Sunday, March 8, 2009

SITI JARUM USIK TV9

Siti Jarum
TV9 mahu ke mana?Kalau tak silap Siti, pada awal dulu saluran TV9 mensasarkan kelompok penonton Melayu dan dewasa. Siti melihat sasaran itu sangat tepat pada masa itu. Stesen televisyen selalu terlupa bahawa orang Melayu dan dewasa juga menjadi penyumbang kepada rating.

Mereka pula mempunyai kuasa membeli bagi stesen televisyen memancing pengiklan.
Untuk penonton pelbagai kaum yang muda termasuk Melayu, mereka sudah ada TV3. Tetapi golongan berumur tidak diberikan banyak program di TV3. Maka TV9 menjadi pelengkap, apa lagi banyak program bercorak Islam. Ini benar-benar memberi kepuasan kepada golongan sasaran TV9.

Tapi sekarang Siti tengok TV9 agak tersasar daripada konsep asal. Kelihatan juga TV9 mahu jadi TV3 dengan menyulam elemen-elemen pop yang berlebihan. Kalau sudah jadi TV3, lebih baik tengok TV3 saja. Penonton memilih TV9 kerana apa yang mereka mahu tidak terdapat di TV3. Ini adalah antara rungutan penonton TV9 kepada Siti.

Kata mereka, program-program yang menjadi tarikan di TV9 serta bercorak agama sudah terpelanting ke larut malam. Sepatutnya program itu pada waktu perdana. Tapi waktu perdana diambil oleh program yang lebih kurang sama dengan TV3.

Apabila Media Prima mempunyai banyak saluran televisyen, mereka boleh menjuruskan sasaran yang lebih tepat kepada penonton. 8TV misalnya untuk penonton Cina, ntv7 sasaran kepada masyarakat urban, TV3 untuk pop dan remaja dan TV9 untuk golongan Melayu dan peringkat umur dewasa.

Bagaimana pun apabila TV9 mahu mencuri konsep TV3, Siti melihat ini bukanlah suatu yang baik sama ada kepada TV9 dan juga penonton yang sudah jatuh hati dengan TV9. Kita kena realistik bahawa tak semua penonton suka dengan konsep TV3 yang terlalu menjurus kepada konsumerisme.

Siti fikir lebih elok kalau TV9 kembali kepada konsep asal dulu. Daripada reaksi yang Siti dapat, kelahiran TV9 telah memenuhi keperluan golongan sasarannya. Kena ingat itu.
SITI JARUM: Manis dan sopannya pengacara-pengacara TV9
Petikan : Mingguan Malaysia

Komen : Akupun sering terserempak dengan peminat-peminat TV9 kat luar tu. Yang tak sanggup didengar dah ada yang mengata, "TV9 dah murtad ke?" Akupun kini jadi keliru, lebih-lebih lagi dengan CHOPP!

2 comments:

Unknown said...

TV9 juga dah jadi 'pemimpin' media bahasa rojak melayu melalui pengacara2 yang boleh harap pada rupa saja. Tapi BM hancur. Lebih baik suruh pengacara2 tu guna BI saja dari bercakap BM yang memalukan





Unknown said...

TV9 juga dah jadi 'pemimpin' media bahasa rojak melayu melalui pengacara2 yang boleh harap pada rupa saja. Tapi BM hancur. Lebih baik suruh pengacara2 tu guna BI saja dari bercakap BM yang memalukan