Wednesday, September 17, 2008

SURAT TERBUKA KEPADA DSAI DARIPADA SEORANG PENGIRIM

Saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketenteraman dan kebebasan, memohon jasa baik Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menganggu ketenteraman dan kestabilan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia bersama rakan-rakan pembangkang yang lain dengan memomokan rakyat dengan kerakusan DSAI dan rakan-rakan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Malaysia.

Sebagai seorang ahli politik senior DSAI perlu mengakui hakikat, piliharaya umum telah pun dijalankan, dan majority rakyat Malaysia telah memilih kerajaan yang mereka kehendaki melalui proses demokrasi dan rentetan daripada itu tidak perlu lagi DSAI cuba melakukan satu pakatan untuk menjadikan Malaysia sebagai medan menunjukan kejaguhan berpolitik.

Terimalah hakikat ini secara tenang dan hati terbuka bahawa kerajaan yang ada sekarang ini telah dipilih oleh rakyat dengan 114 kerusi walaupun tidak mempunyai majority 2/3 .

Sebagai ahli politik yang senior sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat jika mahu berkuasa iaitu melalui pilihanraya ke 13, bukannya dengan melakukan pidato dan sidang akhbar yang Cuma retorik serta tidak menjanjikan apa-apa kebaikan kepada rakyat Malaysia.

Saya sebagai rakyat Malaysia terasa DSAI hanya terlalu mementingkan survival politik serta diri sendiri dan bukannya nasib rakyat yang memerlukan seorang ahli pembangkang yang disegani dan menjadi kayu ukur serta penilai dalam sebarang rancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia samada bermanafaat terhadap rakyat bawahan atau sebaliknya, kerana melalui tingkah laku DSAI dan rakan-rakan pembangkang hanya akan menjadikan rakyat takut dengan ancaman keamanan yang sekian lama dirasai, serta dengan iklim ekonomi global menambah buruk sentimen ekonomi di pasaran saham tempatan ditambah pula dengan perilaku DSAI akan menyumbang kepada ketakutan pelabur asing untuk melabur di negara ini, ini akan hanya menyusahkan rakyat marhaen jika dilanda kegawatan ekonomi seperti tahun sebelum ini. DSAI dan rakan pembangkang juga harus meletakkan kehormatan kepada pengundi-pengundi yang telah memilih calon mereka, kerana mereka telah melakukan kerja keras sepanjang PRU 12 untuk memenangkan calon masing-masing, tetapi dengan cara DSAI mahu menubuhkan kerajaan melalui memujuk MP kerajaan dari BN jelas menunjukkan DSAI bukanlah seorang yang bermoral tinggi serta menghormati pandangan orang lain, tetapi lebih kepada kuasa dictator kerana sanggup mengenepikan pilihan rakyat, DSAI sebagai seorang muslim pasti amat maklum dengan istilah AMANAH, apatah lagi jika cuba mempengaruhi orang supaya tidak AMANAH dengan apa yang telah diberikan oleh pengundinya ditukar ganti dengan menyertai pakatan DSAI, maka ini pasti menunjukan perilaku seorang muslim yang buruk lagi tidak beretika, mahu tidak mahu DSAI juga akan dianggap sebagai tidak beretika dan berakhlak mulia sebagai seorang muslim.

Janganlah cuba mempermainkan rakyat Malaysia, kerana majority rakyat Malaysia bukan lagi tidak tahu membaca dan menilai, malah DSAI bukan sahaja cuba mempermainkan rakyat Malaysia, tetapi kepada mata dunia , lambat laun orang akan tahu DSAI cuma beromong kosong. Sebagai rakyat Malaysia yang amat cintakan keamanan dan keharmonian kaum serta kestabilan politik negara , berhentilah dari membuat kenyataan kosong serta menggusarkan majority rakyat Malaysia dan pikullah tanggungjawab sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang pastinya memerlukan perhatian DSAI , terutama rakyat miskin di kawasan DSAI yang memerlukan bantuan kewangan serta perhatian sepenuhnya, jika tidak sekalipun , jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai bulan DSAI bermuhasabah kenapa rakyat tidak memilih pakatan rakyat, dan jika itu pun tidak mampu , hormatilah bulan ramadhan sebagai bulan yang majority orang islam menumpukan ibadah puasa sepenuhnya, dan jika itu pun tidak mampu, maka DSAI perlu berdiam diri dan tidak menganggu ketenteraman orang lain beribadah.

Berikanlah tanggungjawab memilih kerajaan kepada rakyat, bukan melalui rundingan sesama ahli parlimen sahaja, sesungguhnya ahli parlimen BN yang telah dipilih adalah dipilih melalui saluran yang jujur serta sempurna, oleh itu hormatilah kehendak rakyat majority bukan kehendak nafsu dan mabuk kan kuasa semata-mata.

Semoga DSAI mendapat taufik dan Hidayah sepanjang bulan ramadhan ini.

7 comments:

Aku said...

cool letter!

Anonymous said...

salam'alaik...

salam ramadhan dan selamat berpuasa kpd anda. semoga ramadhan kali ini lebih baik drp yg sebelumnya...sy agak tertarik dgn posting drp "seorang pengirim" nie..

hujah yg dikemukan terlalu sempit...harus di buat kajian mendalam apa itu politik,sejarah politik di msia dan fungsinye...kejaguhan politik,survival politik ini hanya layak utk org2 be-end yg hanya ada kepentingan shj! jika dulu msia sama level ekonomi dgn singapura,jepun,korea,thailand kenapa skrg ekonomi msia jauh ketinggalan dan sebaris dgn ekonomi negara kelas ketiga? ada kah disebabkan kebodohan pemimpin2 be-end yg korup,mementingkan diri sendiri? rakyat sudah bosan,jelik,benci dgn be-end dan ketahuilah rakyat bukan nye bodoh!

Anonymous said...

Adakah ada jaminan tidak berlaku korup bila Pie Ar mengambil alih.

Adakah jaminan ekonomi akan lebih mantap jika Pie Ar memerintah sedangkan ekonomi global terus merundum dengan keboleh kepercayaan di Amerika juga menurun.

Terror sangat ke 'pak sheikh' kita tu? Apa track record dunia yang telah diciptanya sehingga memakmurkan Malaysia?

Yang pastinya rakyat semakin resah gelisah!

Anonymous said...

jaminan hanyala kata2 retorik sahaja...kenapa hendak kan jaminan sedangkan ia nye tidak diberi peluang? belajar dari sejarah..hijrah itu penting...semak semula mcm mana kejatuhan sistem khalifah....jika tidak belajar dr sejarah,tidak mustahil suatu hari nanti bangsa itu akan musnah....

pokok pangkalnye berubah!hijrah!berubah itu lebih baik drp dihina oleh cucu cicit dikemudian hari!

Anonymous said...

Maka hebohlah di media-media bahawa DS Anwar adalah pengancam ekonomi dan keselamatan negara. Oleh kerana batang tubuh DS Anwar seorang boleh menentukan jatuh bangunnya ekonomi negara dan boleh memberi impak kepada keamanan negara. Wah!! saya sendiri pun tidak menyangka begitu hebat sekali pengaruh DS Anwar sehinggakan seluruh pelabur di dalam dunia ini akan terpengaruh dan mengikut cakap DS Anwar. Benarlah bak kata Mantan PM, Tun Mahathir bahawa cakap-cakap DS Anwar ini bukan sahaja akan dipercayai oleh rakyat jelata, bahkan iblis pun akan percaya akan kata-katanya. Begitulah pandangan mereka terhadap Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat ini.

Jika itulah pandangan mereka terhadap ketokohan DS Anwar, kita tidak melakukan kesilapan apabila meletakkan beliau selaku PM bila-bila masa mulai sekarang. Bayangkan, jika DS Anwar mampu mengawal pelabur dari luar dan dihormati pula oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, sudah tentu negara kita tidak akan diperlekehkan dan dibuli oleh kuasa besar ini. Bertuahnya kita mempunyai tokoh seperti DS Anwar yang mampu menentukan baik buruknya negara kita. Jelas sekali, tiada tokoh di dalam UMNO/BN yang mampu berbuat demikian kerana ketokohan mereka sendiri pun dipertikai oleh ahli-ahli parti mereka sendiri, jauh sekali untuk dihormati oleh negara luar.

Ketokohan DS Anwar bukan sahaja disegani oleh negara-negara barat, bahkan turut disenangi oleh negara-negara timur dan Arab. Tidak hairanlah jika pelabur-pelabur dari negara-negara timur ini sedang menanti peralihan kuasa di negara kita bagi mereka merancakkan ekonomi negara yang kini sedang terencat. Terima kasih buat media-media perdana dan beberapa pemimpin UMNO/BN yang secara ikhlas mengakui ketokohan DS Anwar. Cuma, mereka lebih menumpukan cerita pengaruh DS Anwar terhadap Amerika Syarikat tetapi lupa untuk menerangkan betapa hubungan DS Anwar dengan negara-negara Islam yang lain. Tujuannya hanya satu iaitu untuk menggambarkan DS Anwar terlalu intim dengan Amerika Syarikat tidak kepada negara-negara Islam yang lain.

Kita patut bersyukur kerana DS Anwar tidak mencari musuh apabila membuat hubungan dengan negara luar. Seorang pemimpin yang baik adalah sentiasa berbaik dengan sesiapa selagi mereka berbaik dan tidak memusuhi kita. Apakah berbaik dengan Amerika Syarikat itu salah? Jika salah dan satu dosa besar, mengapa negara kita perlu menerima pelaburan yang begitu banyak dari negara tersebut? Adakah berhubung baik dengan mana-mana negara bererti kita ingin menjual negara kita kepada mereka? Satu ketika kerajaan memperkenalkan dasar Pandang Ke Timur, apakah dengan dasar tersebut negara kita telah dijajah oleh Jepun atau pun Korea? Pada akal yang lojik, munasabah kah DS Anwar ingin menjual negara tumpah darahnya sendiri? Bagaimana pula dengan kisah sedih dan menyayat hati apabila Singapura dilepaskan dari Malaysia? Bertambah pilu rasanya bila mengenangkan Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura. Apakah ini angkara DS Anwar atau siapa?

Memandangkan pengaruh dan ketokohan DS Anwar yang kebanyakan media dan pemimpin UMNO sendiri akui, adalah begitu tepat sekali jika beliau ditabalkan sebagai PM Malaysia yang ke 6. Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah pemimpin yang adil dan boleh bertoleransi kepada semua rakyat yang berbilang kaum. Pemimpin yang bijak di dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan dunia luar akan menguntungkan negara dan rakyat. Manakala pemimpin yang ditolak oleh penyokong parti mereka sendiri dan ditolak oleh rakyat adalah pemimpin yang lemah dan patut digantikan.

Anonymous said...

Jangan membeli (rasuah mengikut istilah BPR) anggota parlimen untuk berkuasa. Kesian rakyat yang mengundi.

Belum apa-apa dah dimulakan dengan rasuah.....Tunggu jer lah PRU akan datang!

Anonymous said...

DS ANWAR IBRAHIM NEGARAWAN CEMERLANG

Oleh Naspazi | Monday | September 28, 2008

Salam hormat sdra / sdri,

Sesungguhnya hasrat dan impian untuk membangun Persekutuan Malaysia dan warganya ke puncak jaya dengan tamadun yang kaya, moden dan kuat memerlukan seorang negarawan yang dinamik dan komprehensif.

Betapa kewujudan dan pengangkatan ke atas seorang negarawan yang dinamik dan komprehensif ini, dengan kombinasi standard moral dan intelek pada darjah yang tertinggi ke dalam dirinya begitu penting, agar negara dan seluruh warganya mampu dibawa bergerak ke arah satu matlamat, iaitu membangun bersama negara dan warganya menuju ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat bagi mempastikan sungguh-sungguh mampu dan berwibawa membawa negara dan warganya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa.

Kita harus menginginkan pengiktirafan dunia dengan pandangan yang hormat terhadap Persekutuan Malaysia, sebagaimana cendekiawan antarabangsa mengiktiraf YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Tokoh Asia Baru, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur, Lambang Alaf Baru, Guru Asia, Antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia dan saya telah merumus keseluruhan pengiktirafan tersebut sebagai Pemimpin Paling Baik Asia (Anwar the Soundest Leader of Asia), sekalipun dinafikan oleh pimpinan UMNO yang begitu dengki lagi korup.

Mengapa saya begitu bersungguh-sungguh ingin melihat tokoh kita bersama, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemudi kepimpinan baru Persekutuan Malaysia? Jawapannya adalah mudah, sebab mana-mana negara selamanya tidak menjadi perkasa tanpa kewujudan sejenis pemimpin yang perkasa dan berjiwa besar. America menjadi negara perkasa kerana hadirnya George Washington sebagai Presiden. Jepun menjadi negara perkasa kerana hadirnya Meiji sebagai Maharaja.

Justeru, seakan menjadi satu keharusan mendesak bagi kita generasi baru Persekutuan Malaysia untuk mengangkat pemimpin yang berwibawa, dinamik dan komprehensif bagi mengemudi negara Persekutuan Malaysia ke persada antarabangsa sebagai Persekutuan Malaysia Baru yang perkasa, dan rasanya harapan ini jelas adalah milik YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekian.

DAKWAT HITAM KENAPA DIBATAL?
- NASPAZI