Tuesday, September 9, 2008

EMAK AKAN DIPINDAHKAN KE RUMAH KAKAK

Setelah lebih setahun emak di hospital, Isnin ini kemungkinan hajat kami untuk membawa keluar emak tertunai.

Baki seorang jururawat dari Bandung baru tiba kelmarin untuk membantu seorang lagi rakannya merawat emak.

Jumaat ini peralatan rawatan dan perubatan akan dibawa dulu ke rumah kakak di Tanjung Malim. Bilik untuk menempatkan emak sudah disiapkan kakak. Kakak terpaksa berkorban untuk mengemas bilik emak dan menyediakan satu lagi bilik untuk dua jururawat itu.

Ahad ini ketika adik beradik berkumpul untuk berbuka puasa di rumah abang Zahid, perbincangan turut diadakan mengenai penjagaan dan rawatan emak.

Tahun ini kami adik-beradik dijangka beraya di Tanjung Malim bersama emak dan bapak, tidak lagi seperti tahun lalu ketika kami memenuhi ruang di wad ICU emak di Pusat Rawatan Kampung Baru (kini Hospital al-Islam).

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Semoga bonda cepat sembuh.

LEKLOOK said...

Terima kasih Dato