Saturday, March 21, 2009

ISU TOK ALI - JANGAN IKUT RENTAK PEMBANGKANG

Rayuan ditolak. Namun kesediaannya menghadapi hukuman tanpa menunding jari kepada orang lain harus dipuji. Itulah pemimpin besar - yang berani buat, berani tanggung.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam orang parti. Beliau lebih mengutamakan parti daripada diri sendiri. Penyokong dan pengikutnya harus mengikut jejak dan menghargai tindakan beliau itu, tanpa menunding jari bahawa hukuman ke atas Tok Ali itu sebagai konspirasi politik.

Rata-rata di peringkat akar umbi tahu siapa yang melakukannya dan siapa tidak. Bak kata seorang calon Naib Presiden UMNO, ia seperti operasi polis trafik.

Ramai yang tidak pakai talipinggang keledar terlepas kerana polis tidak membuat operasi. Tetapi malang bagi mereka yang ditahan polis ketika melakukan kesalahan itu.

Namun ketelusan rumahtanggan UMNO membersihkan politik wang dikalangan ahli dan pemimpinya jangan diambil kesempatan oleh mereka di luar sana.

Memang patut bagi Tok Ali tidak melayan desakan parti pembangkang untuk beliau meletak jawatan Ketua Menteri.

Inilah UMNO, sekurang-kurangnya parti itu ada Lembaga Disiplin bagi mengekang amalan rasuah di dalam parti. Tetapi bagi parti pembangkang, apa yang mereka ada untuk menghadang kemungkaran yang berlegar di dalam selimut?

No comments: