Friday, March 27, 2009

KEMENANGAN SEBAGAI HADIAH ULANG TAHUN PERKAHWINAN

1,592 suatu angka yang selesai dan meyakinkan. Terima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berterima kasih kepada mereka yang menyokong beliau selama ini. Dengan sokongan dan dokongan serta semangat setiakawan, beliau berjaya meraih tempat tertinggi menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO.

Secara kebetulan, kejayaan itu adalah hadiah ulang tahun perkahwinan beliau. Tiga puluh satu tahun lalu pada tarikh 26 Mac, beliau dinikahkan dengan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

Kemenangan ini juga adalah sebagai tanda kesungguhan kawan-kawannya dari seluruh negara, yang tidak mengenal penat dan mementingkan habuan, dengan secara sukarela membantu beliau.

Pasukan jentera 'setiakawan' yang sentiasa bersama beliau itu jugalah membuktikan UMNO masih relevan.

Bercakap pada ucapan sulongnya sebagai Naib Presiden UMNO di hadapan penyokong-penyokongnya di hotel Putra awal pagi tadi, Zahid berkata hanya beberapa minit selepas diumumkan beliau menang, Datuk Seri Najib sudah memberikannya tugasan baru.

Beliau serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Naib-naib Presiden lain Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal diberi tugas memastikan kemenangan di dua Bukit dan satu Batang.

Datuk Seri Zahid diberi tugas di Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin di Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie di Batang Ai, manakala Tan Sri Muhyiddin menyelaras ketiga-tiga pilihanraya kecil itu.

No comments: