Monday, March 30, 2009
MASIH RAPUH
Mereka memerlukan pendedahan yang seluas-luasnya. Tidak semua mereka boleh diberi pendedahan sekali gus. Kena bergilir-gilir.
Tahun ini baru bermula. Dan tiga empat orang baru diuji. Hasilnya belum ada kemampuan yang diperlukan. Masih mentah dan kurang pengetahuan asas mengenai perhimpunan sebesar itu. Perhimpunan parti yang memperjuangkan orang Melayu.
Masih rapuh, jauh sekali untuk jadi ampuh. Baru lima hari persidangan, sudah ada yang muntah dan demam. Manakala yang ditugaskan untuk jadi penganti, seribu alasan diberikan. Tiada jalan singkat untuk berjaya dalam dunia diceburi ini.
Bagaimana nak hasilkan barisan pelapis yang berkarisma dan disegani media lain? Mungkin selepas lambaian 'sayonara' daripada saya kot! Atau tutup saje entiti itu....
Sunday, March 29, 2009
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - ANTARA KENANGAN DAN JANGKAAN
Perhimpunan Agung UMNO selesai petang semalam. Pemimpin dan penyokong UMNO mula berkampung di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai untuk membantu jentera pilihan raya kecil BN kawasan itu.
Selain barisan kepimpinan baru UMNO, apa yang terkesan hasil daripada Perhimpunan Agung UMNO itu, ialah kenangan pertemuan anggota media.
Bekas-bekas pengamal media seperti wartawan dan editor yang lama meningalkan alam pemberitaan juga tidak melepaskan peluang untuk hadir.
Wartawan dan editor yang sering 'melompat' dari satu organisasi ke organisasi media lain, juga akan bertemu rakan organisasi lamanya di situ. Inilah juga 'reunion' terbesar dunia kewartawanan Malaysia.
Foto : Tiga entiti Bersatu - penyampai berita TV3 Azwaliza Azman dan penyampai berita RTM Azrul Amila Amir bertemu di depan bilik operasi berita TV9 di PWTC.
APA NAMA YANG MEMBENTUK PERDANA MENTERI SELEPAS INI?
Setelah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambilalih tampuk kepimpinan UMNO, dan akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri 3 April ini, maka lengkaplah perkataan 'RAHMAN' sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri 'RAHMAN' merangkumi nama Tunku Abdul RAHMAN, Tun ABDUL Razak, Tun HUSSEIN Onn, Tun Dr. MAHATHIR Mohamad, Datuk Seri ABDULLAH Ahmad Badawi dan Datuk Seri NAJIB Tun Razak.
Selepas 'RAHMAN', apakah huruf baru yang akan mengambil tempat? Mungkinkah selepas ini huruf 'M', atau 'Z', 'H', 'S' atau huruf lain yang akan membentuk nama baru yang lain.
Friday, March 27, 2009
KEMENANGAN SEBAGAI HADIAH ULANG TAHUN PERKAHWINAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berterima kasih kepada mereka yang menyokong beliau selama ini. Dengan sokongan dan dokongan serta semangat setiakawan, beliau berjaya meraih tempat tertinggi menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO.
Secara kebetulan, kejayaan itu adalah hadiah ulang tahun perkahwinan beliau. Tiga puluh satu tahun lalu pada tarikh 26 Mac, beliau dinikahkan dengan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.
Kemenangan ini juga adalah sebagai tanda kesungguhan kawan-kawannya dari seluruh negara, yang tidak mengenal penat dan mementingkan habuan, dengan secara sukarela membantu beliau.
Pasukan jentera 'setiakawan' yang sentiasa bersama beliau itu jugalah membuktikan UMNO masih relevan.
Bercakap pada ucapan sulongnya sebagai Naib Presiden UMNO di hadapan penyokong-penyokongnya di hotel Putra awal pagi tadi, Zahid berkata hanya beberapa minit selepas diumumkan beliau menang, Datuk Seri Najib sudah memberikannya tugasan baru.
Beliau serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Naib-naib Presiden lain Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal diberi tugas memastikan kemenangan di dua Bukit dan satu Batang.
Datuk Seri Zahid diberi tugas di Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin di Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie di Batang Ai, manakala Tan Sri Muhyiddin menyelaras ketiga-tiga pilihanraya kecil itu.
Wednesday, March 25, 2009
ZAHID MOHON RESTU EMAK DAN BAPAK
Ketika mahu bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dahulu, doa kedua-dua orang tuanya dimakbulkan Allah setelah beliau memohon izin dan restu daripada mereka.
Begitu juga ketika bertanding untuk kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO tujuh tahun lalu. Dengan berkat doa ibubapanya, beliau menduduki tempat kedua dalam MT.
Kali ini untuk menghadapi Pemilihan UMNO bagi kerusi Naib Presiden esok, restu dan doa kedua-dua ibubapa amat perlu.
Dalam kesibukan aturcara harian, hari ini beliau akan mencuri masa untuk balik kampung di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh untuk menemui bapanya. Bapanya itu berada di kampung untuk membantu memantau perjalanan Sekolah Ma'ad Tahfiz yang diusahakan Datuk Zahid.
Seperti lazimnya, Datuk Zahid akan meminta izin bapanya, Hamidi@Radin Haji Ahmad Tarmidzi agar hasratnya untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO direstui. Beliau juga akan memohon bapanya supaya sama-sama mendoakan akan kejayaannya.
Beliau juga akan ke Tanjung Malim mengunjungi Ibunya, Hajjah Tuminah Haji Abdul Jalil. Ibunya kini terlantar di katil di rumah adik perempuannya kerana sakit angin ahmar hampir dua tahun.
Ibunya kini tidak lagi boleh bercakap dan terpaksa berpisah dengan bapa kerana perlu dijaga dan menerima rawatan rapi daripada dua orang jururawat 'homecare'.
Datuk Zahid kini hanya sekadar mampu untuk membisikan ke telinga ibunya bagi meminta izin dan restu beliau. Mata ibunya itu pasti akan memandang tepat ke wajah Datuk Zahid untuk memberi izin dan restu. Air matanya pasti akan bergenang untuk mendoakan kejayaan anaknya itu, seperti lazim yang berlaku.
Tuesday, March 24, 2009
ZAHID : IT'S TIME TO MOVE UP
Below is an excerpt of the interview with Zahid.
It was the wishes of my friends who said I had been in the Umno Youth exco for 11 years, as Youth chief for two years and supreme council member for seven years. They said I should help strengthen the presidential institution as I was Datuk Seri Najib Tun Razak’s political secretary for three years and Youth information chief when he was the Youth chief.
It means that the party should determine government policies and directives not government officials.
First, we need to rebrand Umno to ensure it remains relevant. There are two million young people who will start voting in the 13th general election. They should be brought closer to Umno.
We must ensure that Umno continues to serve as the backbone of Barisan Nasional and that it continues its struggle for the Malays while at the same time preserving the rights of all races.
We also should not be at odds with any ulama or Islamic organisations. This is because Umno has proven itself to be a defender of Islam while recognising the importance of other religions.
Umno faces challenges all the time and for me it is a positive challenge whereby certain quarters are asking the delegates to avoid money politics. We should not only look at this in the legal context but also at the intention because I think the intention (to avoid money politics) is good. Therefore, to avoid the problem from being brought to court, candidates must stay away from this element.
Why is Umno the only party being blamed? I am sure other parties face this problem, too, but it is not highlighted in the media. It seems that the people are judging the Umno leadership.
To me this is not a crucial problem and I think other parties which govern states and who are in control of local governments also have the same problem. In Umno, the problem is exposed because Umno members themselves want to expose it.
It is not for the survival of Umno but the survival of the Malays and Malaysians in general. This is because Umno has a good track record and this can be improved on with the election of new leaders.
I hope the delegates are consistent with their aim of finding a good leader. I hope they continue to support Najib as the new party president as well as respecting Pak Lah and Tun Dr Mahathir Mohamad as former presidents because there will be no new leaders without the old ones.
Sunday, March 22, 2009
SUDAH 'GENTLEMAN' KE UNTUK BERTANDING?
Bermula siang itu perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memenuhi persekitaran PWTC, diikuti limpahan perwakilan dan pemerhati bahagian keesokan harinya.
Dengan pertandingan berlangsung pada persidangan kali ini, maka ruang legar di sekitar bangunan itu dijangka semakin padat. Bukan sahaja dipenuhi oleh perwakilan yang mahu masuk dewan, tetapi oleh pemerhati, yang diundang dan juga tidak diundang.
Agen-agen calon yang bertanding akan menjadi perayu undi di kawasan-kawasan itu sehingga ke pintu masuk dewan. Jika boleh, setiap perwakilan akan didekati mereka dengan pelbagai cara dan karenah.
Maka nanti akan muncullah pelbagai akhbar tabloid PERCUMA yang tidak pernah dibaca dalam edaran di PWTC. Tidak kurang pula buku-buku yang mencaci dan memaki serta menfitnah calon, diberi percuma.
Buku-buku seperti `Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ nanti akan semakin bertambah dengan pelbagai tajuk yang meloyakan. Musim pertandingan macam inilah penulis dan penerbit pecisan akan berpeluang mengkayakan diri dengan duit HARAM.
Tolak ke tepi dahulu politik wang. Inilah satu lagi budaya UMNO yang menjijikan setiap kali berlaku pemilihan! Hasad dengki, iri hati dan tikam kawan dari belakang akan terus berlaku dalam pemilihan kali ini.
Mungkinkah Lembaga Disiplin UMNO akan mengambil kira gejala itu untuk disiasat dan dibendung, agar budaya Melayu totok itu dapat dihapuskan dari muka bumi ini.
Saturday, March 21, 2009
ISU TOK ALI - JANGAN IKUT RENTAK PEMBANGKANG
Datuk Seri Mohd Ali Rustam orang parti. Beliau lebih mengutamakan parti daripada diri sendiri. Penyokong dan pengikutnya harus mengikut jejak dan menghargai tindakan beliau itu, tanpa menunding jari bahawa hukuman ke atas Tok Ali itu sebagai konspirasi politik.
Rata-rata di peringkat akar umbi tahu siapa yang melakukannya dan siapa tidak. Bak kata seorang calon Naib Presiden UMNO, ia seperti operasi polis trafik.
Ramai yang tidak pakai talipinggang keledar terlepas kerana polis tidak membuat operasi. Tetapi malang bagi mereka yang ditahan polis ketika melakukan kesalahan itu.
Namun ketelusan rumahtanggan UMNO membersihkan politik wang dikalangan ahli dan pemimpinya jangan diambil kesempatan oleh mereka di luar sana.
Memang patut bagi Tok Ali tidak melayan desakan parti pembangkang untuk beliau meletak jawatan Ketua Menteri.
Inilah UMNO, sekurang-kurangnya parti itu ada Lembaga Disiplin bagi mengekang amalan rasuah di dalam parti. Tetapi bagi parti pembangkang, apa yang mereka ada untuk menghadang kemungkaran yang berlegar di dalam selimut?
Friday, March 20, 2009
PELANCONG TUNGGU NIZAR IRINGI SULTAN KE ISTANA NEGARA
Deretan kenderaan-kenderaan yang membawa duli-duli Tuanku Raja-Raja Melayu dan wakil baginda memasuki perkarangan istana menarik perhatian mereka.
Kenderaan disertai pengiring masing-masing dengan lambang terpampang di setiap kereta mereka, dan ADC di sebelah pemandu, membuatkan pelancong teruja. Bukan mudah untuk dapat melihat suasana itu.
Mengapa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak disertai Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang masih mengaku dirinya Menteri Besar Perak? Sebaliknya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengiringi Sultan Perak pada mesyuarat itu.
Mungkinkah Datuk Seri Nizar sudah insaf dan mengaku beliau bukan lagi Menteri Besar Perak? Atau mungkin juga beliau sudah dapat menerima hakikat telah melakukan kesilapan kerana menderhaka kepada sultan, dan tak perlu 'menyelit' untuk mengiringi baginda.
Wednesday, March 18, 2009
MARILAH BERMUHASABAH
Tapi hakikatnya di dalam UMNO memang begitu. Gejala politik wang masih berlaku.
Ia bermula di peringkat akar umbi lagi. Bermula dengan pemilihan Ketua Cawangan, ahli jawatankuasa Bahagian, G7 dan semua jawatan yang dipertandingkan.
Namun tidak dinafikan, pada akhirnya perwakilan akan memilih calon yang terbaik daripada kalangan yang baik-baik. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, parti akan dipimpin oleh mereka yang rasuah.
Perjuangan untuk menentang politik wang dalam UMNO tidak semudah sebagaimana yang dislogankan. Ia memerlukan komitmen yang tinggi oleh setiap ahli parti.
Sebagai ahli UMNO saya amat kecewa dengan senerio itu. Apa yang termampu, hanya berdoa agar UMNO tidak terkubur seperti terkuburnya beberapa parti di negara lain.
Daripada keputusan yang diumumkan itu, cuma satu pesanan saya kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti serta Panel Rayuan Lembaga Disiplin UMNO. Jika rayuan mereka diterima setelah Lembaga Disiplin mendapati mereka bersalah, ia akan dilihat lemah dan fungsi lembaga itu tidak akan berguna lagi.
Kepada ahli-ahli UMNO, bacalah apa yang terkandung dalam tiga rencana yang tersiar di Utusan Malaysia ini. Ambil iktibar dan bermuhasabahlah!
RENCANA 1 :
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG amat faham perasaan Ali Rustam pada masa ini. Awang juga boleh menyelami perasaan para penyokongnya sekarang.
Keputusan Lembaga Disiplin UMNO semalam yang menyabitkan Ali dengan salah laku tataetika parti harus dijadikan iktibar oleh semua pihak.
Anggaplah keputusan itu sebagai satu pengajaran, yang walaupun pahit, tetapi untuk kesejahteraan UMNO dan umat Melayu.
Sebagai pemimpin besar dalam UMNO, kita pasti Ali lebih mengutamakan kepentingan parti daripada segala-galanya. Tindak-tanduk yang songsang hanya akan merugikan semua pihak.
Jika dulu Tan Sri Isa Samad boleh menghadapinya dengan penuh sabar, mengapa tidak Ali dan pengikutnya?
Sebagai pemimpin dinamik yang berupaya membawa negeri Melaka ke tahap yang terbaik, kita yakin lambat laun Ali akan berjaya juga di dalam perjuangannya itu.
Awang sentiasa percaya apa yang berlaku itu mempunyai nilai hikmah yang cukup tinggi.
Hikmah itu bukan sahaja untuk Ali dan pengikutnya, malah lebih daripada itu ialah untuk direnungi oleh ahli-ahli dan para pemimpin parti itu keseluruhannya.
Oleh itu, Awang berharap Ali dan para pengikutnya bertenang, bersabar - rapatkan semua barisan demi agama, bangsa dan negara.
Awang – Berserah kepada Allah SWT
RENCANA 2 :
Demi parti akurlah keputusan Lembaga Disiplin UMNO
LEMBAGA Disiplin UMNO telah membuat keputusan - calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini. Sementara beberapa pemimpin yang bertanding jawatan utama parti itu diberi amaran dan dibebaskan kerana tidak bersalah.
Bagi sesetengah ahli UMNO keputusan ini mengejutkan dan boleh dipersoalkan. Maka pelbagai versi dan teori tentang pertimbangan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO akan dikaji dan diperhalusi dengan membandingkan kes-kes hampir serupa yang terdahulu.
Dalam jarak masa pemilihan UMNO hanya minggu depan sudah tentu keputusan itu mengundang rasa terkilan dan marah di kalangan para penyokong pemimpin berkenaan.
Tetapi mereka kena ingat bahawa inilah dunia politik. Mereka perlu faham - politik itu segalanya serba bermungkinan.
Sebenarnya politik wang wujud dalam banyak parti politik termasuk pembangkang, tetapi dalam UMNO, ia dilakukan secara terbuka lebih-lebih lagi ketika pemilihan agung parti. Ini lebih berbahaya.
Soalnya, di mana letaknya integriti pemimpin UMNO sekarang hingga tidak rasa malu untuk melakukan amalan politik wang?
Apa pun Lembaga Disiplin UMNO telah menjalankan amanah dan permintaan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kes politik wang diselesaikan sebelum seseorang yang didakwa itu bertanding.
Dan seperti mana kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita juga berharap semua ahli UMNO terutama Mohd. Ali sendiri boleh menerima keputusan Lembaga Disiplin UMNO ini dengan hati terbuka.
Dalam keadaan sekarang yang mana UMNO dilihat lemah, tindakan disiplin ini jangan dijadikan senjata untuk memporak-perandakan rumah tangga UMNO dengan bibit-bibit perpecahan.
Bahang kempen pemilihan yang semakin dekat ini tidak wajar diperhangatkan dengan berita berbaur fitnah dan bukan-bukan untuk disebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Demi kestabilan politik dalaman UMNO, perkara yang memudaratkan imej parti perlu dihentikan. Usah dilayan dan disebarkan bahan-bahan SMS dan laporan blog yang berunsur tohmahan.
Semua ahli UMNO perlu akur dengan keputusan Lembaga Disiplin. Bukan UMNO tidak sayang terhadap pemimpin tertentu, tetapi nama baik parti lebih utama.
Perkara yang lebih penting, mereka harus disedarkan kenapa langkah-langkah tegas seumpama ini perlu diambil sekarang.
Hakikatnya UMNO perlu tunjukkan keberanian untuk memerangi politik wang. Inilah masanya membuktikan UMNO serius untuk memerangi masalah politik wang dalam parti.
Ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa kegagalan mereka menangani politik wang, secara langsung akan menjejaskan lagi keyakinan orang Melayu kepada parti ini.
Pemilihan parti perlu dijalankan dengan telus dan bersih kerana ia merupakan peluang untuk membersihkan nama baik UMNO yang terjejas sejak kebelakangan ini.
Jadi UMNO perlu tunjukkan keseriusan memerangi gejala politik wang bagi memastikan parti itu kukuh dan disenangi rakyat. Rakyat sedang memerhatikan tingkah laku dan arah tuju perjuangan politik orang UMNO.
Kita berharap semua pemimpin dan ahli parti Melayu ini bersikap terbuka terhadap sebarang tindakan disiplin ke atas mereka yang didapati bersalah.
Kepada calon yang dikenakan tindakan serta penyokong-penyokongnya, akurlah demi agama, bangsa dan negara
RENCANA 3 :
Suburkan kembali perjuangan UMNO
Oleh ANUAR AHMAD
Pertandingan untuk merebut jawatan di dalam Parti UMNO akan berlangsung lagi akhir bulan Mac ini. Pada masa yang sama seperti selalunya, bekas pimpinan UMNO yang sayangkan parti unggul untuk orang Melayu ini memberikan nasihat. Ahli-ahli parti khususnya di kalangan pemimpin digesa segera berubah jika parti ini ingin terus berkuasa.
Malangnya teguran dan nasihat mereka dipandang sepi oleh kepimpinan UMNO khususnya di peringkat cawangan dan bahagian. Unsur-unsur negatif seperti politik wang semacam sudah sebati dengan sebahagian kepimpinan UMNO hari ini.
Pelbagai saranan dan cadangan untuk UMNO juga diberikan bagi memulihkan kembali kredibiliti UMNO di mata rakyat. Selain diwujudkan Jawatankuasa Disiplin Parti dan membawa pemimpin yang mengamalkan politik wang ke muka pengadilan parti, tidak kurang ada juga yang telah digantung dan dipecat daripada jawatan parti kerana pelbagai jenis kesalahan khususnya yang melibatkan politik wang.
Semua keadaan ini menunjukkan sangat perlu kepimpinan UMNO kembali diinsafkan dengan sejarah perjuangan UMNO yang terbina lebih 60 tahun lalu tatkala menentang Malayan Union. Malah mungkin ramai di kalangan pimpinan muda dalam UMNO yang sudah mulai lupa sejarah awal kewujudan UMNO demi melindungi orang Melayu daripada cengkaman kuasa asing khususnya British melalui Malayan Union.
Idea mewujudkan sebuah kesatuan atau perkumpulan untuk melindungi serta menjaga orang Melayu mula disuarakan pada awal tahun- tahun 1920-an. Kesedaran tentang pentingnya sebuah badan politik Melayu diwujudkan sering dizahirkan melalui tulisan-tulisan golongan intelektual Melayu dari kaum muda di dalam akhbar Seruan Azhar, Al Iman, Lembaga Melayu dan juga Majlis.
Idea ini sebenarnya dikembangkan oleh pengaruh yang diperolehi semasa mengikuti pengajian mereka di Asia Barat khususnya Mesir dan Arab Saudi. Pada tahun 1938, tertubuhlah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak meniup semangat nasionalis Melayu dan mula menuntut kebebasan daripada pemerintahan British.
Malangnya KMM tidak mendapat perhatian masyarakat Melayu. Ketika itu orang Melayu belum sepenuhnya memahami perjuangan nasionalis yang berbeza dengan bentuk penentangan bersenjata yang dipimpin oleh Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol Said dan Datuk Maharaja Lela yang bersifat kenegerian.
Tamatnya Perang Dunia Kedua membuka babak kewujudan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu. UMNO adalah tanda bersatunya orang Melayu menentang cadangan Malayan Union yang dibawa oleh British melalui wakilnya Sir Harold Mac Micheal.
Kewujudan Malayan Union jelas sekali menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu serta mencabar hak kuasa politik orang Melayu. Malayan Union menyebabkan orang Melayu bangun untuk menyuarakan hak serta rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan British.
Sebagai tindak balas terhadap cadangan Malayan Union, pemimpin Melayu telah berhimpun di Ipoh pada 30 November 1945, sebulan selepas cadangan Malayan Union dikemukakan kepada raja-raja Melayu. Sebagai menyatakan sokongan kepada perhimpunan ini, raja-raja Melayu juga telah turut hadir.
Sepanduk 'Hidup Melayu' menjadi identiti kepada perhimpunan orang Melayu. Kemuncak kepada perhimpunan menentang Malayan Union ialah Kongres Melayu Se-Malaya Kedua yang diadakan pada 11 dan 12 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Hasil kongres ini dengan sebulat suara meluluskan penubuhan Parti Melayu yang pertama di kenali sebagai Pertubuhan Melayu Bersatu. Zaa'ba kemudiannya mencadangkan ditambah perkataan National atau Kebangsaan menjadi namanya United Malays National Organizatiton (UMNO).
Selanjutnya satu mesyuarat agung UMNO yang pertama telah diadakan pada 12 Mei 1946 dan Dato' Onn Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Kerajaan British dalam situasi ini tiada pilihan selain mengiktiraf UMNO sebagai badan tunggal yang mewakili orang Melayu.
Maka sejak itulah UMNO dizahirkan sebagai satu-satunya wadah penyatuan orang Melayu. Dalam UMNO terkandung para ahlinya yang terdiri daripada pentadbir kerajaan, guru, alim ulama dan sebagainya. Hasil kesatuan yang kuat di kalangan orang Melayu maka UMNO berjaya mendesak sebuah kerajaan imperalisme British untuk menarik balik pelaksanaan Malayan Union.
Akhirnya akibat tekanan serta desakan kuat UMNO, Malayan Union telah digantikan dengan konsep Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan kuasa raja-raja Melayu dikembalikan semula.
Fasa UMNO di bawah Dato' Onn merupakan fasa orang Melayu bersatu menentang Malayan Union dan orang Melayu berjaya melakukannya dengan berkesan sekali. Fasa kedua di bawah Tunku Abdul Rahman juga menyaksikan penyatuan orang Melayu bersama kaum Cina dan India untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan orang Melayu sekali lagi berjaya melakukannya.
Era UMNO pada zaman Tun Abdul Razak menyaksikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan bagi memastikan orang Melayu berjaya di dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Walaupun belum mencapai 30 peratus seperti yang disasarkan sehingga tahun 1990, orang Melayu kini telah memiliki 18 peratus ekuiti di dalam negaranya sendiri. Sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya menyusun satu perancangan untuk memastikan kemajuan orang Melayu ditingkatkan.
Malangya peranan UMNO pada awal abad ke-21 gagal menyaksikan kegemilangan penyatuan Melayu subur seperti di awal penubuhannya. Imej rasuah, kronisme, kepentingan kebendaan dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi parti menyebabkan perjuangan UMNO hilang semangat murninya.
Apalah lagi yang boleh difikirkan oleh rakyat kalau dengan hanya sepenggal menjadi wakil rakyat sudah ada di kalangan Yang Berhormat mempunyai koleksi kereta mewah dan kediaman mewah jutaan ringgit, jauh melampaui pendapatan tahunan serta elaun keraian yang diperolehi sepanjang berkhidmat untuk rakyat.
Siapakah yang bakal menggantikan tokoh lagenda seperti Tun Abdul Razak yang meninggal dunia tanpa memiliki kediaman sendiri kerana sibuk menguruskan kebajikan rakyat? Malah betapa sedihnya bila bekas Perdana Menteri ini pergi meninggalkan kita tanpa memberitahu keluarganya sendiri penyakit yang dihadapinya.
Beliau lebih rela memberikan sepenuh masanya untuk kebajikan rakyat dan terus memimpin orang Melayu walaupun tahu nyawanya sudah sampai di penghujung. Orang Melayu bertuah memiliki pemimpin seperti Tun Abdul Razak dan kita memerlukan lebih ramai pemimpin Tun Abdul Razak untuk memimpin kita hari ini dan masa depan.
Pemimpin UMNO harus menyedari bahawa selain mempertahankan perkara-perkara yang tersebut di dalam perlembagaan seperti kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan bumiputera, tiga perkara lain yang menjadikan seseorang pemimpin sentiasa dekat di hati orang Melayu.
Pertama ialah pemimpin yang memperjuangkan agar orang Melayu segera keluar daripada kemiskinan. Kedua, pemimpin yang dapat merealisasikan impian orang Melayu untuk menjadi muslim sejati dan ketiga pemimpin yang memiliki sikap yang bersederhana tetapi bermoral tinggi.
Pemimpin muda UMNO yang mempunyai ketiga-tiga perkara ini dan dapat menterjemahkannnya dalam bentuk tindakan akan diterima oleh orang Melayu sepenuhnya.
Malah jika semua pemimpin UMNO menggerakkan tindakan kepada ketiga-tiga perkara di atas, parti UMNO tentu akan kembali diterima oleh orang Melayu dalam masa yang singkat.
Percayalah bahawa kebanyakan undi ketika PRU 12 untuk pembangkang dalam pakatan pembangkang merupakan undi protes orang Melayu semata-mata terhadap kepimpinan UMNO, sedangkan hati mereka masih kukuh dan percaya kepada semangat perjuangan UMNO.
Oleh kerana orang Melayu merupakan teras dalam Barisan Nasional (BN), pimpinan UMNO harus berani untuk mengutamakan prinsip-prinsip Melayu-Islam-DEB dalam ideologi UMNO dan BN.
Jika UMNO segera keluar daripada kepompong bobrok kebendaan dan kembali kepada perjuangan asal bangsa Melayu era merdeka pasti UMNO akan kembali kuat mendapat sokongan orang Melayu.
Secara sejarah, orang Melayu bukanlah 'penganut' kapitalisme yang bernafsu besar, mereka lebih cenderung untuk hidup aman dan bahagia dalam keadaan yang sederhana. Menjanjikan dan 'menghadiahkan' kepada orang Melayu dengan segala janji kemewahan dunia setiap kali pilihan raya tidak akan membawa UMNO dekat di hati orang Melayu.
Semoga imej UMNO kembali pulih demi survival Melayu di Malaysia. Pemimpin Melayu mesti menyedari bahawa kekuatan bangsa datangnya daripada kesatuan yang jitu. Demokrasi dialu-alukan untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama tetapi itu tidak bermakna pemimpin Melayu perlu mengorbankan asas-asas kesatuan bangsa Melayu semata-mata wujudnya pandangan yang berbeza di antara mereka. Hidup Melayu, Melayu Bersatu.
Penulis merupakan Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
FILEM GENG (UPIN & IPIN) MELETUP!
Saya yang jarang-jarang masuk pawagam, boleh mengatakan filem ini hebat dan menghiburkan. Pawagam masih penuh, lebih-lebih lagi musim cuti sekolah ini. Kami hanya dapat menonton tayangan jam 9:30 malam di The Mine.
Filem animasi ini hasil kreatif anak-anak muda tempatan di Les'Copaque Production. Ia dengan mudah dapat mengalahkan kepuasan penonton yang selama ini disogokan filem arahan Prof Madya Razak Muhidin, yang entah apa-apa tu!
Les'Copaque Production sebenarnya berjuang bermati-matian untuk dapat meneruskan slot di pawagam-pawagan pada musim sekolah ini. Karenah birokrasi pemilik pawagam!
Minggu lalu (10 Mac) kutipan untuk hari Jumaat hingga Isnin sudah mencecah RM5.72 juta dan 732,225 orang sudah menonton. Ia hampir mengalahkan kutipan Jangan Pandang Belakang (RM5.78 juta).
Saya rasa selepas minggu keempat tayangan berakhir dan masuk musim cuti sekolah ini, ia dapat mengatasi filem No.1 Box Office buatan Malaysia iaitu Lagi-lagi Senario yang dapat mengutip RM6.33 juta.
Dan dalam perkembangan terbaru Les' Copaque kini sedang bersiap-siap untuk menerbitkan filem aksi pertamanya (bukan animasi). Syarikat itu kini sedang mencari seorang Pengarah disamping krew serta eksekutif penerbitan untuk filem itu.
Mereka yang berminat sila hubungi alamat di bawah :
Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G, Seksyen 13,
40100,Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Tel: +603 – 5511 8089
Fax: +603 – 5511 8086
Email: webmaster@lescopaque.com
Tuesday, March 17, 2009
TOK ALI TAK BOLEH BERTANDING
Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO.
Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.
Monday, March 16, 2009
CELAKA ANJING!
Celaka punya anjing atau tuan anjing yang celaka.
Dalam kesesakan orang ramai (majoritinya orang melayu) berjual beli, ada sepasang suami isteri keturunan Cina membawa anjing berbulu lebat berjalan-jalan di celah-celah kesesakan.
Lintang pukang pengunjung dan penjual melarikan diri mengelak daripada tersentuh anjing itu. Lebih-lebih lagi penjual makanan yang terdedah.
Namun pasangan itu tidak mengendahkan gelagat orang ramai, sekadar terus mendukung dan mendakap haiwan kesayangan mereka. Namun masih ternampak ada diantara pengunjung yang tersentuh.
Gelagat pasangan 'anjing' itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina sendiri dan India.
ALAHAI PENDUDUK PUCHONG
Gobind juga pada masa penggantungannya itu tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli Parlimen.
Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum itu dibahaskan selama hampir sejam.
Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan proses pengundian, semua anggota pembangkang bertindak keluar Dewan.
Akhirnya usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara.
Dalam usul yang dibentangkan Nazri, Gobind perlu dikenakan tindakan tersebut berikutan kenyataannya mendakwa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan selain beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kenyataan Gobind itu merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan.
Kemuncak hari-hari yang sedih buat penduduk Puchong.
Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya, sebagai seorang daripada puluhan ribu penduduk Puchong bagaimanapun tidak nampak apa yang telah dilakukan Gorbind di kawasan ini.
Apa yang jelas kepada saya, hanyalah hujah-hujah beliau di parlimen yang tidak memberi faedah kepada kami di kawasan Parlimen ini.
Saya rasa kalau tidak ada ahli Parlimen di kawasan ini pada masa ini, pun tak apa. Pembangunan yang pesat yang telah dan sedang dilakukan di Puchong adalah hasil usaha pemimpin sebelum ini.
Kadang-kadang ramai sangat yang pandai bercakap di parlimen tu, tetapi sedikit sahaja yang pandai melaksanakannya di kawasan masing-masing.
Harap-harap penduduk Puchong tidak lagi tersalah memilih wakil di Parlimen.
Sunday, March 15, 2009
PA KENA PANDAI JAGA IMEJ BOS
Temu janji dan cara berpakaian pada satu-satu majlis, biasanya akan diserahkan kepada PA untuk menyelaras.
Bayangkan jika PA tersalah memberitahu boss mengenai cara berpakaian pada majlis rasmi yang dihadirinya. Malu besar bos jika semua yang hadir berpakaian longsuit, dia seorang sahaja yang berbaju batik! Lebih-lebih lagi apabila bos mempengerusikan mesyuarat peringkat kementerian.
Yang tak sedapnya pulak ramai yang menunggu lama di pejabat untuk bertemu bos sebagaimana dijanjikan, tetapi temujanji mereka tidak ada dalam senarai.
Rupa-rupanya senarai temujanji yang ada di tangan bos tidak sama dengan senarai di fail PA kerana tidak dikemaskinikan pada saat akhir.
Kalau itulah hakikatnya, tak salahlah jika bos melenting kepada PA. Lebih-lebih lagi jika PA sudah bekerja berpuluh tahun dengan bos. Ia sungguh memalukan dan menjejaskan reputasi bos.
Macam Paklah, beliau sering dicop tidak menepati waktu dan sering terlambat menghadiri sesuatu majlis. Rupa-rupanya, kadang-kadang PAnya salah memberi waktu majlis perlu dihadarinya.
Saturday, March 14, 2009
CALON BN DI 2 BUKIT & 1 BATANG
1. Parlimen Bukit Gantang - Bekas Ketua Penerangan serta Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian.
2. DUN Bukit Selambau - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan.
3. DUN Batang Air - Jurutera Jabatan Pertanian, Malcom Mussen Lamoh.
IKTIBAR UNTUK ANAK-ANAK KU
INILAH RUMAH SAYA
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Laporan penuh di sini.
Friday, March 13, 2009
MINUM PAGI DI RESTORAN MAMAK
Warga emas keturunan Cina itu sudah mencecah lebih 80 tahun umurnya. Sambil membaca akhbar berbahasa Cina mereka mengulas mengenai kandungan berita di dalamnya.
Kerana tertarik dengan perbahasan kedua-duanya walaupun tidak mengetahui maksud yang dibincangkan, saya bertanya mereka apa isu yang dibualkan.
Salah seorang yang agak peramah menjelaskan mengenai hukuman tiga tahun penjara yang dikenakan terhadap wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.
Wartawan televisyen Al-Baghdadiya, Muntadar Al-Zeidi didapati bersalah atas tuduhan menyerang seorang pemimpin asing.
Muntadar, 30 tahun kini menjadi terkenal di seluruh dunia dan mendapat sanjungan penduduk Arab dan banyak negara lain.
Kata lelaki itu, apalah sangat penjara tiga tahun, tetapi kesannya amat mendalam dan apabila keluar penjara nanti dia boleh berbangga serta mendabik dada kerana perbuatannya yang memalukan pemimpin yang dibenci dunia itu.
Lelaki itu kemudian melanjutkan perbualan dengan kami mengenai pelbagai isu masakini.
Gelagatnya yang bersemangat berbual dengan kami menarik perhatian pelanggan lain di restoran itu.
Menurutnya sebenarnya Malaysia lebih kaya daripada Singapura. "Singapo ta lak kaya, dia itu ada kapal mari saja. Tapi Malaysia ada sawit, ada minyak, ada mayak. Tapi apa pasat talak kaya?"
Itu olang besat-besat talak baghuit. Mayak under table.
Itu menteli besat nombor satu sapa? Itu Malaysia punya menteli besat", sambil meminta saya memberi jawapan.
"Itu mini sudah mati, belakang lagi mayak susah lagi dia dapat", sambung dia.
Saya masih tidak dapat menangkap lagi maksud dia.
"Isa Samad ka? negeri sembilan punya Menteri Besar?" jawap saya.
"Bukan lah itu olang.......", jelasnya dengan panjang lebar.
"Perdana Menteri ka?" jawap saya. "A...iya, iya.
"Apa pasal sama dia?" tanya saya.
"Itu ha, macam cina cakap, olang sudah gali lubang dalam-dalam, dia lagi kasi gali itu lubang."
"Itu menteli tol dulu, bikin kawin anak, ada mayak besat kenduli, saya ada latang sama saya punya menantu, mayak besat itu kenduli. Mana dia dapat itu luit?".
Saya dan isteri hanya banyak mendengar, dan sesekali menyampuk.
"Itu Sultan Selangor mayak baghuit. Dia kasi minta itu menteli tunjuk harta. Kasi tunjuk la berapa rumah, kereta. Nanti kalau sudah satu tahun mayak rumah, banyak kereta. Itu luit mana dapat, orang tau ho..."
Saya kemudian mencelah, "itu Anwar apa macam?".
"Ha..ada baghuit, tapi dia mayak salah. situ salah, sini salah", katanya.
"Jadi apa uncle mahu?" saya tanya lagi.
"Aya...apa mau mayak-mayak. Itu pemimpin ha, kasi tolong sama orang sudah la...tolong sama orang susah".
Menyedari jam sudah hampir pukul 10 pagi, kami berdua minta diri untuk beredar.
Di kaunter bayaran, mamak cashier memberitahu ada empat warga emas macam dua lelaki itu setiap pagi minum di restorannya.
Thursday, March 12, 2009
SURVEY RESULTS 'NOT ACCURATE'
Prof Dr Ahmad Atory Hussein, a lecturer at the public administration and law faculty of Universiti Sains Malaysia in Penang, said what was also important was the number of people interviewed for a survey and whom they represented.
"Different sectors of respondents would have different perceptions and views. It is most important to take into account who the people interviewed are for the purpose of the survey."
He was asked to respond to a survey conducted last month by Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia of Universiti Malaya.The survey, involving some 2,030 respondents including 163 Umno delegates, showed that there had been a drastic change in the pole position in the impending Umno election since nominations were last tallied.
It showed that Tan Sri Muhyiddin Yassin, who secured about twice the number of nominations of his competitors for the deputy president's post, was lagging behind his closest rival, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Muhyiddin had the support of 35 per cent of respondents compared with 54 per cent for Ali. Another candidate, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, remained in third place with 11 per cent of the votes.
Ahmad Atory said the survey was unfair and not well represented.He said more than 2,700 delegates would be involved in the Umno election while the survey only involved 163 delegates.
-nst
Wednesday, March 11, 2009
NAFI PAK LAH RUNDINGAN DENGAN ANWAR
"Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi (semalam)," kata beliau dalam blognya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, beliau dijadual ke Madrasah Nurul Iman sempena sambutan Maulidur Rasul dan meraikan ulama Sheikh Mahmud.
"Antara tetamu adalah ulama dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain.
"Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.
"Saya dan (isteri, Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin," katanya lagi.
Semalam kes liwat Anwar disebut semula dan Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh baru perbicaraan.
"Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba.
"Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama yang hadir.
"Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ke Parlimen," katanya lagi.
Abdullah dan Anwar kemudian berada di Parlimen untuk mengikuti sesi pembentangan Pakej Rangsangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyangkal dakwaan Sayuti Omar dalam blognya bahawa Abdullah dan Anwar telah berunding di Hulu Langat.
-mStar
Foto : Blog Shamsul Iskandar
Tuesday, March 10, 2009
KEDUDUKAN TERKINI CALON UMNO
PETALING JAYA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin mendahului calon-calon lain masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda Umno.
Kedudukan tersebut diperoleh berdasarkan tinjauan menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.
Tinjauan itu dijalankan oleh pensyarah Universiti Malaya bulan lalu membabitkan 2,030 respondents termasuk 163 perwakilan yang akan menghadiri persidangan agung tahunan parti itu.
Foto : Prof Dr. Abu Hassan Hasbullah
Laporan New Straits Times yang memetik kajian kendalian Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, bagi jawatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperoleh jumlah pencalonan paling tinggi kini berada di belakang Mohd. Ali.
Muhyiddin dan Mohd. Ali, kedua-duanya Naib Presiden Umno, masing-masing memperoleh 54 dan 35 peratus sokongan responden tinjauan itu.
Seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Naib Presiden dan Ketua Penerangan Umno, berada di kedudukan ketiga dengan 11 peratus sokongan.
Tiga calon bertanding jawatan tersebut.
Bagaimanapun kajian yang dikenalikan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menunjukkan seramai 66 peratus mengharapkan Muhyiddin manakala seramai 48 peratus mahu beliau menyandang kerusi itu.
Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pula, Khairy dikatakan memperoleh sokongan 46 peratus berbanding Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun dan Exco Pemuda Umno, yang berada di tempat kedua dengan 39 peratus sokongan.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut sokongan yang diperoleh seorang lagi calon iaitu Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.
Dalam pada itu, saingan bagi jawatan Ketua Wanita dilihat memihak kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperoleh 53 sokongan berbanding Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz.
Peratus sokongan bagi Rafida juga tidak disebut.
Pemilihan bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan berlangsung pada 25 Mac manakala peringkat pusat pula keesokan hari.
Jawatan Presiden telah pun dimenangi oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tanpa saingan.
Tinjauan itu juga mendapati Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di kedudukan utama bagi saingan jawatan Naib Presiden.
Daripada kalangan lapan calon, Zahid memperoleh 23 peratus undi berbanding calon popular sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran memperoleh hanya enam peratus sokongan.
Dua calon lain, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, masing-masing Menteri Luar dan Menteri Pelajaran, memperoleh 18 peratus dan 14 peratus sokongan untuk menduduki kedudukan kedua dan ketiga selepas Zahid.
PETIKAN : MsTAR
Original text from NST:
PUTRAJAYA: The pole position in the impending Umno election race has changed drastically since nominations were last tallied, according to a Universiti Malaya survey concluded last month.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam is in pole positionTan Sri Muhyiddin Yassin, who secured about twice the number of nominations as his competitors for the deputy president's post, is now said to be lagging behind his closest rival, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, who has the support of 54 per cent of delegates compared to his 35 per cent.
Another candidate, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, remained in third place with 11 per cent of the votes in the survey conducted by Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia of the university.
The survey had some 2,030 respondents, including 163 Umno delegates.In the same survey among members of other political parties, including Barisan Nasional components, 66 per cent preferred Muhyiddin, while 48 per cent of the public felt he should hold the post.
The survey of Umno ordinary members showed that 47 per cent wanted Ali as deputy president. However, if the numbers were lumped together, the difference in support for Ali and Muhyiddin was a mere two per cent, with the former securing 43 per cent.
The micro study on Political Influences of the 2009 party election, in detailing the strengths and weaknesses of the three candidates, said that a majority of candidates concurred that Muhyiddin was the most "intelligent, charismatic", the candidate with the best "international relations" and the one with "leadership".He was also the one that "people trusted the most", the report said, adding that Muhyiddin was also viewed as the least corrupt.
However, he lost out to Ali in terms of "popularity, diplomacy" and "political experience".Muhammad was picked as the most experienced candidate but was also viewed by respondents as the one with the most problems related to perceptions on nepotism, cronyism and corruption.He recorded 48 per cent, compared with Ali and Muhyiddin, with 29 and 23 per cent, respectively.
The survey also concluded that Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who led in the number of nominations for the vice-presidents' posts, has ended up as the one with the least support in the eight-candidate list.Hishammuddin, who is vacating his Umno Youth chief post , is losing out to Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who from the start had been trailing a spot behind him.Zahid, according to the survey, secured 23 per cent of votes compared to Hishammuddin's six per cent.
The survey, which said that results from Sarawak, Sabah, Kedah and Perlis would only be processed later this week, also revealed that Datuk Seri Dr Rais Yatim and Datuk Seri Mohd Khaled Nordin had gone up to second (18 per cent) and third (14 per cent) positions respectively.In the battle for the Wanita chief post between Tan Sri Rafidah Aziz and Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, it said that the latter was in the lead with 53 per cent.
The current standing of popularity among the three contenders for the Youth chief post showed leading nominee Datuk Mukhriz Mahathir moving down to second place with 39 per cent, while the wing's current deputy chief Khairy Jamaluddin had the support of 46 per cent of respondents.
Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, who was racing head and head with her competitor Datuk Shahaniza Shamsuddin, had fallen to third place, with the latter taking top spot with 27 per cent. Datin Ismalina Ismail was in second place.
-'nst-online'
BAJET RM10 BILION TIDAK CUKUP
Bajet melebihi RM10 bilion itu dijangka memberi inisiatif dan insentif untuk merangsang semula ekonomi. Ia juga sebagai langkah untuk mengelak Negara daripada terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi.
Sektor perkilangan khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) dijangka menerima durian runtuh untuk memastikannya kekal bertahan dalam menghadapi cabaran yang semakin sukar.
Bajet mini itu juga dijangka menumpu langkah untuk meningkatkan pendapatan serta menambah perbelanjaan pengguna.
Namun apa yang perlu diakui bahawa rakyat harus menerima hakikat bahawa situasi ekonomi negara terkesan hasil daripada keadaan ekonomi global yang dipelopori Amerika Syarikat.
Sebelum ini November lalu, sejumlah RM7 bilion peruntukan diumumkan. Maklumat daripada beberapa pegawai kerajaan menyatakan RM5 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan operasi manakala selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan.
Adakah bajet RM10 billion itu cukup untuk mengeluarkan Malaysia daripada situasi ekonomi global?
Kebanyakkan ahli ekonomi lebih cenderung untuk melihat sekurang-kurangnya sejumlah RM15 bilion diperuntukkan. Jumlah itu dikatakan angka yang wajar untuk membolehkan defisit bajet kerajaan meletakkan KDNK pada sasaran melebihi 7 peratus, berbanding 4.8 % ketika ini.
Mengambil kira sejumlah RM7 bilion yang diumumkan sebelum ini, jumlah keseluruhan bajet adalah sebanyak RM17 bilion, atau kira-kira 2.5 % daripada KDNK.
Apapun keputusannya, tunggu pembentangannya petang ini.
Sunday, March 8, 2009
RASULULLAH S.A.W APABILA DUDUK
Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a.
Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW.
Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu.
Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya.
Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya).
Dan apabila ada yang meminta pada Baginda sesuatu hajat maka Baginda selalu memenuhi permintaan orang itu, atau apabila tidak dapat memenuhinya Baginda selalu berkata kepada orang itu dengan perkataan yang baik.
Semua orang selalu puas dengan budi pekerti Baginda sehingga mereka selalu dianggap sebagai anak Baginda dalam kebenaran dengan tidak ada perbezaan sekikit pun di antara mereka dalam pandangan Baginda.
Kemudian majlis Baginda itu adalah tempatnya orang yang ramah-tamah, malu, orang sabar dan menjaga amanah, tidak pernah di majlisnya itu ada yang mengeraskan suaranya, di majlisnya itu tidak akan ada yang mencela seseorang jelek dan tidak akan ada yang menyiarkan kejahatan orang lain.
Di majlisnya itu mereka selalu sama rata, yang dilebihkan hanya ketakwaan saja, mereka saling berlaku rendah diri (bertawadhu') sesama mereka, yang tua selalu dihormati dan yang muda selalu disayangi, sedangkan orang yang punya hajat lebih diutamakan (didahulukan) dan orang-orang asing (ghorib) selalu dimuliakan dan dijaga perasaannya."
SITI JARUM USIK TV9
TV9 mahu ke mana?Kalau tak silap Siti, pada awal dulu saluran TV9 mensasarkan kelompok penonton Melayu dan dewasa. Siti melihat sasaran itu sangat tepat pada masa itu. Stesen televisyen selalu terlupa bahawa orang Melayu dan dewasa juga menjadi penyumbang kepada rating.
Mereka pula mempunyai kuasa membeli bagi stesen televisyen memancing pengiklan.
Untuk penonton pelbagai kaum yang muda termasuk Melayu, mereka sudah ada TV3. Tetapi golongan berumur tidak diberikan banyak program di TV3. Maka TV9 menjadi pelengkap, apa lagi banyak program bercorak Islam. Ini benar-benar memberi kepuasan kepada golongan sasaran TV9.
Tapi sekarang Siti tengok TV9 agak tersasar daripada konsep asal. Kelihatan juga TV9 mahu jadi TV3 dengan menyulam elemen-elemen pop yang berlebihan. Kalau sudah jadi TV3, lebih baik tengok TV3 saja. Penonton memilih TV9 kerana apa yang mereka mahu tidak terdapat di TV3. Ini adalah antara rungutan penonton TV9 kepada Siti.
Kata mereka, program-program yang menjadi tarikan di TV9 serta bercorak agama sudah terpelanting ke larut malam. Sepatutnya program itu pada waktu perdana. Tapi waktu perdana diambil oleh program yang lebih kurang sama dengan TV3.
Apabila Media Prima mempunyai banyak saluran televisyen, mereka boleh menjuruskan sasaran yang lebih tepat kepada penonton. 8TV misalnya untuk penonton Cina, ntv7 sasaran kepada masyarakat urban, TV3 untuk pop dan remaja dan TV9 untuk golongan Melayu dan peringkat umur dewasa.
Bagaimana pun apabila TV9 mahu mencuri konsep TV3, Siti melihat ini bukanlah suatu yang baik sama ada kepada TV9 dan juga penonton yang sudah jatuh hati dengan TV9. Kita kena realistik bahawa tak semua penonton suka dengan konsep TV3 yang terlalu menjurus kepada konsumerisme.
Siti fikir lebih elok kalau TV9 kembali kepada konsep asal dulu. Daripada reaksi yang Siti dapat, kelahiran TV9 telah memenuhi keperluan golongan sasarannya. Kena ingat itu.
SITI JARUM: Manis dan sopannya pengacara-pengacara TV9
Petikan : Mingguan Malaysia
Komen : Akupun sering terserempak dengan peminat-peminat TV9 kat luar tu. Yang tak sanggup didengar dah ada yang mengata, "TV9 dah murtad ke?" Akupun kini jadi keliru, lebih-lebih lagi dengan CHOPP!
Saturday, March 7, 2009
TERKESAN DENGAN TITAH UCAPAN TUANKU SULTAN
Saya mendapat tahu Tuanku Sultan akan menyentuh berkaitan orang Melayu pada titah ucapan baginda, terutama mengenai kemelut politik yang sedang melanda orang Melayu kini.
Saya menghubungi ADC Sultan, Komander Ramly untuk mengesahkan perkara itu. Namun sahabat saya itu hanya mampu mengesahkannya secara umum kerana isi kandungan titah ucapan masih rahsia dan embargo. Beliau hanya dapat menyatakan titah ucapan Tuanku Sultan kali ini 'class' dan sebagai 'wake-up call' kepada orang Melayu.
Ternyata setelah mengikuti titah ucapan itu hadirin termasuk saya rasa tersentuh terutama apabila Tuanku Sultan melafazkan ayat-ayat di bawah.
" Pepatah Melayu ada mengatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", tetapi memandangkan keadaan kucar-kacir yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu, adakah orang Melayu akan kekal di dunia ini? Jawapannya, tentulah kekal, tetapi apalah gunanya jika orang Melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan".
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang duduk di barisan atas (high table) dilihat tersenyum-senyum seolah-olah ucapan itu hanya ditujukan khusus kepada kumpulan pesaing beliau.
"Beta merasa kesal, mengapa sejak kebelakangan ini tersebar di media elektronik dan media cetak suara-suara lantang yang mempersoalkan tentang kedudukan orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini, padahal seperti yang Beta katakan tadi perkara ini telah dipersetujui sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Apa yang lebih menyedihkan Beta, suara-suara lantang ini datangnya daripada orang Melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi-bahasa dan tidak merasa segan atau malu".
Menyedari pentingnya mesej yang disampaikan Sultan, pihak istana termasuk Komander Ramly menghantarkan email teks titah ucapan itu kepada saya. Malam itu juga kedua-dua stesen TV9 dan TV3 memuatkan intipati titah ucapan baginda sebagai berita utama dengan panjang lebar.
p/s : Yang saya tidak lupa keikhlasan dan kesudian Komander Ramly menjemput saya makan semeja dengan beliau bersama-sama pegawai-pagawai Istana dan Pejabat Menteri Besar, walaupun saya hanya berbaju kemeja lengan pendek dan tidak bersongkok berbanding mereka yang lengkap berbaju Melayu.
Cuma yang tak sedapnya, Setiausaha Sulit MB tidak menunjukkan kemesraan kepada saya berbanding yang lain.
Friday, March 6, 2009
SULTAN SELANGOR SEDIH ORANG MELAYU BIADAP
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
DI MAJLIS PERASMIAN
MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH,
JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR.
PADA 6 MAC 2009 BERSAMAAN
09 RABIULAWAL 1430 H (JUMAAT)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala., Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian pembinaan semula Masjid Sultan Abdul Aziz yang menjadi nadi penggerak masyarakat Islam di tengah-tengah bandar Petaling Jaya ini. Beta berharap, majlis yang diadakan ini akan mencetuskan semangat perpaduan di kalangan rakyat serta masyarakat di sini dan juga dapat memberikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh masyarakat disini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan lebih baik dan sempurna, terutama sekali untuk memberikan keselesaan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Masjid ini telah dibina, dan dinamakan sempena nama Ayahanda Beta pada tahun 1964. Oleh sebab Petaling Jaya telah berkembang maju dan rakyatnya semakin bertambah serta dinaik-taraf menjadi bandaraya, maka keperluan untuk menampung lebih ramai jemaah adalah perlu, maka masjid ini telah dibina semula sesuai dengan taraf Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya. Beta ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyumbangkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Juta untuk pembinaan semula masjid ini yang telah diuruskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Zainul Ariff bin Haji Hussain semasa beliau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak swasta serta individu yang turut membantu dalam proses pembinaan semula masjid ini. Beta tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya yang telah bersabar dalam menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk beribadah sementara menantikan siapnya pembinaan semula masjid ini.
Sesungguhnya masjid adalah tempat yang mulia di dalam Islam. Namun begitu masjid bukanlah semata-mata tempat untuk menunaikan sembahyang berjamaah sahaja, tetapi ia juga adalah merupakan sumber utama pembinaan kekuatan ummah dan juga merupakan tempat yang boleh menyatukan umat Islam secara menyeluruh.
Menyedari hakikat inilah maka kita harus berusaha menjadikan masjid sebagai satu institusi yang penting dan utama bagi mengembalikan perpaduan dan kekuatan ummah. Mendidik ummah supaya bertaqwa kepada Allah, merasa mulia dengan Islam, menyayangi dan taat setia kepada tanah air serta sedia berkorban untuk bangsa, agama dan negara.
Oleh itu, para pegawai masjid yang dilantik bukan sahaja mesti mempunyai kelayakan akademik yang tertentu bahkan mempunyai sifat keperibadian yang tinggi serta mempunyai karisma yang terbaik sebagai pemimpin masyarakat. Dalam masa yang sama mestilah sanggup turun bersama-sama dengan masyarakat dalam semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan setempat. Laksanakanlah tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, saling membantu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Selain itu, pihak-pihak yang terlibat perlulah memandang serius dan prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana kedamaian rumah Allah Subhanahu Wata’ala ini. Hindarilah gejala-gejala pecah amanah, perebutan kuasa, dengki mendengki, fitnah memfitnah, menimbulkan unsur hasutan, unsur-unsur campurtangan politik dan perkauman, unsur-unsur ajaran sesat serta gejala-gejala lain yang buruk sehingga boleh memporak-perandakan kesatuan Umat Islam bahkan mencacatkan imej kemuliaan masjid ini.
Di kesempatan ini, Beta ingin meluahkan rasa kesal dan dukacita serta kebimbangan Beta terhadap orang-orang Melayu di negeri Selangor ini yang mana telah berpecah belah, disebabkan oleh berlainan fahaman politik. Pepatah Melayu ada mengatakan “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”, tetapi memandangkan keadaan kucar-kacir yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu, adakah orang Melayu akan kekal di dunia ini? Jawapannya, tentulah kekal, tetapi apalah gunanya jika orang Melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan. Sudah lupakah orang Melayu akan sejarah negara kita? Di mana dengan kesepakatan, kesefahaman serta bersatunya orang-orang Melayu maka tercapailah kemerdekaan tanah air yang kita kasihi ini.
Beta merasa kesal, mengapa sejak kebelakangan ini tersebar di media elektronik dan media cetak suara-suara lantang yang mempersoalkan tentang kedudukan orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini, padahal seperti yang Beta katakan tadi perkara ini telah dipersetujui sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Apa yang lebih menyedihkan Beta, suara-suara lantang ini datangnya daripada orang Melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi-bahasa dan tidak merasa segan atau malu.
Orang Melayu telah diasuh dari zaman nenek moyang kita di atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat. Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati. Di manakah orang Melayu sekarang? Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri.
Beta telah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di Negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata.
Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lima puluh tahun dan telah maju serta boleh bersaing di dalam dunia global ini. Adakah orang Melayu mahu melihat semua kemajuan yang dicapai ini hancur lebur dan kehidupan seharian menjadi porak-peranda hanya disebabkan oleh fahaman politik dan bergaduh sesama sendiri.
Sekali lagi Beta menyeru kepada rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku, dan bertanya kepada diri sendiri, adakah kita mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup dalam suasana harmoni seperti yang kita nikmati ini berterusan? Atau bertelagah sesama sendiri dan tidak menghiraukan lagi adat dan budi bahasa, hormat menghormati dan membelakangkan undang-undang untuk kepentingan sendiri sehingga negeri yang kita dikasihi ini akan menjadi musnah dan mundur seperti negara-negara dunia ketiga.
“Bersatulah Orang Melayu, Apabila Ada Isu-Isu Kepentingan Orang Melayu Dan Agama Islam”
Beta sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar Negeri Selangor yang kita kasihi ini sentiasa dilindungi dan dirahmati, tidak ditimpa mala-petaka dan rakyatnya yang berbilang kaum hidup dengan aman sejahtera, harmoni dan terus maju.
Akhirnya dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Pembinaan Semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz , Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor.
Sekian,
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Wednesday, March 4, 2009
PROGRAM 'HUJAH' TERLEWAT 30 MINIT KERANA KESESAKAN
Semua panelis dan kebanyakan tetamu yang sepatutnya memenuhi ruang Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka terlewat tiba.
Mereka terperangkap di dalam kesesakan teruk.
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba tepat waktunya setelah menaiki motosikal anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari pasukan pengiring Timbalan Perdana Menteri dari Putrajaya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Datuk Seri Mohd Najib.
Seorang lain panelis yang juga calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad tiba 15 minit kemudian menaiki motosikal kapcai dengan tidak bertopi.
.
Saya yang tiba jam 9 malam di hadapan Istana Negara, mengambil masa 45 minit untuk sampai di Dewan Bahasa dan Pustaka
Sebahagian tetamu pula hanya memenuhi ruang dewan selepas setengah jam program HUJAH ke udara.
Tuesday, March 3, 2009
SIDANG DEWAN NEGERI PASIR DUA BUTIR
Dewan Undangan Negeri (DUN) dah jadi macam pertunjukkan silap mata atau sarkas. Boleh dibuat di bawah pokok di tanah lapang. Memang tepat sebagaimana saya katakan dalam entri sebelum ini. Lebih kurang 50 orang awam menyaksikannya pertunjukkan itu yang diadakan jama 10 pagi tadi.
Ia diadakan kira-kira 50 meter di luar pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Semua ahli yang menghadiri sidang Dewan itu sebulat suara menyokong dua usul yang dicadangkan oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja.
Persidangan DUN di kawasan lapang di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu mengemukakan usul memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Mereka turut mengusulkan supaya DUN dibubarkan agar pilihan raya negeri dapat diadakan.
Sunday, March 1, 2009
ZAHID HAMIDI & ISA SAMAD BERTEMU DI 'HUJAH'
Dua calon Naib Presiden UMNO akan melontarkan pandangan masing-masing mengenai masa depan UMNO pada program 'HUJAH' di TV9 selasa ini, 3 Mac 2009.