Wednesday, March 18, 2009

FILEM GENG (UPIN & IPIN) MELETUP!

Telah lebih sebulan sejak 12 Feb lalu, baru malam tadi berkesempatan membawa anak-anak menonton Geng Pengembaraan Bermula Upin & Ipin.

Saya yang jarang-jarang masuk pawagam, boleh mengatakan filem ini hebat dan menghiburkan. Pawagam masih penuh, lebih-lebih lagi musim cuti sekolah ini. Kami hanya dapat menonton tayangan jam 9:30 malam di The Mine.

Filem animasi ini hasil kreatif anak-anak muda tempatan di Les'Copaque Production. Ia dengan mudah dapat mengalahkan kepuasan penonton yang selama ini disogokan filem arahan Prof Madya Razak Muhidin, yang entah apa-apa tu!

Les'Copaque Production sebenarnya berjuang bermati-matian untuk dapat meneruskan slot di pawagam-pawagan pada musim sekolah ini. Karenah birokrasi pemilik pawagam!

Minggu lalu (10 Mac) kutipan untuk hari Jumaat hingga Isnin sudah mencecah RM5.72 juta dan 732,225 orang sudah menonton. Ia hampir mengalahkan kutipan Jangan Pandang Belakang (RM5.78 juta).

Saya rasa selepas minggu keempat tayangan berakhir dan masuk musim cuti sekolah ini, ia dapat mengatasi filem No.1 Box Office buatan Malaysia iaitu Lagi-lagi Senario yang dapat mengutip RM6.33 juta.

Dan dalam perkembangan terbaru Les' Copaque kini sedang bersiap-siap untuk menerbitkan filem aksi pertamanya (bukan animasi). Syarikat itu kini sedang mencari seorang Pengarah disamping krew serta eksekutif penerbitan untuk filem itu.

Mereka yang berminat sila hubungi alamat di bawah :

Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G, Seksyen 13,
40100,Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

Tel: +603 – 5511 8089
Fax: +603 – 5511 8086
Email: webmaster@lescopaque.com

2 comments:

p0dracer said...

Aslmkm,

Terima kasih kerana menonton filem kami. Kami menghargai sokongan, review dan feedback Pakcik. Semoga dapat dikongsikan pengalaman bersama teman2 dan seisi keluarga.

Aslmkm.

LEKLOOK said...

Tahniah. Teruskan usaha!