Monday, December 31, 2007

SHAHIDAN JAWAB TUDUHAN RADZI

KANGAR, 30 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan Umno Perlis dalam keadaan kucar-kacir dan tidak bersatu dan jika terdapat sebarang masalah dalaman beliau akan memperbetulkan keadaan dengan segera.Katanya, beliau tidak akan mendedahkan permasalahan dalaman parti secara terbuka namun ia akan dibincangkan secara tertutup.

"Terima kasih (kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad) kerana komen itu," katanya kepada para pemberita ketika diminta mengulas pandangan terbuka Mohd Radzi terhadap kedudukan kepimpinan Umno Perlis semalam.

Semalam, Mohd Radzi yang juga Anggota Parlimen Kangar berkata sepanjang hampir empat tahun menjadi Setiausaha Agung Umno, beliau mendapati Umno Perlis tidak bersatu dan ia memerlukan perubahan kepimpinan.

"Masalah besar saya tak tahu. Kalau tahu tak apa. Apa masalah dalaman saya tak tahu. Semua negeri ada perbezaan pendapat (di kalangan pemimpin) tapi semasa pilihan raya semua perlu bersama," katanya.

Shahidan berkata beliau mengutamakan kekuatan parti terutama menjelang pilihan raya umum dan usaha berterusan dilakukan bagi memantapkan sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang berhubung dengan (masalah) parti, serah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan presiden parti. Saya ambil komen mengenai diri saya secara positif," katanya.

Shahidan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata beliau sangat sayangkan parti dan akan terus melaksanakan mandat yang telah lama diberikan kepadanya untuk menerajui kepimpinan negeri.

"Saya ambil komen mengenai diri saya secara positif. Peribadi saya tak penting. Saya boleh pergi bila-bila masa saja. Yang lebih penting BN dan Umno," katanya.

Menurutnya jentera pilihan raya BN peringkat negeri berjalan lancar dan perkembangan terkini mengenainya telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri.Mengenai perubahan dalam kepimpinan Umno sebagaimana yang disebut oleh Mohd Radzi, Shahidan berkata perubahan itu perlu dilakukan secara bersama.

Katanya, beliau juga sentiasa memberi peluang kepada tiga anggota Parlimen di Perlis untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat bahagian meskipun mereka tidak memegang sebarang jawatan.

Misalnya, katanya, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Azmi Khalid, dilantik sebagai Pengerusi Penerangan Umno Negeri dan Pengerusi BN bahagian Padang Besar meskipun dia tiada jawatan di peringkat bahagian Umno Padang Besar.

Katanya Radzi, yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, juga bebas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bahagian walaupun beliau tiada jawatan dalam Umno bahagian Kangar.

Begitu juga, anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang boleh menghadiri mesyuarat bahagian walaupun tiada jawatan parti di peringkat bahagan Umno Arau.

Sebelum itu, Shahidan menyampaikan sumbangan kewangan RM200 setiap seorang kepada 3,000 penduduk miskin dan ibu tunggal di Kompleks Warisan di sini.-- BERNAMA

Sunday, December 30, 2007

KENALAH JAGA BOS BEB!

KANGAR 29 Dis. – Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan turun ke setiap negeri untuk bertemu dengan semua pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan (JASA) bagi memantau aktiviti yang dijalankan.
Malah katanya, beliau telah pun memulakan lawatan ke beberapa negeri dan mendengar serta meneliti masalah yang timbul.


“Perlis merupakan negeri kelapan yang telah saya kunjungi untuk mengemaskinikan format laporan dan aktiviti yang dijalankan.

“Di antara matlamat pertemuan dengan pegawai-pegawai JASA termasuk memantau semua aktiviti yang telah dan akan dijalankan selain menjawab isu-isu yang dilemparkan oleh parti pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan kembali bertemu dengan pegawai-pegawai JASA selepas 44 hari lawatan itu bagi mengetahui maklum balas yang disediakan termasuk saranan terhadap cara mengatasi masalah dan isu yang timbul.

“Pemantauan juga dilakukan terhadap tahap trend pengundian di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Setiap pegawai diminta untuk melaporkan isu, masalah dan aktiviti di kawasan masing-masing dalam tempoh 44 hari kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO menjelaskan bahawa arahan untuk beliau bertemu dengan pegawai-pegawai dibuat oleh Menteri Penerangan dan bukannya MT.

“Lawatan saya juga bukan untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh 44 hari tetapi mendengar masalah yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai JASA,” katanya.
Sumber : Utusan Online

Saturday, December 29, 2007

PEKONG UMNO PERLIS MULA TERDEDAH

Kemelut politik dalaman UMNO Perlis mula terdedah. Hari ini di Padang Besar, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mahu Menteri Besar ditukar.

Menurutnya walaupun Perlis kecil dan hanya mempunyai tiga bahagian UMNO, tetapi politiknya kucar-kacir dan mengalahkan negeri-negeri lain yang mempunyai berpuluh bahagian.

Dakwa beliau ia berpunca daripada kepemimpinan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Datuk Seri Radzi berkata tiada kerjasama dan harmoni diantara ahli-ahli UMNO di bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar. “Menteri Besar amalkan dasar pecah dan perintah”, katanya.

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga kawasan parlimen di Perlis juga didakwa tiada kerjasama antara satu sama lain. “Sebagai Setiausaha Agung UMNO yang turut meninjau ke seluruh negara, saya berasa malu dengan keadaan itu. Ia sudah menjadi jenaka di kalangan ahli UMNO mengenai kemelut di Perlis”, tambah beliau.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mahu Menteri Besar ditukar dengan kepimpinan yang baru supaya kemelut yang ada dapat dihentikan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ini pandangan dan pemikiran saya sahaja, saya tiada kuasa untuk menukar. Keputusan terletak di tangan Perdana Menteri. Saya bukan nak tunjukan kuat, tetapi masalah ini perlu diselesaikan sekarang demi perpaduan dan kekuatan UMNO”, tambahnya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid turut berada di sampingnya ketika sidang media itu berlangsung.

Namun, ramai yang mengetahui bahawa sejak Datuk Seri Shahidan Kassim dihantar pulang ke Perlis untuk diangkat sebagai Menteri Besar, memang sudah berlaku ‘peperangan’ di kalangan penyokong dalam tiga buah bahagian itu.


Di Padang Besar, perubahan dilakukan dengan Datuk Azmi Khalid melepaskan jawatan ketua bahagian. Di Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad masih menerajuinya manakala di Arau oleh Datuk Seri Shahidan sendiri.

Perlis yang kecil sebenarnya beruntung berbanding Selangor yang hanya diberikan jawatan Timbalan Menteri di peringkat persekutuan.

Selain Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi menjadi menteri. Hanya MP Arau Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail tidak diberi jawatan pentadbiran.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen dikatakan tidak mempunyai banyak masalah antara satu sama lain tetapi mereka menghadapi ‘masalah’ dengan Shahidan dan ianya bukan satu rahsia.

Sebenarnya ketokohan Datuk Seri Shahidan jauh mengatasi ketiga-tiga pemimpin berkenaan. Rakyat Perlis, pada amnya, senang dengan cara dan gaya kepimpinan beliau. Menteri Besar senang mendekati rakyat dan agak ‘pemurah’.

Gaya dan pendekatan yang diguna oleh Datuk Seri Shahidan dikatakan tidak berapa mampu ditandingi oleh ketiga-tiga Ahli Parlimen dari Perlis itu. Beliau memiliki ‘kuasa’ dan ‘kekayaan’ untuk melakukan sesuatu termasuk bermurah hati memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Ketidakserasian barisan kepimpinan di Perlis tidak dihebohkan dalam media tetapi menjadi pengetahuan umum di negeri itu. Semuanya kelihatan baik dan tiada masalah. Itu adalah gambaran luaran, sebelum ‘diletupkan’ oleh Datuk Seri Radzi hari ini.

ZAHID DITUGASKAN PANTAU KAWASAN PILIHAN RAYA

KANGAR 28 Dis. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mendengar dan meneliti setiap permasalahan yang wujud di kawasan pilihan raya tertentu di seluruh negara dan akan kembali ke kawasan berkenaan dalam tempoh 44 hari untuk cuba pula menyelesaikannya.

Katanya, beliau perlu turun padang untuk melihat sendiri dan mendengar setiap permasalahan yang berlaku supaya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenainya.

“Saya akan berusaha menyelesaikan segala masalah yang berlaku di setiap kawasan pilihan raya sebaik dan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Penerangan dan pemimpin UMNO Perlis pelbagai peringkat di sini, hari ini.

Dalam perjumpaan selama sejam itu, beliau turut diberi taklimat oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai persiapan jentera pilihan raya Perlis selain berdialog dengan pemimpin-pemimpin UMNO negeri.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Menteri Penerangan diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan parti untuk memantau kawasan pilihan raya setiap negeri menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak hanya melihat atas kertas kerana katanya, ada kalanya atas kertas dipandang cantik tetapi realitinya tidak begitu.
Sumber : Utusan Online

Friday, December 28, 2007

'GERAK KHAS' TAK MAHIR MENEMBAK

Rupanya Pasukan 'Gerak Khas' daripada Skop Production tidak pandai menembak. Daripada DSP, detektif sehingga konstabel mereka mengutip tidak sampai 50 mata. Tetapi yang mereka mahir hanya mengetuk kerongsong peluru.

Thursday, December 27, 2007

ALON-ALON WATON KELAKON (2)

Susulan daripada lawatan pertama Datuk Ahmad Zahid ke Jogjakarta untuk menjejaki waris sebelah bapa, lawatan kedua diatur pada akhir tahun itu juga yang disertai bapa dan emak selain isteri, anak-anak dan adik-beradik.

Kunjungan kali ini dibawa ke karaton (istana) Sultan Hamengkubuwono X, yang disambut dengan istiadat raja-raja jawa.

Hasil kunjungan itu pihak karaton mengeluarkan dokumen susur galur jurai keturunan dari awal sehingga sekarang yang perlu diisi berdasarkan generasi keturunan.

Dokumen itu disertai cop mohor sultan dan ditandatangani oleh pihak karaton. Namun bahasa dan tulisannya tidak dapat kami fahami kerana menggunakan bahasa dan tulisan kawi (tulisan jawa kuno).





Bagaimanapun seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang membuat kajian mengenai bahasa itu dapat menterjemahkan tulisan berkenaan kepada kami.

Menurut dokumen itu bapa, Raden Hamidi@ Raden Haji Ahmad Tarmidzi adalah keturunan ketujuh. Manakala Datuk Zahid adalah keturunan kelapan daripada kesultanan Mataram yang kini dikenali sebagai Daerah Istimewa Yogyakarta.

Daerah Istimewa Yogyakarta (atau Yogyakarta) adalah sebuah wilayah di Indonesia yang terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan dengan Wilayah Jawa Tengah di sebelah utara. Secara geografi Yogyakarta terletak di pulau Jawa bahagian Tengah.

Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) mempunyai pentabiran yang unik yang dibentuk dengan Keputusan Gabenur DIY. Sri Sultan Hamengkubuwono X pada tahun 2004.

DIY adalah sebuah pemerintahan yang berdasarkan wilayah Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat dan Kadipaten Pakualaman. Selain itu ia ditambahkan dengan beberapa bekas wilayah Kasunanan Surakarta Hadiningrat dan Praja Mangkunagaran yang sebelumnya merupakan wilayah kekuasaan Yogyakarta.

Dikatakan sebagai Daerah Istimewa kerana ia adalah satu-satunya wilayah di Indonesia di mana Sultannya masih berkuasa tetapi dengan status Gabenur melalui pilihan raya setelah Indonesia menjadi Republik.

Wednesday, December 26, 2007

MENEMBAK PISTOL DI PULAPOL

Pusat Latihan Polis atau PULAPOL di Jalan Semarak (dulunya Jalan Gurney), Kuala Lumpur adalah akademik polis yang tertua di Malaysia.

Hari ini seawal jam 7:30 pagi saya sudah tiba di pintu utamanya. Ketika itu pasukan pengawal sedang membuat 'roll call' untuk upacara serah dan terima tugas yang disertai tiupan bugler.

Sebagai pusat latihan tertua, tiada banyak bangunan baru di sekitar kawasan PULAPOL. Manakala sebuah sekolah agama di situ turut terbiar tidak berpenghuni. Rumah-rumah banglo yang dulunya dikhususkan untuk kediaman pegawai, masih terbiar kosong tanpa pemulihan.

Namun Zon Latihan di atas bukit sudah melahirkan puluhan ribu anggota polis yang kini terus setia berkhidmat untuk negara. Di belakang bawah bukit itulah juga terletak lapang sasar yang turut melahirkan penembak-penembak mahir pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di suatu sudut PULAPOL juga dikatakan terletaknya sel tahanan ISA.

Tuesday, December 25, 2007

ALON-ALON WATON KELAKON

(Terlintas nama Jogjakarta, Indonesia teringat akan asal usul keturunan sebelah bapa dari Kerajaan Mataram. Berikut tulisan seorang penulis Indonesia, Achmad Supardi mengenai Datuk Ahmad Zahid Hamidi ketika mula menjejaki kampung asal nenak moyang sebelah bapa. Rencananya disiarkan di Surabaya Post pada 9 Jun 2006).

Deputi Menteri Malaysia Keturunan Jawa ‘Orang Jawa Dikenal Rajin dan Taat Ibadah’ Selama sepekan ini, Deputi Menteri Pariwisata Malaysia, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi sibuk mempromosikan Malaysia Great Sale ke sejumlah kota di Indonesia. Tapi siapa sangka bahwa ia ternyata keturunan Jawa, dan masih bisa berbicara dalam Bahasa Jawa pula? Bagaimana ia bisa sampai ke Malaysia dan menjadi pejabat tinggi di negeri itu? Berikut ceritanya dalam gaya bertutur. Oleh: Achmad Supardi – F.A. Aziz

Keluarga saya yang pertama datang ke Malaysia adalah kakek saya, almarhum Raden H. Abdul Fatah dan nenek saya, almarhumah Raden Hj. Mardiyah. Keduanya datang ke Malaysia tahun 1932 dari Wates, Jogjakarta. Saya tidak tahu persis mengapa mereka pindah, tapi itu mungkin bagian dari program transmigrasi yang digelar pemerintah penjajah waktu itu, atau mungkin juga menghindari sistem feudal dan tekanan hidup yang keras saat itu.

Di Malaysia, mereka kemudian bertempat di Kampung Sungai Nipah Darat, Distrik Bagan Datuk, Negara Bagian Perak. Di sana kakek saya termasuk yang pertama membabat alas dan membangun pemukiman. Beliau juga mendirikan Madrasah Mambaul Ulum. Meski bernama madrasah, ia kemudian menjelma menjadi pondok pesantren (Ponpes).

Setelah beliau wafat, kepemimpinan Ponpes ada di tangan almarhum Raden H. siradj, kakak tertua ayah saya dan kemudian digantikan ayah saya, Raden Hamidi ketika beliau berpulang juga. Ayah saya sendiri anak ke-7 dari 9 bersaudara.

Bagi sebagian orang yang paham budaya Jawa, mungkin keluarga kami adalah perkecualian karena jarang ningrat yang juga sekaligus santri. Ayah saya kemudian menikah dengan ibu saya, Tuminah, yang juga berasal dari Jawa, tepatnya dari Ponorogo.

Alhamdulillah, keduanya masih hidup, ayah saya 85 tahun dan ibu 80 tahun. Keduanya masih di Kampung Sungai Nipah Darat. Asal tahu saja, wilayah ini 100% penduduknya keturunan Jawa. Di sini, semua penduduknya berkomunikasi dalam Bahasa Jawa. Mereka hanya menggunakan Bahasa Melayu untuk berhubungan dengan orang luar, misalnya di kantor atau sekolah.

Para orang tua, katakanlah hingga generasi ayah saya, masih menggunakan Bahasa Jawa halus (krama). Kalau generasi saya hanya paham Bahasa Jawa pasar saja. Kami mengerti bahasa krama, namun tidak bisa mengungkapkannya. Bahasa Jawa juga dipakai dalam forum-forum pengajian, biasnaya bahasa krama.

Orangtua saya memang mengajarkan Bahasa Jawa pada kami, namun saya tidak secara khusus mengajarkannya pada anak-anak saya. Meski demikian, 2 dari 5 anak saya menunjukkan ketertarikan untuk mengerti Bahasa Jawa. Mereka paham Bahasa Jawa, namun tidak pandai dalam mengutarakannya.

Enak juga, lo, bisa berbahasa Jawa. Saya sering menggunakannya untuk menyampaikan hal-hal yang sifatnya rahasia. Kadang kawan-kawan saya bingung, mereka bertanya-tanya saya bicara bahasa apa, tapi biar saja….

Sekarang, alhamdulillah saya berkesempatan mengunjungi wilayah asal leluhur saya. Saya akan ke Jogjakarta tanggal 11 atau 12 Juni ini. Selain urusan promosi wisata Malaysia, saya juga akan mengunjungi Wates, tempat asal kakek saya.

Syukur, kami masih memiliki kontak dengan keluarga kami di Jogjakarta. Saudara sepupu ayah saya masih ada di situ. Ini memang kunjungan saya yang pertama ke Wates. Saya bawa serta istri, 2 putri dan 1 putra saya. Saya kira kunjungan nanti memang akan sangat emosional.

Kenduri dan Bedug Selain bahasa yang masih dipahami banyak kalangan keturunan Jawa di Malaysia, warisan budaya Jawa lainnya juga masih hidup di Malaysia. Di antaranya adalah makanan, adat perkawinan, juga kendurian.

Untuk makanan, misalnya, kami masih suka makan kacang tolo, sop kikil, sambel taun, juga gudeg. Tempe, lauk tradisional Jawa itu, seolah menjadi menu wajib bagi kami. Adat perkawinan juga masih dipertahankan. Hanya saja, hal-hal yang berbau kurafat atau warisan Hindu, kami buang. Sementara untuk kenduri, suasananya masih khas Jawa sejauh yang saya ketahui. Misalnya, ada bag-bagi berkat (bingkisan makanan) di akhir kenduri.

Selain itu, di masjid, musala, juga dalam acara perkawinan masih dipakai bedug. Ini benar-benar khas jawa karena musala atau masjid Melayu tidak mengenalnya. Di luar itu, orang keturunan Jawa juga dikenal karena banyak menjadi tukang khitan (calak).

Orang Melayu pun banyak berkhitan pada mereka. Selain di Kampung Sungai Nipah Darat, Perak, ada beberapa tempat yang juga merupakan komunitas Jawa, mislanya di Kampung Sungai Balai Darat (Perak), juga di kawasan Klang (Selangor) dan daerah-daerah di Johor. Malah dalam komunitas-komunitas Jawa di luar Perak, warna jawanya lebih kental. Termasuk, masih dipakainya nama-nama Jawa.

Jadi jangan kaget kalau menemukan nama-nama seperti Sukarno, Supardi, Tukiman dan sejenisnya. Kalau untuk generasi ketiga seperti saya, nama-nama yang dipakai sudah nama-nama Melayu (Islam).

Terkenal Rajin Meski banyak budaya Jawa yang masih dipertahankan oleh komunitas-komunitas Jawa di Malaysia, namun ada beberapa hal yang sempat mengejutkan saya. Misalnya, orang Jawa dikenal di Indonesia sebagai entitas dengan sifat atau kebiasaan kurang baik seperti lamban sampai ada ungkapan alon-alon waton kelakon (biar lambat asal selesai).

Di Malaysia, orang Jawa justru terkenal sebagai pekerja keras. Sifat pekerja keras ini bukan hanya untuk para tenaga kerja Indonesia (TKI), namun juga bagi warga Malaysia keturunan Jawa.

Selain itu, orang Jawa juga dikenal kuat dalam ibadah, bahkan lebih taat dari orang Melayu sendiri. Sifat lainnya, orang Jawa di Malaysia dikenal patuh pada ketua dan tidak suka menikam dari belakang.

Jadi, sosok Jawa cukup disukai di Malaysia karena sifat-sifat positif itu. Saya terkejut juga, ternyata cap yang sama tidak melekat pada ornag Jawa di Indonesia. Mungkin keturunan Jawa di Malaysia menjadi pekerja keras karena merasa sebagai orang rantau, ya?

Orang-orang UMNO (Organisasi Nasional Melayu Bersatu, partai terbesar Malaysia) tahu bahwa saya orang Jawa. Malah, 10 dari 191 anggota parlemen berasal dari keturunan Jawa.

Menteri Besar (semacam gubernur negara bagian) Selangor, M. Kheir bin Toyo juga keturunan Jawa. Sebagai orang yang memiliki leluhur Jawa, kadang saya trenyuh juga mengetahui berita-berita penyiksaan terhadap TKI, misalnya.

Dua dari 4 pembantu rumah tangga saya juga orang Jawa, asal Solo dan Jember. Dalam hal-hal seperti itu, di forum-forum rapat, saya termasuk yang vokal meminta agar diberikan perlindungan yang baik.

Sebenarnya situasi di Malaysia sendiri baik, hanya saja kalau ada masalah, memang saya termasuk yang paling awal untuk meminta perhatian. Dalam kasus TKI terakhir, misalnya, saya bekerja sama dengan anggota parlemen dari DPR Indonesia, Ade Nasution.

Tentang hal-hal yang sifatnya konflik kedua negara, seperti Ambalat, saya termasuk yang tidak ingin itu membesar. Apalagi di Malaysia sendiri Ambalat memang bukan soal besar. Warga tidak memikirkannya secara serius. Itu hanya masalah dagang, masalah Petronas.

ISU YANG BERBEZA TETAPI SAMA

(Kali ini saya hanya ingin berkongsi maklumat dengan anda berhubung dua situasi di bawah.

Pertama, kenyataan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berhubung pembinaan dan perobohan kuil yang dilaporkan oleh Bernama dan kebanyakkan media hari ini.

Kedua, surat daripada Jawatankuasa pembinaan surau di Kajang Prima, Selangor yang dihantar kepada pemimpin politik dan salinannya kepada kebanyakkan media. Sebelum ini, isu pembinaan surau di taman perumahan itu telah beberapa kali disiarkan di media).


MIC AKAN KEMUKA LAPORAN MENGENAI PEROBOHAN KUIL

KUALA LUMPUR: Kerajaan telahpun meminta MIC untuk terus memantau semua kuil Hindu di negara ini dan membentangkan laporan status secara berkala kepada Kabinet.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu MIC mengemukakan kepada beliau dan Kabinet senarai kuil yang mungkin perlu dirobohkan kerana pelbagai sebab.

"Memandangkan kuil merupakan perkara yang sensitif, pendekatan baru diperlukan bagi menyelesaikan isu itu dan MIC akan memikul sepenuhnya tanggungjawab itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Samy Vellu berkata beliau akan pergi ke semua negeri tidak lama lagi bagi membolehkan beliau menyediakan laporan mengenai jumlah kuil di negara ini dan masalah yang ada untuk dibentangkan kepada Kabinet.

"Mula-mula sekali kami akan mengenal pasti kuil yang dibina secara haram dan menyemak statusnya. Kami ingin tahu jika ada sebarang langkah untuk meroboh atau memindahkannya," kata beliau.

Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata beliau telah meminta Ketua MIC Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan dan Exco Kerajaan Selangor Kamala Ganapathy supaya mengadakan perjumpaan membabitkan ketua kuil di negeri masing-masing.

Beliau berkata antara objektif perjumpaan seperti itu ialah untuk mengesahkan status tanah tempat kuil itu dibina; untuk melindungi rizab tanah di semua kawasan pembangunan perumahan baru dan memohon pendaftaran semua kuil.

"Apa yang lebih penting ialah tapak alternatif yang sesuai perlu diperuntukkan terlebih dahulu sebelum manamana kuil dipindahkan," katanya, sambil menambah perjumpaan di Wilayah Persekutuan dan Selangor masingmasing akan dihadiri oleh 780 dan 870 ketua kuil.

Samy Vellu berkata perjumpaan yang serupa akan dikelolakan di negeri lain, dengan tiga perjumpaan dijadual diadakan di Perak. Beliau akan mempengerusikan kesemua perjumpaan itu.

"Saya akan meneliti semua perkara yang mempunyai kaitan dengan kuil bagi memastikan tiada kuil yang dirobohkan di masa depan. Sekiranya perlu dirobohkan, tapak alternatif yang sesuai mesti dicari supaya penganut agama Hindu boleh terus bersembahyang," katanya.Beliau berkata tiada kuil, sama ada dibina secara sah atau haram, boleh dirobohkan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan MIC.
BERNAMA


JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-SYAKIRIN MAHU KEADILAN

Sent: Sunday, December 23, 2007 1:01 PM
Subject: Majlis Korban & Aqiqah anjuran Surau Al-Syakirin, Kajang Prima pada 22/12/2007

Assalamualaikum,
Alhamdulliah, semalam kami berjaya menjalankan ibadah korban walaupun menghadapi gangguan daripada golongan yang cuba menghalang kami menunaikan tanggungjawab kami kepada agama Islam.


Di sini kami berikan fakta - fakta yang berlaku untuk tindakan & renungan kepada pihak yang mempunyai kuasa supaya berbuat sesuatu sebelum "cempedak menjadi nangka".

1. Tahukah anda, hanya di Kajang Prima untuk melakukan ibadah korban perlu memohon permit walhal satu malaysia juga melakukan ibadah korban tetapi terlupa memohon permit polis. Alhamdulliah, permit polis telah diluluskan oleh OCPD Hulu Langat. Kenapa Kajang Prima sungguh istimewa? Kajang Prima terletak di negara China atau India kah?

2. Tahukan anda, sungguhpun permit polis diperolehi tetapi tetap bermasalah. Beberapa panggilan telah dibuat ke Balai Polis Kajang oleh orang kafir untuk menghalang kami menjalankan ibadah korban, TAHNIAH kepada polis kerana tidak melayan perkara remeh temeh. Bukan ini negara Islam dimana hak menjalankan kegiatan agama dijamin oleh perlembagaan?? Bukan kah gitu....

3. Tahukan anda, seorang kafir cuba memprovoke kami dengan memberi alasan penanaman sisa korban dikatakan mencemarkan alam (dah macam alasan yang digunakan oleh org kafir semasa menentang tanah perkuburan Kota Kemuning ajo).

Sebaliknya orang kafir ini dgn bongkak, mengarahkan kami melakukan ibadah korban di sekolah. Sedangkan orang kafir tidak pernah bertimbang rasa dimana mereka biarkan anjing-anjing peliharan berak di tamam & kawasan lapang dimana kawasan ini dikongsi oleh semua masyarakat.

Pokok - pokok digunakan untuk menambat anjing - anjing mereka sedang perkara ini dilarang dalam undang - undang pihak berkuasa tempatan, mereka tidak pernah kesah pun tentang isu ini kepada jiran - jiran islam & MPKj pun tak ambil tindakan. Dah jadi "Aiman tak kesah" ajo.

Apa org kafir ini ingat negara ini negara bapak dia kah....Bukan kah kita telah diajar supaya memastikan sisa - sisa daging korban & aqiqah harus diuruskan & ditanam dgn sempurna seperti sunah nabi kita, bodoh sangat kah penduduk Islam kajang Prima...Hanya Allah yang tau...

4. Tahukah anda, kami terpaksa mendirikan khemah di jalan kosong semata - mata untuk mendirikan solat dan mengadakan kenduri daging aqiqah. Beginilah realitinya kehidupan penduduk Kajang Prima yang tidak mempunyai surau sebagai pusat aktiviti keagamaan & kebajikan untuk masyarakat Islam.

Inilah realiti keharmonian kaum yang wujud di sebuah taman yang bernama TAMAN KAJANG PRIMA. Taman yang awalnya mempunyai tapak masjid kemudian diambil untuk pembinaan masjid, lepas itu mempunyai tapak surau kemudian ditarik balik hanya kerana bantahan orang kafir & akhirnya hilang semuanya dan merempat untuk menunaikan kegiatan ibadah.Ini lah cerita orang yang mempunyai tanah luas utk rumah ibadat akhirnya sekangkang kera pun tiada.

Cuma kesah yang berbeza, yang haram pon dapat ganti 10 ribu kaki persegi. Itulah beza yang halal & yang haram. Terima kasih!!! Janji hanya tinggal janji...Adakah ini konsep "Islam Hadhari"???Sekian, segala yang baik datangnya daripada Allah dan kelemahan itu datangnya daripada kami, wasallam.

Sunday, December 23, 2007

SUDAH BERSEDIA KE UMNO BERDEPAN PRU KE-12?

Menjelang ‘dry run’ pilihan raya oleh UMNO pada 5 Februari ini masing-masing pemimpin sibuk, terutama di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang dikatakan turut 'panas'. Pemimpin yang mengelabapun ada. Kalau ikut prosedur ‘dry run’, banyak benda yang tertinggal.

Mana nak buka bilik gerakan, mana nak susun jentera, mana nak letak nama jawatankuasa, mana nak masukkan data ‘hand bill’, mana nak cari pengundi, mana dan mana dan mana lagi?

Kalau sebelum ini pelaksanaan ‘dry run’ boleh pejam mata, ‘settle’ ikut pintu belakang, tapi kali ini jangan haraplah. Semuanya akan dipantau. Wakil bahagian akan memantau jentera daerah mengundi yang terdiri daripada beberapa cawangan, wakil perhubungan negeri akan turun dan wakil UMNO pusat juga akan meninjau keberkesanan jentera pilihan raya.

Kini ketua cawangan dan ketua daerah mengundi pening kepala, walaupun ‘set-up’nya mudah sahaja. Yang lebih merumitkan jika daerah mengundi mempunyai banyak cawangan dan ahli-ahlinya pula mengundi di pelbagai daerah mengundi.

Jika tiada penyelarasan antara ketua cawangan, ketua wanita cawangan, ketua pemuda dan ketua puteri cawangan terlingkuplah jentera. Peranan ketua wanita sebagai ketua sepuluh amat penting dalam menentukan status pengundi. Kalau ketua cawangan ‘blur’, ketua wanita ‘blur’, pengundi lagi ‘blur’.

Puteri lagi pening kepala. Sehingga tarikh akhir, masih ada lagi ketua daerah mengundi tidak menghantar senarai nama prospek pengundi untuk dimasukkan ke dalam data ‘hand bill’.

Namun ‘dry run’ pada minggu pertama tahun 2008 ini, akan menentukan keberkesanan jentera pilihan raya UMNO keseluruhannya. Walaupun peratusan yang perlu keluar mengundi hanya ditetapkan 10%, ia mempunyai implikasi dalam menentukan kesiap-siagaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 nanti.

Selepas ini baru dapat ditentukan, sudah bersediakah hulubalang dan bala tentera UMNO untuk berjuang?

Friday, December 21, 2007

LEMBUPUN TAHU NAK DIQURBANKAN

Sempena Aidil Adha umat Islam dianjurkan untuk melaksanakan ibadah qurban. Di Malaysia ternakan lembu dan kambing antara haiwan popular untuk dijadikan qurban selain unta yang diimport dari Australia.

Tapi tahukah anda haiwan yang hendak disembelih juga ada naluri untuk mengetahui ia akan diqurbankan. Dan untuk mengelak ia bertindak ganas ketika ‘rakan’nya disembelih, haiwan yang hendak diqurbankan perlu dilindungi daripada melihat rakannya yang sedang disembelih.




*Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan benbadat kepada Allah.

Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.
Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada kedua-dua beranak tersebut.

Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Syarat-syarat sah ibadat Qurban ialah:

(a) Berniat Qurban ketika menyembelih.
(b) Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 zulhijjah.
(c) Penyembelih orang Islam.
(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
(e) Binatang ternakan yang halal dimakan.
(f) Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Biri-biri/1 tahun atau lebih
Kambing 2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih
Unta 5 tahun atau lebih

Pembahagian daging Qurban adalah seperti berikut:

(a) 1/3 disedeqahkan kepada fakir miskin

(b) 1/3 dimasak untuk jamuan ramai

(c) 1/3 orang yang berQurban

Qurban Nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar.
Lebih afdhal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya.
Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah ataupun masak. Harus disedeqahkan kepada orang kaya.

Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
1. Membaca Basmallah atau takbir; 2. Selawat kepada nabi; 3. Menyembelih pada waktu siang; 4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat; 5. Disembelih oleh orang yang berqurban; 6. Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat; 7. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban; 8. Menggunakan alat sembeliha yang tajam.

Hikmah-hikmah Qurban
1. Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pem­berian Allah.
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban. 7. Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam

BEKAM ANTARA PERUBATAN ALTERNATIF

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.

Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.


(Pusat rawatan reflexiologi turut menawarkan bekam angin menggunakan gelas)

Di Kelantan sebuah kolej dikenali sebagai Kolej Perubatan Akupunktur Nik Omar turut menyediakan dan memberi khursus cara perubatan itu.

Komplek Perubatan Homeopathy & Akupunktur itu terletak di atas tanah seluas 10 ekar merupakan sebuah kolej perubatan alternatif yang terbesar di Malaysia dan juga Asia.

Bagaimanapun ia terpinggir di dalam perkampungan yang sunyi dan holistik - amat sesuai untuk belajar atau berubat.

Wednesday, December 19, 2007

INBOIS REKA SENDIRI

Muka tak malu, guna inbois reka sendiri
Dapat duit untuk makan anak bini
Gaji besar tak cukup lagi

Jadi pentadbir organisasi Islam Hadhari
Anak buah diligan hari-hari
Sumpah seranah hingga lupa diri
Macamlah dia, ada imuniti.

Menjawablah kau kepada Illahi
Berbuat khianat kepada agama, bangsa dan staf sendiri
Sampai ada yang tak tahan, cabut lari
Sekarang sampai giliran kau pula yang menanti

Kalau Paklah tahu, entah apa nak jadi
Belum lagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Orang nombor tiga senang kau kaburi
Lima belas ringgit sekilo, kerang dibeli

Tuntutan dibuat, kerap sekali
Claim di Putrajaya, majlis buat di Bangi
Tapi kedua-duanya sapu sekali
Tak cukup dokumen, inbois reka sendiri

Buat program di sana sini
Jaja nama PM, konon untuk program Hadhari
Tapi rupanya untuk penuhkan poket sendiri
Bukan orang tahu, esok buat lagi

Ya Allah selamatkan lah orang ini
Siapa namanya?…..entah…..Ah!....zzzzzz!

Allahualam!

Saturday, December 15, 2007

MAJLIS PENERANGAN UMNO SENDAT KERANA ISU HINDRAF

Bahagian Penerangan UMNO Malaysia sekali lagi menganjurkan Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa. Nampaknya sejak Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Ketua Penerangan, majlis itu sering kali diadakan.

Seperti biasa majlis dihadiri Ketua-ketua Penerangan UMNO bahagian atau jawatankuasa penerangan bahagian daripada tiga peringkat, penerangan negeri dan jawatankuasa penerangan UMNO Malaysia.

Tidak seperti biasa yang diadakan di PWTC, majlis pagi tadi diadakan di The Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Sambutan di luar jangkaan. Peserta telah melimpah ke luar dewan. Penganjur terpaksa
membenarkan peserta lain bersila di lantai dan memenuhi ruang kosong di dalam dan luar dewan. Salah satu skrin turut dialih ke luar dewan bagi memudahkan mereka mengikuti taklimat yang disampaikan.

Antara ahli panel yang mengambil bahagian, Tan Sri Muhammad yang mengupas isu-isu terkini dan Datuk Dr Rais Yatim (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang juga Ahli Majlis Tertinggi), membincangkan cabaran politik Melayu.

Turut menjadi panel, Datuk Mohd Shafie Apdal (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Majlis Tertinggi) yang memberi taklimat mengenai isu menangani kenaikan harga barangan dan Datuk Shabery Cheek (Setiausaha Parlimen Kementerian Luar yang juga Ketua Penerangan UMNO Terengganu) membincangkan mengenai hubungan politik rumpun Melayu.

Kebanjiran peserta sehingga memenuhi setiap sudut di luar dewan kemungkinan juga berpunca daripada isu Hindraf yang hangat diperkatakan. Tan Sri Muhamad yang memulakan perbincangan berjaya mencetuskan suasana ‘kembang semangat’ di kalangan peserta.

Namun ahli UMNO diajak supaya bertindak lebih matang dan mengelak daripada mengadakan perhimpunan haram sebagaimana dianjurkan Hindraf dan Bersih, walaupun UMNO berupaya menghimpunkan sehingga 500 ribu orang jika mahu.

Menurutnya tindakan Hindraf adalah ancaman yang bukan sahaja dihadapi oleh negara malah orang Melayu. Sikap tolenransi orang Melayu semakin digugat!

Beliau turut membacakan kata-kata Tun V.T Sambanthan ketika berucap di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965, yang mencerminkan persefahaman dan tolak ansur antara kaum yang dijadikan Kontrak Sosial.

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship dan various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did Malay leadership do?

They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.

Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise.

I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”.

And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Ceylonese and others became citizens”

Tan Sri Muhammad juga memaklumkan perjuangan Hindraf bertunjangkan semangat chauvanis yang tinggi dan berpaksikan perjuangan pertubuhan nasionalis Hindu di India yang dikenali sebagai Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

RSS pernah diharamkan di India kerana kerajaan ketika itu menganggap ia sebagai ancaman kepada negara.

*Tetapi yang membuat saya lebih teruja, ketika UMNO mengadakan majlis penerangannya, World Indian Governments & NGO (GOPIO) mengadakan persidangan di sebuah dewan di PWTC yang hanya terletak beberapa langkah dari The Pacific Ballroom.

Thursday, December 13, 2007

RADIN MOKHTAR MD YUSOF KINI BERGELAR DATUK

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor selasa lalu, seorang lagi sabahat saya dianugerahkan gelaran Datuk apabila mendapat Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Radin Mokhtar Md Yusof adalah antara 12 orang yang mendapat anugerah itu. Beliau kini bertugas sebagai Setiausaha Kerja Perhubungan UMNO Selangor dan juga Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, disamping menjadi Pengarah beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Sebelum ini Datuk Radin Mokhtar adalah Ketua Pemuda UMNO Puchong dan juga Ketua Pemuda UMNO Selangor. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Pemuda UMNO pusat di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Radin Mokhtar bukanlah keturunan kerabat diraja jawa yang memakai gelaran ‘Radin’ tetapi orang Melaka yang berhijrah ke Selangor. Ia berbeza dengan adik-beradik saya yang tidak memakai nama ‘Radin’, walaupun bapa dan ramai sepupu saya mengggunakan nama itu di depan nama mereka.

Datuk Radin Mokhtar adalah seorang lagi produk institut pendidikan Yayasan Anda dan ABIM yang diasaskan dan pernah dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. ‘Kilang Kepimpinan’ di Jalan Pantai Baru, Bangsar itu telah mengeluarkan ramai pemimpin, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR ataupun NGO.

Antaranya bekas Exco Selangor Datuk Fuad Hassan (adik Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan), pemimpin PAS Datuk Kamaruddin Jaafar (bekas Ketua UMNO Tumpat), Datuk Kamaruddin Md Noor (Ketua UMNO Pasir Puteh), Dr Fuad Zarkashi (Setiausaha UMNO Johor), Datuk Shakar Shamsuddin (Ketua Penerangan UMNO Pahang dan Exco Pahang), Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Presiden MBM) dan adik saya Mohd Nasaee Haji Ahmad Tarmidzi (bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Perak dan kini Ketua Penerangan UMNO Bagan Datoh).

Rangkaian mereka luas. Walaupun mereka kini mempunyai fahaman politik yang berbeza-beza, hakikatnya mereka adalah hasil dari kilang yang sama.

Sunday, December 9, 2007

KELUARGA ALLAHYARHAM JOFRI IBRAHIM PERLUKAN BANTUAN

Tersentuh hati apabila membaca sebuah laporan di Berita Minggu hari ini. “Anak bekas penerbit TV3 dapat kerusi roda” – begitulah tajuk pada sebuah ruang berita di halaman 8 seksyen nasional.

Ahmad Ibrahim Jofri, 4 tahun iaitu anak kepada bekas Penerbit Kanan Berita Allahyarham Jofri Ibrahim yang menghidap penyakit celebral palsy menerima kerusi roda daripada UMNO Bahagian Pandan.

Otak kiri Ahmad Ibrahim bertakung air sejak kecil. Ketika hayatnya, allahyarham Jofri sering meminta kebenaran saya atau meminta menukar jadual kerja bagi menghantar anaknya itu untuk menjalani rawatan di hospital.

Saya lebih tersentuh apabila berita itu melaporkan balu Jofri, Fatehah Ahmad, 42 tahun tidak mampu menyediakan kemudahan seperti itu untuk anaknya. Menurutnya kos saraan Ahmad Ibrahim melebihi RM400 sebulan, tidak termasuk perubatan dan saraan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

Menurut Fatehah bebanan yang dipikulnya bertambah berat sejak kematian suaminya dua tahun lalu. Dan selama ini dia hanya menggunakan wang simpanan peninggalan suaminya untuk meneruskan hidup kerana dia tidak bekerja.

Selain penyakit Ahmad Ibrahim yang memerlukan perhatian kerana dia tidak mampu bergerak mahupun bercakap, keluarga ini juga memerlukan bantuan perumahan..

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Datuk Mad Aris Mad Yusof selaku Ketua UMNO Bahagian yang sudi menghulurkan bantuan itu. Walaupun bekas majikan Allahyarham Jofri pernah menghulurkan bantuan pada saat lepas kematiannya, tetapi saya belum mendapat tahu kesusahan keluarga ini mendapat perhatian TV3 pada masa ini.

Terima kasih juga kepada Berita Harian kerana melaporkan berita mengenai keluarga Allahyarham Jofri. Saya juga berharap agar rakan-rakan yang mengenali Allahyarham Jofri dapat membantu keluarga ini. Insyaallah kita juga boleh berusaha untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan beban keluarga ini.

Wednesday, December 5, 2007

BERITA TV9 MAHU TINGKATKAN MUTU PERSEMBAHAN

Walaupun keluarga Berita TV9 kecil tetapi majlis rempas otak (brain storming) dan hari keluarga yang diadakan di The Woods Resort, Ulu Yam masih tetap meriah.

Majlis itu adalah komitmen warga kerja Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV9 yang diterajui Ketua Editor, Sa’adullah Che Noor untuk memertabatkan Berita TV9 sebagai antara sumber berita yang unggul di negara ini.


Walaupun siaran Berita Tv9 hanya bermula 1 Januari 2007, keupayaannya dalam menambat hati ramai penonton menjadi suntikan semangat untuk mereka berusaha lebih gigih lagi.





Monday, December 3, 2007

TAHNIAH BRIG JEN MASRANI

Saya turut berbangga seorang lagi skot saya telah dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral seterusnya dilantik sebagai Panglima 5 Briged di Sabah. Brig Jen Masrani Paiman telah dipakaikan pangkat itu pada 24 November lalu. Pada 9 Disember ini majlis serah dan terima tugas akan berlangsung di Kota Kinabalu. Tahniah!

Kini Brig Jen Masrani menyertai kelab Jeneral bersama seorang lagi skot, Brig Jen. Datuk Ackbal Samad, Panglima Logistik TUDM yang juga bekas juruterbang MiG-29.

Email Brig Jen Masrani boleh dibaca di blog regular 21

NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU - THE BEST!


Mengunjungi Pulau Pinang jika tidak ‘pekena’ Nasi Kandar tidak sah, walaupun bagi sesetengah orang yang tidak tahan, ia cukup panas dan memualkan perut.

Antara yang sentiasa dikunjungi Nasi Kandar Kayu, Nasi Kandar Pelita dan banyak lagi yang tidak tersebut namanya. Namun Nasi Kandar Line Clear sudah menjadi kemestian bagi kebanyakan krew TV3 yang mempunyai tugasan di Pulau Mutiara. Kalau tidak bertandang ke situ, ibarat kunjungan tidak sempurna.

Nasi Kandar Line Clear bukan sebuah restoran yang sempurna. Ia terletak di lorong kecil di celah-celah dua bangunan kedai. Kawasan itu dikatakan pernah menjadi sarang penagih dadah, tetapi setelah adanya kedai makan itu kawasan berkenaan sekarang bertukar wajah. Line Clear sekarang menggunakan populariti Juara tempat ketiga AF 5, Aswad sebagai ikonnya bagi menarik lebih ramai pengunjung.






Namun di sebalik nama-nama besar Nasi Kandar Pulau Pinang, ramai yang tidak tahu ada sebuah lagi restoran yang terkenal dengan keenakan masakan nasi kandarnya. Malah keistimewaan masakannya sering mendapat pujian anak-anak tempatan Pulau Pinang termasuk artis 70an, Hail Amir.

Saya sempat dibawa ke restoran berkenaan di Kampung Melayu, Air Hitam. Usop, seorang mahasiswa komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang pernah membuat latihan amali di Jabatan Berita TV9 sanggup datang dari Seberang Perai semata-mata bagi memastikan saya menikmati keistimewaan Nasi Kandar Kampung Melayu.

Usop memang dibesarkan di Kampung Melayu dan berpindah mengikuti keluarganya ke Juru, di Seberang Perai. Menurutnya walaupun sudah berpindah, dia sering menjamu selera di restoran itu. Malah rakan-rakan kampusnya dari negeri-negeri lain yang diperkenalkan dengan restoran itu sering mengulangi kunjungan ke restoran berkenaan.

Tetapi Nasi Kandar Kampung Melayu hanya dibuka pada sebelah pagi dan ditutup pada jam 12 tengahari. Ketika kami berkunjung, sebahagian restorannya sudah ditutup. Bagaimanapun kami masih bernasib baik kerana masih ada nasi dan lauk untuk dimakan.

Sunday, December 2, 2007

BUKIT BENDERA BELUM BOLEH DIPINGGIRKAN

(Bukit Bendera masih menjadi tarikan pelancong)


(Keretapi Bukit Bendera boleh memuatkan 80 penumpang)


(Penumpang tidak sabar menanti ketibaan keretapi)


(Landasan yang perlu dilalui)


Menyelusuri ‘cuti-cuti Malaysia’ dari Cameron Highlands terus ke Pulau Pinang.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Bukit Bendera atau Penang Hill tiada apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Tetapi destinasi pelancongan pada ketinggian 830 meter dari paras laut ini masih belum boleh dipinggirkan, walaupun sudah lama wujud di Malaysia.

Seingat saya, kali pertama dan terakhir saya mengunjunginya ketika saya masih belum memasuki sekolah rendah. Dan kini giliran anak-anak pula mengunjunginya.

Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera mula dibuka pada tahun 1923 dengan menggunakan talian kabel. Jarak dari stesen di bawah bukit sehingga ke atas kira-kira 692 meter. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Sebelum sampai ke puncak, penumpang perlu melalui stesen transit dan menganti dengan keretapi lain.

(Antara pemandangan di sepanjang perjalanan)



(Keretapi lama tinggal kenangan)


(Panorama mengamit hati pelancong)
Keretapi Bukit Bendera yang ada kini telah diperbuat pada tahun 1977 oleh Habegger Engineering Work Limited, Thun Switzerland. Keretapi yang boleh memuatkan 20 tempat duduk itu dipasang oleh jururunding, Lau And Partners, Kuala Lumpur. Berat keretapi tanpa penumpang ialah 7.5 tan dan boleh memuatkan sehingga 80 penumpang pada satu-satu masa.

Walaupun sudah menjangkau usia 20 tahun, keadaan keretapi Bukit Bendera masih sempurna. Pada musim cuti sekolah setiap perjalanan naik dari jam 9:30 pagi dan perjalanan turun berakhir jam 9:30 malam, penuh dengan penumpang. Penumpang dewasa dikenakan bayaran RM4 untuk perjalanan pergi-balik, manakala kanak-kanak (berumur 3-12 tahun) dikenakan bayaran RM2.

(Diyana tidak sabar menikmati keindahan Bukit Bendera)



(Menuruni tangga Masjid Bukit Bendera)



(Balai Polis di lereng bukit)


Di puncak Bukit Bendera pengunjung akan dapat menyaksikan keindahan panorama Pulau Mutiara dengan pembangunan yang pesat.

Terdapat tiga tempat ibadat dibina sebelah menyebelah, iaitu Masjid Bukit Bendera yang diapit sebuah gereja di sebelah kiri dan kuil Hindu di sebelah kanan, sekali gus menidakkan dakwaan Hindraf bahawa Malaysia mendeskriminasikan kaum minoriti.

Walaupun mempunyai komuniti yang amat kecil, terdapat juga sebuah klinik, pejabat pos dan balai polis di puncak bukit itu.

Beberapa kenderaan lain juga dilihat di atas bukit itu. Namun kehadiranya terhad dan hanya dibenarkan kepada kenderaan jabatan kerajaan dan pihak-pihak tertentu. Untuk berkereta ke Bukit Bendera jalan yang menegak kira-kira 5 kilometer perlu ditempuh melalui Kebun Bunga atau Taman Botani.


(Masjid Bukit Bendera, di sebelah kiranya Gereja)


(Bel Retiro - banglo yang dijadikan gereja)

Pada akhir tahun 1800an, Bukit Bendera menjadi destinasi popular bagi rakyat British yang mahu bebas daripada iklim panas negara ini. Francis Light dikatakan pertama kali menyelusuri perjalanan ke Bukit Bendera dari Taman Botani pada tahun 1788.

Sejak itu penjajah British menaiki Bukit Bendera menggunakan kenderaan yang memuatkan sekurang-kurannya enam orang untuk setiap perjalanan. Pada pertengahan kurun ke-19, beberapa buah banglo dibina oleh rakyat British untuk kegunaan persendirian, ia termasuk Bel Retiro, Convalescrent, Grace Dieu dan Fairmont – bangunan itu sesetengahnya masih ada hingga kini.

Wednesday, November 28, 2007

RUPANYA NAMA KAMI SAMA




Bercuti panjang ketika musim cuti persekolahan memberi peluang untuk saya membawa anak-anak ke luar dari Kuala Lumpur. Destinasi kali ini Cameron Highlands.

Pemilihan Cameron Highlands kerana kami terpanggil untuk ke bukit tinggi itu setelah kedua-dua anak kembar mengikuti rombongan sekolah mereka di minggu-minggu terakhir persekolahan mereka.

Sudah lama tidak ke Cameron Highlands, saya baru diberitahu ada jalan alternatif lain selain melalui Tapah. Rupanya jalan ke pusat peranginan itu lebih mudah dan selesa melalui Simpang Pulai.

Menggunakan jalan dari Simpang Pulai kami terus menuju ke pekan Brinchang yang letaknya lebih tinggi daripada pekan Tanah Rata. Kalau dulu Tanah Rata menjadi pekan utama, kini fungsinya telah diambilalih oleh Brinchang.

Sebelum mendaftar di hotel penginapan jam 2:00 petang, dalam perjalanan kami singgah di beberapa ladang bunga, kaktus dan teh. Ternyata anak-anak seronok dengan suasana itu.

Ketika pendaftaran di hotel, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Semasa pegawai di kaunter hadapan hotel memanggil nama saya untuk mengambil kunci, tiba-tiba seorang lagi lelaki yang duduk berhampiran saya di lobi hotel bangun dan bergegas mendapatkan pegawai itu. Ternyata orang yang dipanggilnya adalah saya.

Namun ketika saya mengambil bag untuk memasuki lif, sekali lagi nama saya dipanggil. Saya turut bergegas ke kaunter hadapan, tetapi ternyata orang yang dipanggilnya kali ini adalah lelaki yang duduk di sebelah saya tadi.

Rupanya nama kami sama, seorang Lokman Hamidi manakala seorang lagi Lokman Hamid. Mereka yang duduk di lobi sama-sama ketawa, termasuk anak-anak dan isteri kedua-dua Lokman.

Sunday, November 25, 2007

PENYOKONG HINDRAF TERUSKAN PERHIMPUNAN HARAM

Pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) terus mengadakan perhimpunan haram walaupun tanpa permit polis dan mendapat perintah mahkamah. Sehingga waktu ini beberapa tempat di Kuala Lumpur dipenuhi oleh sekumpulan penyokong Hindraf.

Wakil TV9, Zulkifli Che Sab yang berada di KLCC melaporkan kira-kira 20 ribu orang berhimpun di situ manakala wartawan Nurul Aishah Ab Rahman pula berkata kira-kira 5,000 orang berhimpun berhampiran City Square.

Sementara itu Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velly dalam kenyataannya yang di hantar beberapa minit lalu, melalui SMS oleh setiausaha akhbarnya berkata MIC tidak menyokong demontrasi jalanan. Parti itu yakin untuk bekerja dalam sistem dan sentiasa melaksanakan pendekatan itu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India.

"MIC adalah parti utama dalam menyuarakan hak masyarakat India dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk masyarakat India dan MIC akan meneruskan perjuangan itu. Perhimpunan ini adalah didalangi pembangkang bagi mencalar imej kerajaan", kata beliau.

Saturday, November 24, 2007

BUNGA CINTA LESTARI - SEMPENA 19 TAHUN KAHWIN

23 NOVEMBER 1988

MALAYSIA AIRPORTS ANJUR MEDIA EXPLORE HUNT

Di sebalik peristiwa ini rupanya ada sesuatu aksi yang berlaku di luar pengetahuan saya. Sama-samalah menjaga jenama diri dan organisasi. Nasihat itu pedih tetapi ia amat berharga.

LELAKI MAKAN SAMPAH

Dalam kehidupan moden ini masih ada orang hidup tanpa rumah. Di Klang ada seorang lelaki tinggal di pinggir hutan, tanpa rumah. Lelaki dalam lingkungan awal 40an itu dikatakan dihalau dari rumah oleh bapanya yang sudah berkahwin lain.

Sebelum ini dia tinggal di bawah jambatan. Kerana selalu diejek dan dihina dia berpindah ke pinggir hutan. Ramai beranggapan dia gila, tetapi rupanya lelaki itu berilmu dan mahir dalam sejarah negeri M
elaka, malah dia pandai berbahasa Jerman.

Yang amat menyedihkan dia hanya mampu makan daripada sisa yang dibuang di tempat pembuangan sampah. Apabila krew berita TV9 menemuinya setelah menjejaki lorong ‘kediamannya’, lelaki itu sedang menjamah nasi basi dari bungkusan yang dibuang orang.

Ikuti kisah lelaki makan sampah dalam Berita TV9 esok, bersama Zuhairah Mustafa Al-Husin.

Wednesday, November 21, 2007

KENA JAWAP DI MAHKAMAH KERANA SIARKAN BERITA

Sehari tidak bekerja hari ini banyak perkara boleh dilakukan. Namun saya memilih untuk bersenang lenang selepas pada sebelah pagi pergi ke pejabat ADUN Seri Serdang yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, untuk urusan surat sokongan.

Di pejabat UMNO Bahagian itu, saya turut bertemu Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Senan Wahid. Banyak perkara dibualkan termasuk strategi memperkukuhkan pengurusan parti peringkat bahagian. Antaranya saya cadangkan supaya jawatankuasa pengurusan parti turun padang melawat cawangan-cawangan bermasalah.

Selain itu majlis-majlis penerangan secara besar-besaran turut dicadangkan lagi dan meminta bantuan daripada Jabatan Penerangan Khas (JASA).

Dan ketika berehat di rumah sambil melayari internet, saya mengambil telefon tangan dan terpandang ada pesanan SMS. Pesanannya ringkas meminta saya menghubungi pengirim.

Pengirim adalah setiausaha bekas bos di jabatan berita. Beliau memberitahu bahawa laporan berita dari Pahang yang disiarkan lebih setahun lalu mendapat perhatian mahkamah.

Dalam hati saya berkata, “sejak berkhidmat di jabatan berita tak pernah kena saman, ingatkan boleh terlepas kerana selama ini orang lain aje yang sangkut. Rupanya kena jugak”.

Saya sepatutnya diminta hadir pada mesyuarat hari ini mengenai tindakan mahkamah berhubung penyiaran berita itu. Tetapi kerana saya bercuti, saya hanya dimaklumkan mengenai tindakan saman itu.

Sebagai editor atau penerbit berita yang menjadi pengamal media memang terdedah dengan tindakan saman seperti itu. Untuk memegang jawatan itu seseorang harus bersedia meletakkan sebelah kaki di penjara.

Oleh itu sebagai ‘gate-keeper’ mereka perlu peka dengan fakta dan kesahihan berita yang ‘dilepaskan’. Bagaimanapun tanggungjawap wartawan di lokasi terutama yang bertugas di luar daerah amat penting dalam menentukan kesahihan sesuatu berita. Ini kerana mereka dekat dengan sumber maklumat.

Dan seperti biasa jika laporan berita itu mempunyai bukti kukuh, tindakan saman boleh dicabar di mahkamah. Di sinilah peranan wartawan yang menulis berita itu untuk menegakkan kebenaran.

Kepintaran wartawan memberikan bukti akan membantu organisasi media dan ‘gate-keeper’ yang bertugas daripada dikenakan tindakan mahkamah. Berdoa aje le……..

Tuesday, November 20, 2007

HAJI SIRAJUDDIN MOKHTAR DALAM KENANGAN

(Israfil mewakili keluarga menyampaikan kata-kata sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan di Cheras Baru)
Foto : Agenda Daily

(Datuk Zahid antara keluarga terdekat yang hadir) Foto : Agenda Daily

Sepupu saya bekas wartawan Utusan, Haji Sirajuddin Mokhtar kembali ke rahmatullah Ahad lalu (18 November) dalam usia 66 tahun.

Sejurus selepas menerima SMS daripada adiknya Israfil (bukan malaikat) malam itu, yang menyatakan abang sulungnya meninggal dunia, saya sudah merancang untuk menulis sesuatu mengenai Allahyarham di sini. Namun disebabkan tiada masa terluang saya tidak dapat melakukannya.

Semalam sekembali dari menziarahi dan menyertai saudara -mara dan sahabat-handai melakukan solat jenazah ke atas Allahyarham, saya juga tidak berkesempatan untuk menulis. Saya hanya singgah di rumah untuk mandi sebelum pergi kerja.

Malam kematiannya juga saya tidak dapat pergi ke rumah Allahyarham di Ampang kerana giliran saya menunggu emak di hospital.

Malam tadi saya merancang lagi untuk menulis mengenai Allahyarham tetapi tidak menjadi. Hasrat saya untuk menyiarkan foto Allahyarham dalam entry tidak kesampaian. Foto terakhir Allahyarham yang saya ambil ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil di Ijok hilang dalam simpanan di komputer.

Allahyarham Haji Sirajuddin adalah satu-satunya saudara saya yang terlibat dalam bidang kewartawanan sebelum ada ahli-ahli keluarga lain menyertainya.

Selepas menamatkan tugas di Utusan, Allahyarham aktif dalam pelbagai pertubuhan. Di dalam politik beliau adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang Jaya.

Sifat mudah mesra beliau menyebabkan Allahyarham mempunyai ramai kenalan. Ini terbukti apabila ramai sahabat beliau datang memberi penghormatan terakhir.

Antara yang kelihatan hari itu, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Khalid Mohd, bekas wartawan utusan yang bertukar menjadi ahli politik Datuk Rosnah Majid, bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Badrul Hisham, Ketua Pengarang Agenda Daily Rosli Ismail dan orang kuatnya, Hanafiah Man serta ramai lagi wartawan-wartawan veteran yang saya tidak kenal kecuali Aimi Jar.

Untuk mengetahui di sebalik nama Haji Sirajuddin Mokhtar, sila ikuti sebahagian tulisan daripada seorang sahabat Allahyarham yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir di surau berhampiran rumahnya, Isnin lalu.

Saya fokuskan catatan saya kali ini kepada seorang rakan senior yang baru kembali menyahut seruan Ilahi tatkala saya baru sahaja membuka komputer kira-kira pukul 8.00 malam Ahad 18 November. Ketika itulah telefon bimbit saya berbunyi memberi isyarat ada pesanan ringkas yang baru diterima.

Bukan satu, tetapi dua sekali. Satu SMS datangnya daripada Rosli Ismail (Ketua Pengarang Agendadaily) dan satu lagi daripada Rosle Azmi, pegawai Utusan yang cukup rapat dengan saya. Kedua-dua mereka menghantar SMS yang sama iaitu memberitahu Haji Sirajuddin Mohktar, wartawan Utusan yang kemudiannya menjadi Pegawai Kebajikan, telah kembali ke rahmatullah kira-kira setengah jam sebelumnya. Sambil membaca Al-Fatihah, saya lantas terkenangkan Allahyarham ketika saya mula-mula menyertai Utusan Melayu.

Allahyarham Sirajuddin, mempunyai kolumnya sendiri dalam Utusan Malaysia yang disiarkan setiap Isnin. Kolumnya diberi nama Dari Fail Polis manakala beliau menggunakan nama HC Raj.

Saya amat gemar membaca ruangannya sejak sebelum menyertai Utusan lagi. Ruangannya dipenuhi dengan catatan semula penuh dramatis mengenai kisah-kisah benar yang beliau liputi.

Cara penyampaiannya amat menarik, sehingga terasa seolah-olah beliau berada di tempat kejadian kerana penggarapan yang realistik. Sebahagian daripada ratusan rakan dan saudara-mara yang menziarah jenazah Allahyarham Sirajudin Mohktar di Ampang, Selangor, Isnin.

Satu lagi ruangan yang cukup menarik ialah Kisah Dari Mahkamah, catatan semula oleh Ahmad Jais Hashim – wartawan dari meja mahkamah. Seperti juga HC Raj, Ahmad Jais menulis dengan penuh lakaran dan perincian walaupun beliau hanya mendapatkan bahan berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dari mahkamah. Susah untuk mendapat ruangan menarik seperti kedua-dua orang wartawan cemerlang Utusan berkenaan.

Tatkala menyetai Utusan pada tahun 1984, saya dapati hanya HC Raj wartawan veteran yang masih turun padang mendapatkan berita untuk meja jenayah. Yang seusia dan seangkatan dengan beliau, semuanya telah dipindahkan ke meja penyunting atau berada di pejabatr-pejabat cawangan yang berselerakan di seluruh Negara. Ramai juga yang meninggalkan Utusan kerana menyertai Allahyarham Khalid Jeffri yang menjadi ‘boss’ Harian Nasional yang dibuka pada tahun 1983.

Walaupun kelihatan ‘miss-fit’ dengan kelompok wartawan muda, sebahagiannya layak dipanggil anak, namun HC Raj tetap pandai menyesuaikan diri. Di pejabat, panggilan glamornya ialah Haji. Tidak ada yang memanggil namanya Siraj kerana nama yang sama dirujuk kepada seorang lagi wartawan tersohor iaitu Ketua Penyunting dan kemudiannya Penolong Ketua Pengarang, Dato’ Sirajuddin Rafia.

Pada waktu petang, akan terdengarlah jeritan Siraj kepada HC Raj bertanyakan apa berita besar yang boleh dijadikan berita utama. “Belum ada lagi, nanti kita cari.’’ Begitu HC Raj memberi jaminan kepada Siraj tatkala menghadapi suasana kering iaitu tiada berita menarik yang layak dijadikan berita utama.

Ada, ketikanya, HC Raj boleh menghasilkan berita-berita besar dengan membuat satu panggilan telefon sahaja kepada sumber beritanya. Sumber-sumber beliau memang hebat, kalau setakat Ketua Polis Daerah, beliau tak perlu telefon kerana pegawai-pegawai berkenaan akan menelefon beliau.

Pegawai-pegawai kanan di Bukit Aman adalah rakan sepermainan dan rakan semakan-minumnya. Begitulah HC Raj.

Allahyarham seorang yang pemurah. Banyak selok belok penulisan berita dan rencana jenayah yang saya pelajari daripada beliau. Beliau tidak lokek ilmu, sentiasa mahu menunjukajar – bukan sahaja cara-cara penulisan yang baik, tetapi menjalin dan mengekalkan perhubungan dengan sumber .

Suatu petang, tatkala kami menurun tangga pejabat untuk pulang, HC Raj menjerit-jerit memanggil nama saya dan beberapa rakan yang lain. “Di Kajang, ada bas ekspres dari Singapura terhumban. Boleh tolong pergi tak…” . Beliau tidak mengarahkan kami pergi, tetapi sekadar bertanya. Begitulah diplomasi dan ‘public relations’ yang beliau amalkan.

Kami semua, iaitu saya, Wahi Ahmad (raja gelak Utusan), Mohd. Nor A. Samad (pelatih ITM ketika itu – kini pengarang di akhbar Kosmo) serta pelatih dari UKM, Shamsiah Mohd. Amin, setuju pergi.

Kami menghala ke Kajang dan apabila selesai tugas, kami kembali ke pejabat kira-kira pukul 9.30 malam untuk menghasilkan berita. HC Raj juga, rupa-rupanya tidak balik ke rumah, beliau menunggu kami untuk ‘clear story’. Begitulah sifat kepimpinan beliau walaupun beliau bukan ketua meja jenayah (ketika itu tiada jawatan ketua), tetapi rasa bertanggungjawabnya sangat tinggi.

Suatu hari, kira-kira pukul 9.00 malam, ketika menghala ke kereta untuk pulang, HC Raj bertanya bolehkah saya membantunya untuk meninjau lokasi kemalangan jalan raya di Lebuhraya KL-Seremban iaitu berdekatan dengan Bangi.

“Ada kamerakan… cuba ambil gambar, kalau menarik, esok boleh pakai,;; katanya dengan penuh sopan.

Oleh kerana lokasi tidak jauh dari rumah, saya pergi ke tempat kejadian. Melihat kesan-kesan kemalangan, memang menyahat hati. Saya ternampak botol susu, kereta sorong dan anak patung bertaburan di celah-celah semak. Tidak lama kemudian, kelihatan beberapa orang kakitangan PLUS dan anggota polis berkejar ke arah semak berkenaan.

Rupa-rupanya mereka terdengar tangisan bayi….. Ya Allah.. masih ada mangsa yang belum dapat dikesan……

HC Raj sentiasa tersenyum orangnya. Mukanya sentiasa kelihatan manis – sama seperti sepupunya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi iaitu Timbalan Menteri Penerangan. Sirajuddin Mohktar dan Ahmad Zahid Hamidi kedua-duanya nama Melayu, tetapi mereka keturunan Jawa.

Sekali-sekala HC Raj pandai juga membuat lawak, apatah lagi jika beregu dengan seorang lagi rakan veteran berjiwa muda iaitu Wahi Ahmad, wartawan sukan yang fanatik kepada pasukan bolasepak Selangor.

Hampir setiap petang, rakan-rakan wartawan dari akhbar lain, khususnya yang berbahasa Cina akan menelefon HC Raj. “Haji, ini hari apa ada..?’’ begitulah pertanyaan yang sering dihamburkan kepada beliau kerana rakan-rakan lain memang cukup takut kena scoop iaitu istilah taboo di kalangan wartawan.

Skup bermaksud hanya satu akhbar sahaja yang dapat sesuatu berita berkenaan manakala yang lain ternganga sahaja. Jika kena skup, maka panaslah punggung kena sapu dengan boss.

Jika ada rakan yang sakit dan terlantar di hospital, HC Raj adalah di antara orang yang terawal memaklumkan kepada rakan-rakan dan menganjurkan program ziarah. Begitu jugalah jika ada kematian di kalangan rakan-rakan sepejabat atau ahli-ahli-ahli keluarga, HC Raj jugalah yang akan sibuk bersama Ali Marican membuat pelbagai urusan dan persiapan.

Jiwanya terpahat di Utusan hingga ke akhir hayat. Selepas bersara dari Utusan, HC Raj bergiat pula bersama-sama Datuk Zainuddin Maidin dalam Kelab Veteran Utusan Melayu – satu badan yang menggabungkan semua bekas kakitangan Utusan demi merapatkan siratulrahim.
Banyak rakan di Utusan tertanya-tanya kenapa HC Raj ‘tercicir’ di meja jenayah. Ramai yang dapat mengagak, tetapi biarlah ia menjadi rahsia Utusan.

Rezeki tetap ada. HC Raj akhirnya dipelawa menjadi pegawai di Jabatan Korporat. Saya rasa, majikan telah membuat pemerhatian dan penilaian terbaik terhadap kakitangan yang seorang ini. Memang begitulah HC Raj, beliau memang terlibat dalam banyak hal berkaitan kebajikan kakitangan di samping menjadi salah seorang penggerak utama surau di Utusan.

Malah, di luar Utusan, beliau juga terlibat dalam banyak urusan kebajikan dan khairat kematian. Oleh itu memang wajarlah beliau dilantik sebagai Pegawai Kebajikan – satu jawatan yang paling sesuai dan dipegang hingga ke akhir perkhidmatannya.

Sekali lagi…Al-Fatihah untuk Allahyarham Sirajuddin Mokhtar. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. - 19/11/2007

(dipetik daripada Agenda Daily)

Saturday, November 17, 2007

ANUGERAH PENYAPU - APA HAL SAMA LU?

Semua orang heboh apabila MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu kepada PBT yang gagal mencapai sasaran kutipan cukai.

Di Dewan Rakyat, perkara itu turut dibangkitkan. Tidak kurang tokoh-tokoh kesatuan sekerja dan orang perseorangan. TV3 juga tidak ketinggalan cuba memanipulasi isu itu, menyertai beberapa media lain.

Selain yang menyanggah, tidak kurang pula yang memberikan reaksi positif. Ulasan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) perlu diambil kira.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Rozali Ismail berkata MB Selangor sudah berbincang dan mendapat persetujuan semua jabatan dan setiap Yang Dipertua majlis daerah sejak lebih setahun lalu.

Saya juga berpendirian begitu ketika isu itu mula dihebohkan. MB ketika mengumumkan keputusan itu dulu selepas mensyuarat EXCO, pernah menjelaskan keputusan menganugerah penyapu telah dipersetujui oleh semua pihak berkenaan.

Jadi apa nak dihebohkan? Kalaupun bantahan atau memorendum nak diberikan, mengapa tidak ketika ia mula diumumkan dahulu?

Isu itu ibarat bapak menghukum anak, jiran buat bising. Sebelum melaksanakan hukuman, bapak dan emak yang disertai anak-anak mereka duduk berbincang. Semua setuju dengan hukuman yang akan dilaksanakan.

Apabila seorang anak bersalah dan dihukum dengan denda yang telah dipersetujui keluarga, tiba-tiba jiran di luar bising dan komen hukuman tidak sesuai dan tidak kena. "Apahal pulak kau orang nak buat bising?" kata si bapak.