Friday, March 20, 2009

PELANCONG TUNGGU NIZAR IRINGI SULTAN KE ISTANA NEGARA

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-216 sempena cuti sekolah ini, memberi peluang pelancong tempatan menyertai pelancong asing berkumpul di depan istana negara.

Deretan kenderaan-kenderaan yang membawa duli-duli Tuanku Raja-Raja Melayu dan wakil baginda memasuki perkarangan istana menarik perhatian mereka.

Kenderaan disertai pengiring masing-masing dengan lambang terpampang di setiap kereta mereka, dan ADC di sebelah pemandu, membuatkan pelancong teruja. Bukan mudah untuk dapat melihat suasana itu.

Kesempatan itu tidak dapat dilepaskan begitu sahaja apabila menghampiri istana negara. Namun setelah semua kenderaan masuk, yang disertai Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing, semua yang menunggu di luar pagar istana negara, tertanya-tanya.

Mengapa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak disertai Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang masih mengaku dirinya Menteri Besar Perak? Sebaliknya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengiringi Sultan Perak pada mesyuarat itu.

Mungkinkah Datuk Seri Nizar sudah insaf dan mengaku beliau bukan lagi Menteri Besar Perak? Atau mungkin juga beliau sudah dapat menerima hakikat telah melakukan kesilapan kerana menderhaka kepada sultan, dan tak perlu 'menyelit' untuk mengiringi baginda.

No comments: