Saturday, September 6, 2008

TELEFON BIMBIT WAJAR DIBENARKAN DI SEKOLAH

Mesyuarat AJK PIBG yang saya pengerusikan pagi tadi turut membincangkan masalah pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Pelbagai tindakan dikenakan oleh pihak sekolah tetapi kegiatan membawa telefon ke sekolah terus berlaku.

Menurut pengetua sikap ibubapa yang turut mengalakkan anak-anak mereka membawa alat komunikasi itu ke sekolah, menyebabkan masalah itu berterusan.

Pernah pihak sekolah menyimpan alatan itu sehingga enam bulan, tetapi pengetua menerima ugutan daripada bapa seorang pelajar yang juga seorang pegawai kanan Jabatan Pelajaran.

Ada juga ibubapa yang mahu pihak sekolah menyimpan terus telefon anaknya itu sehingga peperiksaan tamat kerana didapati ia mengganggu pelajarannya.

Pada mesyuarat itu saya mahu pihak sekolah menggunakan budibicara ketika bertindak dalam menguatkuasakan peraturan itu.

Pernah satu ketika peraturan itu dilonggarkan oleh Kementerian Pelajaran. Namun disebabkan desakan beberapa pihak, kelonggaran itu ditarik balik.

Bagi saya kemudahan dan perkembangan teknologi tidak perlu dinafikan. Cuma apa yang perlu dilakukan mengawal penggunaannya supaya tidak mengganggu pembelajaran di sekolah.

Alatan itu kini sangat penting kepada ibubapa terutama untuk mengesan anak-anak mereka, dan penggunaannya tidak perlu disekat.

4 comments:

Kulupbana said...

Salam Sdr Lokman,
Wajar penggunaan telefon bimbit dikekang pada peringkat sekolah. Teknologi hari ini meletakkan fungsi telefon bimbit bukan sekadar penghubung komunikasi tetapi juga sebagai perakam suara dan aksi. Bahaya tu ..

Lagipun pelajar sekolah menengah sekarang dah mula pandai mengatur pertemuan cinta remaja mereka melalui talian telefon bimbit.

Memang ada kelebihannya tetapi jika 10 faktor keburuksn mengatasi 8 faktor kebaikan, maka elok saja putuskan larangan penggunaan tetapi hendaklah diberi justifikasi dan kesan mudaratnya supaya semua ibu bapa dan pelajar lebih jelas dan berpuas hati.

Dulupun di zaman kita, manalah ada telefon bimbit berjenama mahal ni; tak ada masalah pun.

Satu lagi saudara, sewaktu saya di kerusi YDP PIBG, saya akan pastikan penggunaan ungkapan
'saya sarankan atau saya cadangkan pihak sekolah bukannya saya mahukan pihak sekolah'.

Siapalah kita nak menentukan polisi pentadbiran sekolah. Betui dak?

Maaf bro and selamat berpuasa. Teruskan perjuangan mendokongi masyarakat.

Anonymous said...

Mengapa hanya di sekolah menengah saja? Kalau benar mengganggu ia semsti tidak boleh dibawa ke dewan kuliah di universti dan kolej. Mengapa yang mengganggu pelajar sekolah menengah sahaja? Apakah alat yang sama itu tidak mengganggu pelajar kolej dan universiti?

Hisamuddin jangan hanya fikirkan keris saja ye...

Anonymous said...

Salam....pada pendapat saya tak wajar benarkan budak sekolah bawa telefon ke sekolah..ye lah..namapun budak skolah..still bebudak lagi..tak kira lah sekolah menengah ke sekolah rendah ke..sama je...kalu nk kasi bawa pun leh gak..tapi pihak sekolah yang tolong simpankan sepanjang sesi pembelajaran. lps tu after school kasi le balik kat budak2 tu. itu pendapat sy le...

Anonymous said...

Di sesetengah universiti ada kawasan yang perlu di 'bar' untuk elak gangguan pembelajaran. Mungkin sekolah boleh laksanakan kaedah itu.
Lok