday, March 30, 2009

MASIH RAPUH

Masih perlukan ubat vitamin.Tak tahan lasak. Perlu kena rendam dalam air lumpur di 'obstacle course' dan memanjat tembuk. Cara itu mungkin dapat membangkitkan semangat dan daya tahan wartawan muda.

Mereka memerlukan pendedahan yang seluas-luasnya. Tidak semua mereka boleh diberi pendedahan sekali gus. Kena bergilir-gilir.

Tahun ini baru bermula. Dan tiga empat orang baru diuji. Hasilnya belum ada kemampuan yang diperlukan. Masih mentah dan kurang pengetahuan asas mengenai perhimpunan sebesar itu. Perhimpunan parti yang memperjuangkan orang Melayu.

Masih rapuh, jauh sekali untuk jadi ampuh. Baru lima hari persidangan, sudah ada yang muntah dan demam. Manakala yang ditugaskan untuk jadi penganti, seribu alasan diberikan. Tiada jalan singkat untuk berjaya dalam dunia diceburi ini.

Bagaimana nak hasilkan barisan pelapis yang berkarisma dan disegani media lain? Mungkin selepas lambaian 'sayonara' daripada saya kot! Atau tutup saje entiti itu....

3 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...
This comment has been removed by the author.
UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Alhamdulillah, kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang telah dijangkakan.

Kepimpinan Datuk Seri Zahid dapat memulihkan semangat penyokong UMNO dalam memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Buat blogger Tafadhdal, teruskan perjuangan anda. Kami sentiasa menyokong anda.

Ketua UMNO Cawangan kami, En Abd. Razak Muhamad menyampaikan Salam Perjuangan ikhlas buat anda.

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Kami telah meletakkan blog anda dalam senarai Link blog kami. Harap kita dapat bekerjasama dengan baik selepas ini.

LEKLOOK said...

Terima kasih UMNO cawangan Gombak Selatan di atas sokongan.