Sunday, March 22, 2009

SUDAH 'GENTLEMAN' KE UNTUK BERTANDING?

Persidangan Agung UMNO akan bermula selasa ini apabila ketiga-tiga sayap parti itu memulakan persidangan dengan perasmiannya oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada sebelah malam.

Bermula siang itu perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memenuhi persekitaran PWTC, diikuti limpahan perwakilan dan pemerhati bahagian keesokan harinya.

Dengan pertandingan berlangsung pada persidangan kali ini, maka ruang legar di sekitar bangunan itu dijangka semakin padat. Bukan sahaja dipenuhi oleh perwakilan yang mahu masuk dewan, tetapi oleh pemerhati, yang diundang dan juga tidak diundang.

Agen-agen calon yang bertanding akan menjadi perayu undi di kawasan-kawasan itu sehingga ke pintu masuk dewan. Jika boleh, setiap perwakilan akan didekati mereka dengan pelbagai cara dan karenah.

Maka nanti akan muncullah pelbagai akhbar tabloid PERCUMA yang tidak pernah dibaca dalam edaran di PWTC. Tidak kurang pula buku-buku yang mencaci dan memaki serta menfitnah calon, diberi percuma.

Buku-buku seperti `Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ nanti akan semakin bertambah dengan pelbagai tajuk yang meloyakan. Musim pertandingan macam inilah penulis dan penerbit pecisan akan berpeluang mengkayakan diri dengan duit HARAM.

Tolak ke tepi dahulu politik wang. Inilah satu lagi budaya UMNO yang menjijikan setiap kali berlaku pemilihan! Hasad dengki, iri hati dan tikam kawan dari belakang akan terus berlaku dalam pemilihan kali ini.

Mungkinkah Lembaga Disiplin UMNO akan mengambil kira gejala itu untuk disiasat dan dibendung, agar budaya Melayu totok itu dapat dihapuskan dari muka bumi ini.

1 comment:

aimdaim said...

Wak Lok

Saban tahun perkara yang sama telah berlaku dan mereka tidak akan segan silu duduk disitu. Perlu jugak orang yang mcm itu menulis atau katakan apa sahaj di masa ini agar pengundi dapat berfikir.

fikir-fikirlah