Monday, December 3, 2007

NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU - THE BEST!


Mengunjungi Pulau Pinang jika tidak ‘pekena’ Nasi Kandar tidak sah, walaupun bagi sesetengah orang yang tidak tahan, ia cukup panas dan memualkan perut.

Antara yang sentiasa dikunjungi Nasi Kandar Kayu, Nasi Kandar Pelita dan banyak lagi yang tidak tersebut namanya. Namun Nasi Kandar Line Clear sudah menjadi kemestian bagi kebanyakan krew TV3 yang mempunyai tugasan di Pulau Mutiara. Kalau tidak bertandang ke situ, ibarat kunjungan tidak sempurna.

Nasi Kandar Line Clear bukan sebuah restoran yang sempurna. Ia terletak di lorong kecil di celah-celah dua bangunan kedai. Kawasan itu dikatakan pernah menjadi sarang penagih dadah, tetapi setelah adanya kedai makan itu kawasan berkenaan sekarang bertukar wajah. Line Clear sekarang menggunakan populariti Juara tempat ketiga AF 5, Aswad sebagai ikonnya bagi menarik lebih ramai pengunjung.






Namun di sebalik nama-nama besar Nasi Kandar Pulau Pinang, ramai yang tidak tahu ada sebuah lagi restoran yang terkenal dengan keenakan masakan nasi kandarnya. Malah keistimewaan masakannya sering mendapat pujian anak-anak tempatan Pulau Pinang termasuk artis 70an, Hail Amir.

Saya sempat dibawa ke restoran berkenaan di Kampung Melayu, Air Hitam. Usop, seorang mahasiswa komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang pernah membuat latihan amali di Jabatan Berita TV9 sanggup datang dari Seberang Perai semata-mata bagi memastikan saya menikmati keistimewaan Nasi Kandar Kampung Melayu.

Usop memang dibesarkan di Kampung Melayu dan berpindah mengikuti keluarganya ke Juru, di Seberang Perai. Menurutnya walaupun sudah berpindah, dia sering menjamu selera di restoran itu. Malah rakan-rakan kampusnya dari negeri-negeri lain yang diperkenalkan dengan restoran itu sering mengulangi kunjungan ke restoran berkenaan.

Tetapi Nasi Kandar Kampung Melayu hanya dibuka pada sebelah pagi dan ditutup pada jam 12 tengahari. Ketika kami berkunjung, sebahagian restorannya sudah ditutup. Bagaimanapun kami masih bernasib baik kerana masih ada nasi dan lauk untuk dimakan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam En. Lok!

Seperti yg disebut2 En. Lok..akhirnya dapatlah sy menatap tulisan en. Lok tentang Pulau Pinang & 'nasik kandaq'nya. :D

Sempat juga kita jumpa petang khamis (29 nov). Bukan main seronok sy masa tu. Hehe...

Saya masih ingat...sampai2 saja di Nasi Kandar Line Clear tu, isteri En. Lok kata "Pegi mana pun mesti dengan kamera dia". :D

Baiklah, merujuk tulisan En. Lok, memang betul keluarga saya berasal dari Air Itam...di atas bukit yg ada 'pagoda' (Kek Lok Si). Di atas bukit tu panoramanya cantik ditambah pula empangan yg hijau airnya...Takpa, kesempatan lain sy bawa En. Lok ke sana.

Tentang Nasi Kandar Line Clear tu, pensyarah sy beritahu...dahulunya lorong itu tempat penagih ganja. Disebabkan lokasinya stategik, mereka memberi gelaran 'line clear' di situ. Tak tahulah kenapa ramai yg suka pergi ke Line Clear...mungkin namanya yg masyhur kot? tapi di 'sebalik tabir', mungkin akan membuatkan ada yg tak mahu pergi ke situ lagi...hehe

Apapun En. Lok, ini kenangan yg sy tak akan lupakan. Hampir seluruh keluarga sy dah tau tentang kunjungan En. Lok di Pulau Pinang (termasuk Pak Lang sy di Puchong). Hehe.

Mohon maaf En. Lok sebab tak sempat pula nk jemput En. Lok ke rumah sy. Datang ke sini lagi sy akan bawak ke rumah pula...

Terima kasih En. Lok!


Muhammad Yusuf Ibrahim
4 Disember 2007

LEKLOOK said...

Terima kasih Usop.
Ketika membaca komen Ikan Laga ni saya di kampung, menjenguk bapa yang keseorangan. Beliau meminta anak-anak melepaskannya duduk di kampung kerana menjaga pengurusan Ma'ahad Tahfiz yang diwakafkan oleh keluarga di sebelah rumah.

Ma'ahad Abdul Fatah Wa Abd Jalil, Lil Tahfizil Quran Lil Banat telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli beberapa tahun lalu.

Ia terbuka kepada pelajar perempuan. Baru sebentar tadi saya mengikuti pihak pengurusan menghadiri taklimat program akademik untuk pelajarnay bagi mengikuti SPM.

Nanti bila saya balik, Usop boleh singgah ke rumah saya.

Anonymous said...

Alhamdulillah...saham akhirat utk keluarga En. Lok tu. Baru saya tahu yg keluarga En. Lok wakafkan tanah utk Maahad Tahfiz. Insya Allah masa depan saya sampai pula ke Bagan Datoh pulak nanti...hehe

Baiklah En. Lok, En. Lok balik ke Puchong saya pergi ke rumah.

Terima kasih.

Anonymous said...

salam. walaupun x kenal tp sy tertarik ngn citer nasi kandaq kg melayu tu. sbb nya sy org situ. dah 23 thn kat situ sejak lahir lg. dulu kedai tu kecik ja. sebelah sj, yg sebelah lg tu dalam tahun brapa ntah baru bukak. saje jer nak kongsi. :P

Anonymous said...

salam....terima kasih la cz sudi siarkn citer sai nasi kandar 2.sy asl dr sna sejak lhir lg.mmg nasik kt c2 d'best.smpai skarang kalu blk sna jenguk mak mesti x lupa pekena nsk kt c2...nk rsa keenakn nya dtg la awl pg...pergh...sj je nk kongsi citer